BAB 24 -KENAPA?-

4.1K 156 0
                                    

Sudah sebulan aku dan Qayral tinggal sebumbung. Tak sindah mana jalan ceritanya. Cukup srkadar dia housemate aku. Tapi.. Qayral masih dengan perasaannya terhadapku. Cintanya padaku saban hari tidak pernah pudar. Terkadang aku meluat dengan dia. Kadang aku happy dengan dia. Happy sebagai kawan.

Entah! Aku masih tak ada perasaan padanya. Mungkin.. Fikiranku masih pada kisah lampauku bersama Ifzan. Mungkin juga.. Dia bukan jodoh aku. Tapi... Kenapa dia yang aku temukan dalam istikharahku? Bantu aku mencari petunjukmu Ya Allah.

"Mami! Qiqy lapar ni! Hangus dah roti tu." Rungut Qayral membuatkan lamunanku terhenti. Garfu dan pisau di tangan dihentak ke atas meja.

Satu lagi perangai Qayral yang aku meluat. Suka membahasakan aku dan dia macam mak dengan anak. Geli kau tau? Aku ni terpaksa layan. Kalau tak... Dia akan ganggu aku. Kalau dia masuk egensi hantu-hantu sedunia, dia lah pekerja paling bagus. Pastu, breakfast dia nak roti titap je. Aku ni dah naik jemu hari-hari masak benda sama. Menyesal aku masak benda tu hari tu.

"Sabar la!" Aku menjeling. Roti bakar diketakkan dalam pinggan Qayral. Roti titap yang siap disua masuk ke mulut.

"Mami mami.. Boleh tak kalau mami tak payah kerja? Mami duduk rumah je. Mami jaga Qiqy. Boleh?" Pandangannya pada makanan masih tidak berubah. Aku terkedu.

"Eh? Banyak cantik muka kau. Habis... Kalau kau dan aku dah tak sebumbung lepas ni, aku nak cekau duit mana? Sebab tu aku kerja. At least aku ada simpanan." Tegasku. Qayral mungkin akan marah, tapi... Itu yang aku rasakan. Kalau benda nak jadi, akan jadi juga..

Jeda...

Qayral menguis makanannya. Fikiranku masih melayang, memikirkan nasib jandaku. Hmm.. Sorry!

"Rose..."

"Hurm.."

"Kenapa Rose benci sangat dekat Qay? Kenapa Rose tak nak sehidup semati dengan Qay?" Sayu Qayral bernada. Seleranya sudah hilang. Dah start dah drama pagi. Lambat lagi la nak pergi kerja.

"Entah la Qay. Aku tak tahu kenapa aku sangat anti dengan lelaki. Jujur la kalau aku kata aku tak pernah cair bila tengok sesetengah lelaki. Tapi, rasa tu sementara je Qay. Mungkin sebab aku selalu teguh dengan prinsip aku yang tak nak kahwin tu. Yang kena selalu benci lelaki. Aku tak pernah pun benci kau. Cuma.. Aku selalu anggap kau sebagai kawan. Tapi, hati dan naluri aku selalu cakap, sayangi dia. Cintai dia. Entah la Qay. Aku sendiri pun tak faham perasaan aku." Sinis. Suapan terakhir dihabiskan meskipun selera kian pudar.

"Naluri Rose betul. So.. Rose ubah la prinsip Rose. Cintai Qay. Sayangi Qay. Qay tak pernah penat Rose. Tak pernah penat nak runtuhkan tembok ego Rose." Mata berkaca Qayral merenung mata tenangku. Beradu.

Buat pertama kali aku melihat Qayral menitiskan air mata. Lagi mengkagetkan aku, air mata yang jatuh adalah kerana aku. Kerana cinta dia kepada aku. Qay.. Jangan buat aku macam ni. Aku rasa bersalah.

"Susah Qay. Susah!" Aku menolak rambut.

"Rose... Rose cintakan Qay kan? Jujur Rose." Air mata Qayral sudah meniti di tubir mata. Bergenang. Menunggu masa yang tepat sahaja untuk menitis.

Aku merenung jam di dinding. Jam 8:45 pagi.

"Jom la pergi kerja. Dah lambat ni. Aku banyak lagi kerja tertangguh. Pinggan tu letak sinki je. Nanti balik kerja aku basuhkan." Aku terus mencapai beg tangan. Kerusi ditolak kembali. Langkah diatur ke pintu utama.

Aku tak ada jawapan Qay. Kata-kata itu hanya bergema dalam kotak hatiku.

Kenapa Rose? Gumam Qayral. Sakit tak terperi dia rasakan. Air mata yang menitis diseka sebelum turut mengatur langkah ke kereta.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now