BAB 37 -CUCU?-

4.6K 153 0
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat dengan senyuman. Qayral memandangku dengan gelengan. aku tak gila lagi. Cuma excited je. Muhahaha!

"Hubby masuk dulu. Jangan senyum sangat, nanti ada orang lain suka." Sengih.

Aku mencebik. Tak pernah puaa nak menyakat dia ni.

"Macam tu bagus. Biar hubby je suka." Hidungku dicuit sebelum berlalu.

Pekerja yang lain hanya memandang dengan tawa. Mereka sudah kenal dengan Qayral. Masalahnya aku yang rimas. Gatal sangat pun susah jugak nak hidup.

"Untung kau Rene dapat bersuamikan Tengku." Sapa seseorang dari tepi meja kerjaku.

"Untung tu sikit je kak Iqah, rimas tu banyak. Kau tengok tadi, depan orang tak reti cover. Pastu ansyik menyakat aku. Selamat la sayang." Aku mencebik. Kepala digeleng apabila memikirkan balik kenangan tadi.

"Okay apa? Nampak la kebahagian dan kemesraan dekat situ." Shafiqah menjeling manja. Alahai, orang dah berpengalaman ni susah nak membantah.

"Ye la kak. Akak ni nak start ambil cuti bersalin? Kesian saya tengok dah sarat macam ni, ke hulu ke hilir." Aku memandang simpati.

Memandangkan usia kandungan Shafiqah sudah memasuki usia lapan bulan, memang seksa la. Aku yang tengok ni pun kesian. Sepatutnya sekarang pun sudah boleh memohon cuti, tetapi aku tak faham mengapa degil sangat nak bercuti. Macam-macam alasan dia bagi. Nak senang bersalin la, banyak kerja la. Macam mana la kalau aku mengandung nanti.

"Kalau boleh harini jugak nak mohon cuti. Tapi, kerja banyak la. Dah habis akak mohon la." Senyum. Kan aku dah kata, banyk songeh.

"Mohon je la, kan boleh mohon nak buat kerja dekat rumah? Tapi, kalau dah ada anak, Rene suruh la Tengku ambil pekerja sambilan. Boleh cover." Aku mencadang. Kalau tak setuju tak tahu la.

"Not bad! Boleh jugak. Akak pun dah tak larat nak bawa budak ni. Akak mohon harini la." Riak teruja dipertontonkan.

"Excitednya!!" Aku mencebik denan senyuman.

*****
Talia berjalan memasuki kafe Ifzan. Langkahnya dibawa ke kaunter.

"Selamat datang Cik. Oder?" Sapa seorang pelayan di kaunter itu sebaik Talia tiba.

"No, thanks. Boss you mana?" Soal Talia. Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Seseorang yang amat dirindui.

"Tuan Ifzan tak masuk lagi. Kenapa ya?" Keningnya dijongketkan.

"Tak masuk lagi? Dah nak dekat tengah hari ni tak masuk lagi? Curi tulang ke apa boss awak ni." Keluhan berat dilepaskan.

Punah harapannya mahu bertemu Ifzan. Rindunya sudah tidak terkata banyak mana?

"Cik ada pesanan apa-apa ke? Saya boleh sampaikan." Pelayan itu mempelawa dirinya.

"Tak ada apa-apa la. By the way, I nak grape juice. Cup okay." Talia berdiri tenang di kaunter. Malas terasa mahu duduk. Bukan ada Ifzan pun.

Usai mengambil pesanannya, dia terus berlalu pergi.

*****
Aku berjalan tenang dengan senyuman menuju ke kamar Qayral. Pintu dibuka tanpa memberi salam.

"Hubby, jom! Dah pukul 1 ni. Nanti lambat pulak." Aku melabuhkan punggung di hadapan Qayral.

"Excitednya. Give me five munites." Senyum.

Usai memanggil Qayral, aku ke kamar Wardah pula. Nafas ditarik dalam. InsyaAllah semua dipermudahkan.

"Assalamualikum." Aku melakar senyum seikhlas mungkin.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now