BAB 17 -SETUJU!-

4.3K 149 2
                                    

Pov Azrene

"Jalaludin..! Hang mai sini!" Aku memekik kepada Naim atau lebih dikenali sebagai Jalaludin. Kenapa? Sebab dia dah ada uban walaupun baru 16 tahun, macam Dato' Jalaludin.

Ada ke patut dia pi telan semua coklat dalam bakul hantaran. Tak habis, dia pergi edarkan dekat satu keluarga. Boleh pulak cakap dia yang beli. Aish! Memang naik la angin aku.

"Ya kak singa. Ough! I mean Kak Rose. Ada apa?" Jalal mengenyitkan maa kepadaku. Tak padan dengan umur. Gatal!

"Awat hang pi telan semua coklat ni? Hang tau dak ni nak buat hantaqan? Hang ni. Aku cekik satgi." Aku mundar mandir di hadapan Jalal.

Chop!

Asal aku marah sangat. Kenapa bersemangat sangat ni. Aku tak nak pun benda ni. Abaikan! Coklat tetap coklat.

"Jalal tengok sedap je tadi. Rugi kalau biar lama-lama. Biarlah Jalal yang makan dulu." Selamba. Dia bersandar di muka pintu.

"Hotak hang! Hang tau dak, aku nak guna. Mahai tau dak coklat tu. Hang ni... Spoil mood aku betui la." Aku menghentak kaki.

"Don't worry Akak singa, Dato' Jalal dah ganti balik. Sebungkus besar lagi Dato' Jalal sponsor." Jalal berdecit. Sebungkus plastik yang dipenuhi pelbagai coklat dan gula-gula dihulurkan kepadaku. Aish budak ni! Makan kang!

"Sponsor hotak hang. Pi main luaq sana. Sibuk sini." Aku merampas plastik coklat sebelum menutup pintu kemas.

Telefonku tiba-tiba berdering. Nama pitiful cat tertera di atas skrin.

"Dia ni lagi. Nak apa pulak la ni?" Aku menjawab panggilan itu.

"Awat? Nak apa lagi?" Aku menengking smmbil menuang coklat ke dalam bakul.

"Keluar sekejap. Aku kat depan rumah."

"Singaaa!... Hero hang mai!" Aku dengar pekikan suara Fariha dari luar kamar. Perempuan ke lelaki dia ni. Kasar semacam suara.

"Kejap!" Aku mematikan panggilan. Langkahku diatur ke luar rumah.

Punggungku dilabuhkan ke atas anak tangga. Pandanganku jatuh ke atas lantai. Malas nak tatap wajah mamat tu.

"Awat?" Senafas.

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku gurau je."

Aku tak nampak apa dia buat. Aku tak tahu kedudukan dia.

"Woi! Hero mai mintak maaf tu. Tak salah pun kena mintak maaf. Maaf la. Kesian." Pekik Farihin dari belakangku.

Kenapa aku tak sedar semua orang tengah berdiri belakang aku? Ni bukan drama maghrib wey. Asal ramai sangat penonton ni?

"Sibuk lah. Pi masuk dalam. Jangan duk ganggu hal orang." Aku menolak kaki mereka.

"Kami tak akan pi selagi Kak singa tak maafkan kucing tak cukup kasih sayang ni. Cepat maafkan. Tak qeti bersyukur. Oqang dah tolong kendong bawak balik. Sonbong! Singa mana ni? Singa Afrika pun tak lagu ni." Farihin lagak sombong.

"Ya aku maafkan. Tepi!" Aku menolak selautan saudara-maraku yang menghalang laluan masuk ke dalam rumah.

"Eh! Sabaq. Tak ikhlas tu." Seluruh ahli keluarga bersepakat menghalangku. Hawau betui!

"Hang sapa nak nilai ikhlas aku? Dia tak layak dapat keikhlasan aku. Tepi aku habaq!" Aku menepis sesiapa sahaja yang menghalang laluanku. Aku menghempas pintu kamar sekuat hati.

Aku mudar mandir tidak tentu hala. Aku pening. Aku tertekan.

"Apa aku cakap ni? Apa aku dah buat ni?" Aku menepuk dahiku sendiri.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now