Now! Tiba masa majlis bersanding sebelah lelaki. Memang aku yang minta buat lambat sikit. Lagipun kitaorang busy gila. Time ni je free. Huh! Sanding again. Dah la dekat hotel five star. Ramai. Hmmmm...
"Rene! Okay tak?" Soal Wardah dari arah belakang. Dia la satu-satu mak andam aku.
Aku memusingkan tubuh menghadap Wardah. Pandangan dibawa ke lantai kamar.
"Wa, aku ni jahat sangat ke?" Redup wajahku menatap wajah tenang Wardah.
"Hey! Apa kau cakap ni? Mana ada." Wardah memeluk bahuku. Tubuhku dibawa ke dalam pelukannya.
"Wa, aku tak pernah nak layan Qay dengan baik. Aku selalu tak tepati kemahuan dia. Aku berdosa ke? Aa... Ak.. aku cuma tak ready." Air mata Mula meniti di tubir mata.
Setiap kali berbicara tentang hubungan aku Dan Qayral, aku mudah menitiskan air mata. Tersangat mudah sehingga aku rasa aku sangat lemah. Terasa amat berdosa.
Berderai ketawa Wardah. Perutnya dipegang menahan tawa.
"Kenapa kau gelak?" Aku mencebik.
"Serious kau tak pernah 'tu' lagi? Kuat betul iman kau dengan Qay." Tawanya kembali meledak. Kini semakin kuat.
"Wa! Aku serious ni. Jangan la gelak. Iman aku bukan lah kuat sangat. Tapi... Aku tak suka. Kau faham kan?" Wajahku mengerut, meminta kepastian.
"Aku serious la ni. Okay, aku faham. Biasalah, kau kahwin dengan Tengku pun bersebab. So.. it's normal la." Wardah tersenyum.
Semua kisah hidupku dari A hingga Z aku ceritakan kepada Wardah. Dia sahabat aku. Aku tahu dia boleh dipercayai. Dia matang. Setiap masalah yang aku luahkan dia sedia terima. Aku bersyukur ALLAH kurniakan manusia sebaik dia di Mula bumi ini.
"Rose, dah siap?" Soal mama di muka pintu. Senyum manis yang terukir jelas keterujaannya.
"Dah mama. Qay dah siap ke?" Aku mengukir senyum nipis sekadar berbasi-basi.
Mama mengangguk.
Usai membetulkan busana pengantinku, kami bergerak ke Dewan yang terletak di tingkat atas hotel. Acara bersanding dimulakan. Kami berdua jalan beriringan. Jelas wajah mak tersenyum lebar. Aku bahagia.
Ya ALLAH, kekalkan bahagia ini. Aku sudah tidak sanggup lagi terus menderita. Menafikan rasa aku saat ini.
*****
"Bel, relax. I tahu you tak suka, tapi... apa pulak kata Qayral dengan Rene kalau I tak masuk?" Aryan memandang wajah suram Bella."So, you masuk la sorang. I tak nak. Never!" Bella memalingkan wajah.
"Bel..." Meleret panggilan Aryan.
Sudah penat dia memujuk Bella supaya menemaninya ke majlis bersanding Azrene Dan Qayral. Namun, gadis itu masih tetap dengan pendiriannya. Jadi, Aryan membuat keputusan dengan membawa Bella secara senyap-senyap.
Sudah dia tahu sahabatnya itu pernah mengalami peristiwa pahit bersama Qayral, namun dia masih bertegas dengan pendiriannya. Bukan Aryan berniat untukmenyakitkan hati Bella, namun dia taking gadis itu boleh melupakan Qayral dengan cara ini.
"Yan, you tahu kan sejarah silam I? Habistu, kenapa you tak boleh faham I? You nak tengok I jadi macam dulu ke?" Bella bernada tegas.
"No! I cuma nak you move on. Maybe dengan cara ni you boleh terima hakikat yang Qayral dah jadi hak orang. Dah bahagia pun. Please Bella." Bahu Bella dipegang dengan harapan yang menggunung.
"I dah move on Yan. Tapi.. you yang busy I jadi macam ni. Macam mana I nak berdepan dengan Qay, sedangkan masa I nampak dia dekat cafe you pun I dah menggigil. I tak boleh face to face dengan dia. I takut I jadi macam dulu. You tak nak kan?"
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficção GeralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...