Hari yang dinantikan Wardah sudah tiba. Memang excited habis la dia. Aku ni naik rimas dengan dia. Macam-macam soalan keluar.
"Rene, nervous la." Wardah mengipas wajahnya dengan tangan sendiri.
Ini la salah satunya ayat paling banyak dia lafazkan. Bukan dia yang lafaz akad nikah. Tapi, logik la kan. Aku pun tengah risau ni.
"Relax. Istighfar banyak-banyak." Aku menyapu belakang Wardah. Sesekali aku melihat telefon pintarku.
"Kau ni kenapa? Risau semacam je. Bukan kau yabg nak kahwin, aku ni." Wardah mencebik.
Aku mengerut. Tiba-tiba pintu kamar dikuak seseorang. Wajah Qayral tersembul.
"Ifzan mana ni? Tok kadi dah sampai. Dia tak boleh lama. Ada orang lain nak kahwin jugak. Family dia pun dah sampai. Diaorang kata Ifzan nak pergi sendiri tadi." Qayral gelabah. Wajahnya berkerut seribu.
Aku dan Wardah sudah mula tidak sedap hati. Wardah membuka telefon pintarnya kemudian ditutup kembali. Wajahnya semakin risau. Resah!
Aku jangan cakap la. Aku lagi risau walaupun bukan aku yang kahwin. Aku dah pernah kena. Mana kau Ifzan. Kalau kau tak datang sumpah kali ni aku kerjakan cukup-cukup.
"Dia ada call tak?"
"Tak ada. Chat saya pun tak balas lagi Tengku. Saya risau la." Wardah resah.
Panggilannya masih formal. Kekal dengan panggilan Tengku. Mungkin kekok.
"Relax babe. Aku try call jap."
Telefon pintarku dibuka. Nama Ifzan diketik. Panggilan berdering. Namun tidak dijawab. Hampir sepuluh kali aku melakukan perkara yang sama. Namun masih tiada jawapan.
Wardah bangun dengan linangan air mata.
"Aku rasa, aku dah tak boleh teruskan. Menyesal aku tak sokong bantahan kau."
Wardah terus melangkah keluar. Aku dan Qayral saling berpandangan. Tanpa melengahkan masa, aku dan Qayral membuntuti Wardah ke ruang tamu.
Wardah berdiri di hadapan khalayak ramai. Para penduduk yang enak menjamu selera tidak menyedari apa-apa. Wardah mengesat air matanya yang mengalir deras. Rayyan di sebelah sudah mengusap belakang kakaknya.
"Assalamualikum semua. Saya rasa, majlis ni..." Katanya mati begitu sahaja. Semua mata terarah ke arah pintu utama.
"Assalamualikum."
Ifzan tiba dengan keadaan termengah-mengah. Wajahnya yang putih bertukar merah. Peluh masih lagi merecik. Baru balik marathon ke?
"Maaf saya lambat. Maaf Wardah. Saya ada masalah tadi. Tolong jangan batalkan majlis ni. Kita teruskan." Ifzan masih termengah-mengah berbicara.
Sempat jejaka di sebelahnya menghulurkan sehelai tisu. Ifzan mengelap peluh lalu mengatur langkah ke arah Wardah.
"Maafkan saya. Saya tak ada niat nak buat awak risau. Tolong jangan batalkan. Saya dah ada ni kan? Kita teruskan ya? Saya tak nak buat kesilapan dah." Wajah sayunya merenung wajah merah Wardah yang penuh dengan aliran air mata.
Wardah hanya mengangguk dengan senyuman yang kelat. Tak mampu menahan sebak. Hai pengantin, tak akad lagi dah menagis. Drama la cerita ni.
Usai Wardah mengusap air mata, aku terus mengiringinya ke pelamin. Punggung dilabuhkan dengan sopan. Aku di sisinya sebagai peneman dan penyokong. Ceh...
Usai sahaja tok kadi membacakan syarat, tanggungjawab dan sebagainya sebagai suami isteri, suasana sunyi seketika.
"Boleh kita mulakan?" Tok kadi memandang saksi akad itu. Yang lain hanya mengangguk.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
General FictionDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...