Aku terjaga dari lena. Penat masih belum reda. Semakin bertambah ada la. Tak guna punya Tengku. Jam di telefon pintar dikerling. 6 pagi. Nice time.
Aku meleraikan pelukan Qayral. Langkah diatur menuju ke kamar mandi. Usai mandi aku mengejutkan Qayral untuk membersihkan diri pula.
"Bangun cepat. Kita jemaah sama-sama." Ujarku dengan geram. Qayral masih liat bangun.
Qayral akur. Langkahnya diatur menuju ke arahku yang sibuk memakai telekung.
"Rose dah ada wudhuk." Senafas. Faham sendiri la.
Qayral tersenyum sebelum masuk ke kamar mandi. Mamat ni angau sangat la. Aku ni terlebih baik. Susah la macam ni.
Usia sahaja solat, aku turun ke dapur. Qayral masih di kamar. Nak tukar baju katanya. Kerja tak nak pergi. Pastu tutup Niel's Legacy seminggu. Tak ada kerja betul mamat ni.
Aku sibuk menggoreng nasi, tiba-tiba terasa satu pelukan di pinggangku dari arah belakang.
"Dah boleh batal wudhuk kan?" Ujarnya. Kepalanya diketakkan di atas bahuku. Senyum nakalnya meleret.
"Duduk sini." Aku menarikkan kerusi untuk Qayral. Qayral akur tetapi masih dengan senyum penuh maknanya.
Aku menghidangkan makanan di atas meja. Aku dan Qayral jamah bersama. Penat melayan kerenah nakal Qayral. Susah betul dia nak move on pasal malam tadi. Teroxxx!!
"Sayang.."
"Hmm.."
"Lepas makan nasi ni, hubby nak makan benda lain boleh?" Soalnya dengan riak selamba.
"Jangan nak mengada. Lepas makan nasi ni bersiap. Kita pergi beli barang sikit." Ujarku dengan mulut penuh.
Qayral mencebik lama. Suapannya diteruskan. Aku tersenyum melihat kerenahnya.
*****
Usai aku dan Qayral membeli barang rumah, Qayral mengajakku bersiar-siar di sebuah tasik. Aku tak tahu dekat mana. Aku bukan faham sangat selok belok KL ni."Have a seat my dear." Ujar Qayral memberi ruang untuk aku melabuhkan punggung. Over.
"Tak nak duduk sini. Kita duduk tepi tasik tu. Lagi best!" Ujarku. Aku berlari ke arah tepi tasik tanpa menunggu jawapan dari Qayral sebab aku tahu dia tak akan membantah. Muahaha!
Qayral melabuhkan punggung di sisiku.
"Hubby sayang Rose?" Soalku sebaik sahaja Qayral melabuhkan punggung. Sengaja aku mahu dengar. Jika terlalu ringkas jawapannya aku agak curiga kerana tiada sebab. Jika panjang, aku lega sesikit.
"Of course la sayang. Selagi hubby hidup, only you as my wife. You're the one. Hubby tak akan sia-siakan. Rose adalah hadiah yang paling bermakna daei Allah untuk hubby. Tak mungkin lah hubby nak mendua atau tinggalkan sayang. Never happen." Ujar Qayral penuh yakin.
Pandangannya dibawa ke tasik yang tenang. Aku hanya menatap wajahnya. Setiap kata yang dilafazkan, aku tahu terselit keihkhlasan di situ. Sesungguhnya, perancangan Allah itu lebih baik dan terbaik. Supaya bahagia ini kekal. Jauhkan rasa curiga dari hati kami Ya Allah.
"Thanks."
"Rose sayang hubby? Bahagia dengan hubby?" Pandangannya dibawa ke arahku. Giliran aku pula memandang ke arah genangan tasik.
"Sejujurnya, sejak awal kita berjumpa lagi Rose bencikan hubby. Tak tahu kenapa Rose boleh setuju dengan rancangan hubby. Tapi, naluri Rose seakan rela. Then, bila dah kahwin perasaan tu masih tak wujud. Rose anggap, kita memang tak ada jodoh. Tapi, perancangan Allah tu lebih baik. Cinta Rose berputik saat hubby dengan si keli tu. Tapi, semakin hubby mesra dengan dia, perasaan tu pun dengan mesra pergi."
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Genel KurguDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...