"Rose serius nak balik sorang?" Soal Qayral gelisah.
Bukan aku ni lapuk sangat. Kereta pun aku dah reti bawak. Lesen ada. Jalan tau. Apa yang nak dirisaukan. Aku balik kampung nak holiday bukan nak kahwin lain. Kalau kena kahwin pun aku tak nak.
"Ye. Kau pergi la kerja nanti lambat pulak." Ujarku selamba. Bagasi dibawa masuk ke dalam mini cooper merah menyala itu. Untunv Qayral belanja. Boleh menayang.
"Rindukan Qay?" Rayunya manja.
"Hmm.. Malas. Aku gerak dulu la. Assalamualikum!" Aku terus masuk ke dalam perut kereta setelah menyalam Qayral. Isteri mithali konon.
"I love you!" Pekik Qayral setelah aku keluar dari perkarangan penthouse itu.
Almost love you too. Sinis.
*****
"Assalamualaikum." Aku menyapa Raziya yang leka dengan tugasnya. Apa lagi.. Kira duit la. Meterialistik betul. Pantang nampak duit."Waalaikumussaaam. Rene! Bila kau balik? Rindunya!" Terkinja-kinja Raziya lari mendakap tubuhku. Aku rindu pelukan ni. Hmm..
"Aku baru ja sampai. Jumpa hang sat. Aku pun rindu hang." Tubuh Raziya dipeluk kembali. Semakin rindu. Sahabat dunia akhirat aku kot.
"Mai la duduk dulu. Harini aku belanja hang. Hang nak makan apa?"
Punggung dilabuhkan. Fikiran ligat berfikir. Sepanjang perjalanan aku hanya minum. Memang lapar la. Pastu nak belanja.. Lagi la bertambah selera.
"Lamb chop dengan chesee meatball. Pastu nak apple juice." Sengih. Kemain aku mintak. Kejap lagi makan mak punya masakan pulak.
"Wait!" Senyum. Jarang la dapat tengok Raziya gembira macam ni. Selalunya, mesti ada cerita hot. Tak tahu berapa banyak bawang yang dia nak kupas.
**
"Hoi!"Satu tepukan meja membuatkan lamunan Qayral terhenti. Berangannya tidak pernah habis. Ada sahaja yang mahu difikirkan. Lebih-lebih lagi tentang dia dan Azrene. Memang kusut!
"Termenung apa cik abang oi? Fikir nak tambah madu ke?" Ketawa. Kasar gurauannya.
"Ish kau ni. Yang ni pun dah susah nak pikat ada pulak nak tambah madu. Never! Aku tetap sayang dia. Dia lain." Tegas Qayral. Tangan kiri menongkat dagu.
"Apa yang lain? Aku dengan dia dulu sama je." Selamba.
"Tu kau! Kau tak pernah hargai dia. Cuba jadi macam aku. Hargai dia. Even dia ni tersangat teramat susah nak pikat, tapi aku tetap usaha. Tapi kan... Menyesal pon ada dengan plan aku yang bodoh tu. Dia dah hampir nak jatuh cinta dengan aku. Lagi cikit je. Huh! Menyesal!" Wajah ditarik. Kepala dihentak berkali-kali.
Qayral benar menyesal. Dengan satu kesilapan membuatkan cinta yang hampir berputik musnah disirami racun nafsu. Tak pernah Qayral terfikir dengan cara manjanya membuatkan Azrenw jatuh cinta. Walau sedikit amat bermakna. Siapa yang tidak mahu saling mencintai? Siapa yang mahu cintanya bertepuk sebelah tangan? Nobody!
"Aku bukan tak hargai dia. Tapi.. Dia tu pekik la. Aku tak suka. Tapi sekarang.. Dia membuatkan jantung aku ni berdegup laju tau. Macam something!" Selamba. Tangan kanan diketakkan di dada.
"Bodoh! Wife aku kot? Selamba badak kau buat sesi jejak kasih. Sorry to morry. Jantung kau berdegup laju tu sebab nak mati dah. Tu pun tak tahu." Qayral menjeling. Cemburu!
"A..."
"Dah! Malas aku layan kau. Merepek banyak! Aku sambung kerja lagi bagus!" Wallet dan telefon pintar dicapai. Ifzan ditinggalkan terpinga-pinga. Kelakar!
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
General FictionDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...