POV Qayral.
"Woah!" Aku menjerit. Terkejut melihat Azrene sudah terpacak depan pintu rumah aku. Tengah tidur.
"Rose! Bangun. Kenapa kau tidur depan ni? Ye pun nak tepati masa, tak payah sampai tidur depan rumah aku. Kacik kau ni." Aku menolongnya untuk bangun. Macam orang mabuk pun ada.
"Awal salah, lewat salah. Aku tak tahu apa yang betul dengan kau ni." Dia menggosok mata.
Tergoda pula aku tengok dia pagi ni. Cantik semacam. Tak nampak macam selalu. Bersemangat je. Bersemangat ada makna.
"Jap! Asal kau suka panggil aku Rose? Ada masalah ke dengan nama Rene?" Azrene mencebik. Mengantuk- mengantuk pun Comel. Argh! Merepek!
"Entah. Aku rasa nama tu melambangkan diri kau." Selamba. Aku terus masuk me dalam lif.
"What? Pulak? Aku tak suka. Jangan panggil nama tu." Azrene bernada tegas. Dia memeluk tubuh.
"Kenapa?" Ringkas.
Sudah masuk dua kali Azrene melarang aku memanggilnya dengan nama Rose. Aku tak pasti sebabnya. Aku mahu tahu. Pelik kan aku?
"Nama tu, keluarga aku je boleh panggil. Kau keluarga aku ke?" Azrene menjeling aku tajam. Macam helang.
"Tak! Tapi aku nak panggil jugak. Aku suka nama tu." Aku tegas dengan pendirianku. Buat Kali pertama aku senyum selebar ini. Aku tak tahu kenapa.
"Mampus kau la." Senafas. Fuh! Marahnya.
"Kenapa mood kau macam down je. Ada problem ke?" Aku cuba menjadi prihatin. Nanti mak dia marah aku pula tak reti Jaga anak dia. Mak dia bukan percaya sangat aku ni.
Azrene tidak membalas. Sebaliknya terus masuk ke dalam perut kereta. Aku tak faham kenapa dia jadi macam ni. Datang bukan ke? Or marah sebab aku cakap tak serupa bikin pasal jumpa family aku? I'm sorry Rose.
*****
Pov Azrene"Bik, tolong kemaskan. Qay, Rene, jom ikut mama pergi ruang tamu. Nak bincang sikit." Pintas mama sebelum diiringi kami ke ruang tamu.
Aku tidak mahu bercakap dengan Qayral. Cakap tak serupa bikin. Aku tak suka ditipu begini. Aku tak akan kahwin dengan dia. Benda ni mesti berhenti. Aku tak akan kahwin. Never!
Kami melabuhkan punggung serentak. Aku masih Cuba mengawal riak wajah. Qayral di sebelahku, tetapi aku abaikan dia. Mama Dan papa berpandangan satu sama pain sebelum merenung susuk aku dan Qayral tajam.
"Bila nak pergi merisik. Qay dah ada tarikh?" Selamba.
What? Merisik. It can't happen in my life. Aku tak akan kahwin dan tak nak kahwin dengan Tengku Qayral. INI bukan yang aku nak. Ini bukan yang Qayral cakap.
"Me.. Merisik ya, merisik. Qay tak sedia lagi ma." Qayral gugup. Dia mula bermain jari tangan. Resah.
Tolong Qayral. Aku tak nak. Selamatkan aku.
"What? How can you said that? Qayral dah 28 tahun. Dah nak masuk three series. Sampai bila nak macam ni. Mama tetap nak kamu berdua kahwin." Tegas mama. Dahinya mengerut.
Air mataku hampir meniti di tubir mata. Kenangan saat Ifzan meninggalkan aku, beemain umpama pita perakam dalam fikiranku. Aku tak mahu sekali lagi. Perkahwinan ni tak akan bahagia. Aku tak cintakan Qayral.
NO!
"Tapi ma, Qay... " papa memeotong ayat Qayral. Jelas riak serius terpancar di wajah mereka.
Aku tak tahu, mulut aku terkunci rapi. Tubuhku kaku. Aku tak dapat meluahkan apa yang aku mahukan. Mengapa ya Allah? Aku tak nak.
"No but! Dua minggu lagi mama dengan papa nak pergi rumah Rene, merisik terus tunang. Mama tak suka lama-lama. You know Qay, Kami nak cucu." Papa bernada sayu.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficción GeneralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...