BAB 18 - SUMPAH!-

4.3K 152 1
                                    

Majlis tunang antara Qayral dan Azrene sedang berlansung. Orang yang lebih arif, sibuk membincangkan tentang persiapan kahwin. Berbalas pantun. Berbincang tarikh.

Suasana agak meriah. Almaklumlah! Saudara -mara Azrene sahaja sudah berapa banyak. Balik macam nak sambut kenduri. Padahal, hanya tunang.

Pov Azrene

Aku masih di dalam kamar. Belum dipanggil keluar. Jantungku berdegup kencang. Bagai mahu tercabut tangkainya. Aku meramas tangan sendiri. Gaun putih yang dibeli bersama mama sudah disuaikan. Solekan juga sudah melekap. Rimas!

"Kau ni pahal Rose?" Jannah menyergahku. Gusar melihatku tidak tentu arah. Macam orang ketagih pun ada.

"Aku takut la. Betul ka apa aku buat ni? Macam gila ja." Aku memangku kepalaku dengan tangan kiri. Tak padan dengan pakai gaun, kaki terkangkang macam lelaki duduk. Rayhan pun lagi sopan.

"Apa yang gila? Tak payah takutnya. Tenang. Tarik nafas, hembus. Istighfar banyak-banyak. InsyaAllah, Allah permudahkan. Kalau dia jodoh kau, tak ke mana. Kalau bukan, mintalah dipisahkan atas sebab yang kukuh. Bukan aku suruh mintak berpisah. Aku lepuk kepala kau kang. Dah... Relaks!" Jannah tersenyum. Belakangku disapu perlahan.

"Fuh!"

Aku mengeluh berat. Tapi, kenapa aku cantik sangat hari ni? Serius! Cantik. Nak ubah balik boleh tak. Aish! Tak boleh. Padam!

"Ana! Bawak Rose keluar." Mak memanggilku dari muka pintu. Jantung aku kemain lagi pam darah. Yang dia gelabah sangat ni kenapa? Bukan aku nak pun.

Aku keluar diiringi mak dan Jannah. Mak duduk bersamaku di atas kerusi pelamin.

Malu. Merona merah wajahku. Ramai yang memerhatikan. Tetapi, Qayral tiada. Bagus!

Mama menghampiriku. Jannah mengiringi dengan membawa sekotak cincin. Mama menyarungkannya ke jari manis kiriku. Sungguh cantik. Cincin bewarna silver bertakhtakan berlian. Muat pulak tu. Mana dapat saiz jari aku entah la.

Tiba masa untuk sesi bergambar pula. Ada masa aku bergambar seorang. Ada masa semua sepupu sepapat bersama. Qayral sebenarnya ada di luar rumah. Tiba masa aku pula bergambar dengannya. Senyum hanya sekadar senyum nipis. Aku tak suka dia. Dia tak suka aku. So... Tak la sweet sangat.

Usai majlis, semua hadirin dijemput mejamu selera sedikit jamuan. Aku tak nak makan. Aku baru sahaja melangkah untuk masuk ke kamar, Jannah menarik lenganku.

"Sakit ngok! Awat?" Aku menyapu pergelangan lenganku yang perit. Mana tidaknya, badan Jannah tak besar mana, tak kurus mana. Kuat pulak tu.

"Hero kau nak jumpa dekat depan. Lepastu, mak lang suruh turun salam saudara - mara belah hero kau." Selamba. Jarinya sibuk menari di atas skrin telefon. Entah siapa yang dimesejnya.

"Hero hotak hang! Kecoh la!" Aku terus mengatur langkab ke ruang tamu, bertemu Qayral. Gaun yang aga labuh aku angkat sedikit. Labuh ngat!

"Pe?" Aku bersilang tangan di dada. Jelingan maut aku berikan kepada Qayral.

"Pe je? Sombong la kau ni. By the way, aku sebenarnya nak tanya kau something." Sengih!

"Hm..." Cukup malas dah ni.

"Kau serious nak kahwin dalam masa tiga bulan dari sekarang? Kau tak menyesal. Aku just nak ingatkan kau, mama nak cucu. Ingat tu." Senyum Qayral meleret.

"So?"

"So... Kita... Ya... Kau tahu la kan.. Tu.." Dia memuncungkan bibir. Bermacam isyarat yang diberi.

"Apa ke bodoh hotak hangpa ni? Memang dak la kami nak buat dengan hangpa. Mati hidup semula tak akan. Kalau mama terdesak, tersedak sangat nak cucu, Kak Hasni kan ada. Adik kau pun boleh kan?" Aku menjongket kening. Memang kuning otak Qayral ni. Tak kahwin dah fikir jauh.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now