Telefon pintarku bordering. Kali ini buat kali ke sepuluh. Aku terpaksa bangun. Rambutku kusut. Aku tersengguk-sengguk manahan rasa mengantuk. Aku memang selalu bangun awal, tapi awal dalam keterpaksaan. Nak cari nafkah, kena lah usaha sikit kan?
Aku memang suka kunci jam dekat telefon pintar berbanding jam loceng. Telefon pintar boleh set banyak. Aku tak akan bangun dengan sekali bunyi dering sahaja. Aku suka kunci banyak sangat. Kalau kunci jam enam, enam lima minit pun aku kunci. Aku akan skip Lima minit setiap alarm. Baru rasa boring kalau banyak.
Aku bangun bangun dengan lemah gemalainya. Tuala yang disangkut di atas kerusi aku capai dengan lemah. Untung la kalau aku bersemangat pagi-pagi buta ni. Pukul lima setengah pagi kot. Ayam jiran aku pun belum berkokok. Azan belum berkumandang lagi.
Daun pintu kamar dikuak sebelum aku melangkah maju ke kamar mandi. Aku memang excited kalau mandi pagi. Rasa macam mandi salji. Aku bukan kaya sangat. Rumah aku mana ada water heàter, so air sejuk pun aku main redah je. Kalau nak mandi dengan air jerang, mana cukup. Masak pun periuk sederhana. Mana cukup nak cuci rambut lagi. Aku rela kesejukan daripada tunggu berjam untuk air sekawah mendidih.
***
Akhirnya aku tiba di Vintage Cafe. Kafenya tak semegah mana pun. Kawan aku punya, lantak aku lah nak kata apa pun.Daun pintu kafe terus aku kuak. Aku terus memangku kepalaku di hadapan kaunter. Kelihatan Raziya, kawan aku, merangkap pemilik Vintage Cafe, sudah terpacak di situ. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. Sibuk sangat kira duit, aku datang pun tak perasan.
"Assalamualaikum Bos. Sorry for being late today." Sapaku bernada mengah. Kau ingat tak penat ke bawa motor?
Aku memang pekerja first yang buang tabiat datang awal setiap hari.
"Waalaikumussalam. It's okay selagi kau sampai sebelum lapan setengah. Dah, pergilah tukar baju. Breakfast mintak dekat Aryan. Lepastu, tolong bersihkan apa yang patut. That's all." Nada bersahaja.
"Wait! Aryan? Aryan mana ni? Sejak bila cafe ni ada pekerja nama Aryan? Yang aku tahu nama chef kita Nuqman, bukan Aryan. Awat?" Aku mengangkat kening kiri. Dahi Ku kerutkan. Pelik juga.
"Nuqman dah berhenti kerja semalam. Dia nak sambung belajar katanya. So aku ambil chef Baru. Actually chef baru ni cousin aku. Dia baru habis belajar kos culiner. So, tak salah kan?" Bahunya diangkat. Jari-jemari kanannya sibuk menekan butang kalkulator.
Sejujurnya Raziya ni memang asal orang Kedah. Tetapi dah lama dia tinggal Selangor, dia fasih la juga loghat selangor. Padahal loghat utara dia lagi pekat Dari aku. Menggedik nak jadi bandar sangat.
"I don't care. This is your cafe, not mine. Aku tak ada hak. It's all up to you Raz." Aku tersenyum sinis. Kalau kafe aku, adalah kesahnya juga.
"Eh cukup la kau sorang yang tomboy dekat sini. Jangan sesuka hati nak panggil aku dengan panggillan lelaki pulak. Call me Ziya okay?" Jari-jemarinya menggedik. Bebola matanya dinaikkan ke atas. Macam sawan je.
"Yes bos. Aku pi tukaq baju sat. Lapaq ni." Aku menyapu perut kempisku. Aku berlalu pergi dalam keadaan kepala menyenget. Meninggalkan senyuman.
Ya, aku tomboy. Pemakaian aku. Cara cakap. Cara jalan. Gaya rambut. Semuaya berunsur lelaki. Tetapi, tomboy aku bersebab. Aku tahu hampir kesemua lelaki atas muka bumi ni tak suka perempuan yang kasar. So, aku pun berubah la. Aku tak mahu ada hubungan yang lebih daripada kawan antara aku dan lelaki. Cukuplah seorang kecewakan aku, bukan untuk kali kedua. Semua tak boleh percaya.
****
"Hello bro. Aryan kan?" Aku menepuk bahunya.Cair juga sebenarnya bila tengok tubuh sasa dia, mata dia, rambut dia, semua taste aku. Tapi biarlah hanya sekadar perasaan. Aku dah tak sanggup.
Dia hanya mengangguk. Senyum yang diukir jelas kepahitannya. Nipis sahaja. Dia kembali memasak. Sedap juga baunya. Gaya macam chef professional memasak.
Aku terus melabuhkan punggung ke atas kerusi di hujung kabinet dapur memasak. Di situlah tempat biasa aku menunggu Nuqman siap memasak.
"Nama penuh kau apa? By the way my name is Azreen Rose. You can call me Az or Rene." Aku terus mengukir senyum.
"My name is Aryan Aqnaqi.. You can call me anything." Dia membalas senyumanku. Namun aku hanya nampak dari pandangan sisi. Matanya masih tertumpu pada masakan.
"Ough! Nice to know you. Nama sedap tapi kenapa panggil anything?" Sengih. Soalan apakah yang aku tanya?
"Ha? Ough! I mean you can call me anything. Contohnya Aryan or Aqnaqi. Like that." Dia ketawa kecil melihat telatahku. Tak kelakar pun.
Aku rasa tak kelakar pun. Dah dia suruh panggil macam tu, macam tu lah yang keluar.
Dia kembali melembarkan senyuman. Dah la, aku nak cair dah ni tengok senyum kau. Kang ada juga bertukar jadi lembut.
"Rene nak makan apa? Aryan masak." Soalnya sebelum menuang spaghetti carbonara ke dalam mangkuk. Untuk Raziya la tu.
See! Dia lebih suka nama yang melambangkan keperempuanan aku. Dia panggil aku Rene bukan Az. Az kan macam lelaki sikit. Aku ni kira powerlah bab lelaki. Jantan lagi aku power.
"Wow! Boleh request. Kalau lagu tu aku mau spaghetti bolognaise. Nak ada meatball sekali. Boleh?" Aku mengangkat kening berkali-kali. Mencabar.
"Eleh! Small metter. Ten munite. Tapi bagi saya hantar Raziya's food dulu." Senyum terlakar di bibirnya lalu terus mengatur langkah ke kaunter.
Beberapa saat kemudia Aryan tiba dengan senyuman. Baki spaghetti yang belum masak diletakkan di dalam air yang mendidih. Aku memerhati setiap tindak tanduknya. Terkadang mataku tidak tentu arah melihat dia memasak. Laju sangat. Nuqman pun tak macam ni. Ke kau nak goda aku dengan kelincahan kau? Sorry, tak masuk. Tapi Ade la sikit.
"Done! Enjoy your breakfast." Semangkuk spaghetti bolognaise terpampang di hadapan mataku. Baunya sungguh menambat selera. Menusuk ke hidung. Seleraku kian menggelepar. Aku terus menjamah.
"Amboi! Hang ni kebuluq sangat ka? Makan la macam perempuan sikit. Tak akan makan pun nak tunjuk ganas?" Bernada memerli. Dia sibuk melipat lengan kemeja putihnya. Aku lapar. Aku tak menyusahkan kau pon.
"Aryan, kenalkan kawan aku yang paling bengap, Elzira. Dia memang suka lagu ni, dengki dengan aku tak bertempat. Susah nak tengok aku senang." Aku menjeling dengan ekor mata. Makananku kembali dijamah.
Elzira terus menghulur tangan kepada Aryan. Senyum manis terukir. Miang keladi betul. Pantang jumpa lelaki elok.
"Sorry, haram. By the way my name is Aryan Aqnaqi." Senyum nipis dilemparkan sebelum kembali mencuci periuk. Aku nak tergelak.
Aku tersedak. Elzira segera menarik semula huluran salamnya sebelum mengukir senyum pahit. Mata berapinya menusuk mata tenangku.
"Hahaha! Kena pangkah. Tu la, gatai sangat hang ni. Aryan, air cepat. Hahaha!" Aku kembali ketawa. Dah hampir mati pun boleh tergelak lagi.
"Nah! Makan elok-elok. Elzira nak makan apa?" Keningnya diangkat menghadap Elzira. Muka tidak bersalah dipertontonkan. Elzira Sudah lama memuncung di tepiku.
"Dia tak suka makan dekat cafe. Dia suka makan ayaq tangan bonda dia. Aku ja yang selalu makan dekat kafe." Pintasku. Mengambil alih. Semakin merah aku melihat wajah Elzira. Tahan la geram tu.
"Okay." Ringkas. Barang masakan yang boleh digunakan, disimpan di dalam peti sejuk.
Aku hanya mengangkat mata. Mulutku sibuk menyedut spaghetti. Aku ketawa sendiri melihat kerenah Elzira. Singa dah lapar.
*****
Abaikan typo. Sorry chapter first ni bosan sikit.
.
Vote🌹🔥
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficción GeneralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...