Pov Azrene
Dua hari lagi majlis tunangku bakal berlansung. Saudara-maraku sudah pulang. Kesemuanya. Penuh satu rumah. Ada yang menginap di homestay berdekatan. Tapi, melantak dekat sini juga.
Qayral? Esok dia datang dengan family dia. Siap bagi gambar lagi yang mana family dia. Rupanya, dia memang ada kakak dan adik. Kalau perangai macam badut berdua tu, aku tak tahu la nasib apa nak menimpa.
Dua hari! Trauma aku. Aku benci nombor dua. Nombor telefon aku pun tak ada angka dua. Aku benci gila.
Aku takut peristiwa lama berulang kembali. Jantung aku tak berhenti berdegup kencang. Tangan aku ansyik ketar je. Tolonglah! Bukan kali kedua.
"Rose! Amboi! Termenung jauh nampak. Teringat dekat bakal suami ke?" Perli Jannah. Lamunanku terhenti.
Jannah adalah sepupu belah mak aku. Semua saudara mara akan panggil aku Rose, kecuali mak dan badut.Actually, sedara belah mak aku ada empat set. Sebelah arwah abah ada enam set. Memang kecoh.
Aku ni memang suka dijadikan bahan sakat. Disebabkan perwatakan aku yang berubah 360 darjah. Siapa saja yang tak terkejut. Aku yang dulunya lembut, ayu, kot? Sekarang jadi kasar. Memang perapat kena hentam.
"Dak aih." Senafas. Pandanganku kembali jatuh pada dulang hantaran. Ramai juga yang membantu. Ada yang pergi melantak. Ada yang pergi bendang, nak selfie katanya. Ada yang membawang. Hah! Macam-macam kerenah.
"Habistu? Kenapa monyok semacam je? Ke... Kau ingat benda lama?" Lima saudara itu memandangku. Macam aku penjenayah.
"Dak aih!" Jawapan yang sama aku berikan. Tak ada mood!
"Kau tak payah nak tipu kitaorang la Rose. Aku tengok muka kau pun aku tahu. Dah! Lupakan je. Buka buku baru. Yakin! Dia tak akan tinggalkan kau. Tak payah nak sedih sangat. Ecer senyum sikit." Dahlia mencuit pipiku. Lembutnya tangan dia.
Beruntung aku dapat sepupu macam ni. Kalau dapat sepupu macam badut tu, aku tak tahu lah nak tunang ke tak.
Aku mengukir senyum nipis. Yang lain menderaikan ketawa. Apa yang kelakar? Senyum aku pelik sangat ke?
"Kak Rose! Tepon unyi!" Pekik Haris dari pintu kamarku. Tangannya mengenggam telefon pintarku yang mendendangkan lagu solo oleh Jennie. Asal? Salah ke minat Kpop?
Biasalah budak kecil, pantang nampak telefon, macam-macam janji palsu dia bagi.
"Haris mai la sini." Aku memanggil Haris yang baru berusia empat tahun. Dia memang manja dengan aku. Aku lagi sayang dia, sebab dia handsome macam aku. Kan?
Haris melabuhkan punggung ke atas ribaku. Telefon pintar di tangannya aku capai.
"Ala! Dah tutup. Macam mana ni?" Aku menggoyangkan tubuh Haris. Lambat sangat dia jalan tadi.
Haris ketawa. Alolo... Comel!
Lagu solo kembali berlagu. Nama pitiful cat tertera di atas skrin telefonku. Aku menjawab.
"Hello! Kenapa?" Aku menyoal perlahan. Kalau yang lain dengar, mahu disakat.
"Cik suami dah telefon." Perli Zahira. Baru je aku kata. Dia ni, dua kali lima je dengan badut.
"Tengah buat apa?"
'Buang tabiat ke apa mamat ni tanya khabar? Ya Allah, jangan la dia demam. Satni lain pulak jadi.' Desis aku sendiri.
"Siapkan hantaran. Kenapa?" Selamba. Haris yang duduk di ribaku sibuk bermain dengan gula-gula. Nak ambil la tu.
"Nak tanya pun tak boleh ke? Saja. Bosan." Qayral bernada mengada di hujung talian.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Fiksi UmumDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...