BAB 3

6.4K 237 9
                                    

POV Azrene Rose

Aku tiba agak lewat sedikit hari ini. Macam biasa terlajak lagi. Tapi aku dah sarapan dekat rumah, so Raziya tak akan marah.

Setibanya aku masuk ke kafe, bilik persalinan menjadi sasaran. Aku menukar T-shirt hitamku dengan kemeja putih dah jeans hitam. Rambut pendekku dibetulkan sedikit sebelum makai topi hitam berlambang supreme. Raziya tak suka sangat aku pakai topi, dia lebih suka aju pakai skarf penutup kepala, tapi ada aku kesah? Apron di dalam locker dicapai sebelum bergegas melakukan tugas.

Aku sibuk menyusun makanan di dalam rak makanan di barisan kaunter. Mata aku melilau juga melihat pelanggan. Ada yang borak, ada main fon, buat kerja. Herh! Macam- macam jenis.

Selesai tugasan kaunter bayaran menjadi sasaranku. Tempat Raziya bertapa.

"Ziya, mana El? Dah pukul sembilan seengah ni, awat tak mai lagi?" Soalku dalam kekeliruan.

Elzira bukan jenis yang lambat ke kerja. Cuti pun jarang minta. Buang tabiat apa.

"Dia resign. Dia kena ikut mak dia tinggal dengan kakak dia dekat Terengganu. Aku luluskan aje." Selamba.

Resign? Sebab mak dia ke sebab aku? Marah aku ke? Persoalan ITU bermain ligat dalam fikiranku. Aku abaikan.

"Senang kerja hangpa. Abis aku ni lagu mana? Kafe ni ade dua je pelayan. Faham? Dua! Kalau dia resign tak kan aku nak buat kerja sorang-sorang? Tak ketaq lutut aku? Hang piqiaq pakai apa?" Bernada tegas tetapi suaraku masih perlahan. Malu siak kalau orang pandang.

"Nanti aku cari la pekerja baru. Don't worry Rene, it's gonna be okay. Just for a week maybe." Sengih. Yang cabut kepala lutut aku juga.

"Kalau lagu tu, kena bagi up sikit la gaji. Apa hang ingat aku aku ni robot?" Aku memerli Raziya.

Selepas memberi jelingan tajam aku terus ke dapur. Berbual kosong dengan Aryan. Lagi best.

                          *****
Aku baru sahaja selesai makan tengah hari. Makan di dapur sahaja. Langkahku terus diorak menuju ke kaunter. Menunggu pelanggan hadir untuk makan tengah hari.

Beberapa minit kemudian loceng di daun pintu kafe berbunyi, menandakan kehadiran seseorang. Aku bangun.

Kelihatan seorang jejaka bertubuh sasa. Berkemeja merah Dan jeans hitam. Berkaca mata. Langkahnya terus menuju me kaunter. Aku menunduk hormat.

"Selamat tengah hari. Encik nak oder apa?" Senarai menu aku berikan. Jari-jemariku sudah bersedia di atas tablet.

Apa kau ingat aku kekampungan sangat ke? Aku pun pandai berloghat Selangor gitew. Aku lebih sayangkan tempat asal aku. Lagipun, Raziya suruh aku cakap macam tu. Aku ikut aje. Nampak tak betapa berdedikasinya aku?

"Please give me bolognaise spaghetti and maggo juice." Matanya tepat memandangku. Dengan senyuman.

"Anything else sir?" Soalku sambil menghantar menu pesanan makanan kepada Aryan melalui tablet.

"That's all." Berpuluh-puluh gigi putihnya yang tersusun rapi ditayangkan. Aku membalas. Tak ada perasaan.

"Okay. Semuanya sebelas ringgit." Dia menghulurkan sekeping not lima puluh ringgit. Aku menerima dengan senyuman.

"Just keep a chance." Walletnya dimasukkan kembali. Dia terus melabuhkan punggung di meja hadapan kaunter.

Aku okay. Aku tak suka nak ambil macam tu je. Aku bukan pemilik. Aku akan pulangkan.

Beberapa minit kemudia loceng di tingkap pemisah dapur dan kaunter berbunyi. Aku mengatur langkah. Dulang yang terisi semangkuk spaghetti bolognaise dan secawan jus mangga aku bawa kepada pemesannya.

Aku meletakkan dulang di atas meja. Pesanan makanan aku berikan. Duit baki pun aku selitkan sekali bersama resit.

"Enjoy your meal." Aku menunduk hormat sebelum beredar perlahan. Namun langkahku terhenti. Aku dah agak.

"Cik? I said keep a chance just now right?" Dahinya mengerut. Baki duit diangkat.

"Sorry encik. Saya bukan owner cafe ni." Ringkas balasanku. Tiada sebab yang kukuh.

"Okay. But, can I ask you something?"

"Yes sir." Aku memaling buat Kali kedua. Dulang aku genggam erat. Geram.

"Saya baru datang sini. Just for holiday. Dekat sini mana tempat yang best?" Dia mengunyah spaghetti.

Macam-macam la mamat ni. Aku bukan tour guide. Tanya tempat best, aku rasa semua best.

"Dekat sini semua best encik. Nak tenangkan fikiran pun bagus. Kedah ni actually bukan tempat tumpuan, but it's good for your mind. Encik boleh je jalan-jalan. Tapi yang banyak sawah padi la." Terangku panjang lebar. Senyum pahit aku ukirkan.

Dah la terpaksa jadi lembut. Cakap pun lembut. Nak senyum pun kena ikhlas. Aku dh penat.

"Ough! Thank you. Sorry cause waste your time." Makanannya kembali dijamah.

"You're welcome." Aku terus pergi. Malas nak layan.

                          *****
POV Qayral.

Sudah hampir satu jam aku di kafe itu. Aku tak ada hala tuju. Mahu mencari hotel pun aku malas. Aku rasa macam tak mahu keluar. Bagai ada satu aura yang mengunci kakiku.

Mataku terkadang tidak lekang dari memandang gadis cafe itu. Entah APA yang menarik perhatianku untuk memandangnya.

Matanya yang bundar. Leher jinjang. Bibir munggil, semuanya menggugat keimanan aku. Tetapi, malangnya, dia seperti sombong. Mahu tidak mahu sahaja melayan aku.

Jam sudah menunjukkan jam dua petang. Aku mahu mencari hotel. Aku perlukan rehat.

Aku terus bangun dari kedudukanku. Langkahku terus diatur keluar. Ekor mataku sempat memandang wajah gadis itu.

                         *****
Abaikan typo. Sorry chapter ni pun pendek. Sis simpan idea untuk chapter yang menarik.
.
Vote🌹🔥

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now