Ting!
From: qay.niel_
Who are you? And why are you always commenting on my post?
Aku senyum segarit.
To: qay.niel_
One day you will know it. See you.
From: qay.neil_
Who are you girl? I will report to police.
Hampir terburai tawaku. Sampai hati.
To: qay.neil_
If you want to meet me, don't do that. I promise, we'll meet without any plans. 😁
From: qay.neil_
You're scary.
Aku terus meleraikan tawa. Apa la Qayral ni. Penakut sangat. Ye la, siapa tak takut kalau jumpa orang macam ni. Aku pun takut.
"Amboi! Sakan gelak. Mesej siapa tu?" Keningnya terjongket. Secawan kopi dihulurkan.
"Tak ada apa la. Baca qoute tadi kelakar." Tawaku masih bersisa.
"Ye la. Ni, Adan tak datang ke?"
"Mana la aku tahu. Mamat tu bukan betul sangat. Otak pun tersumbat jugak tu. Budak bertiga tu mana?" Kopi dicicip perlahan.
Bibir Najwa muncung ke arah kedai gula-gula.
"Again? Rosak la gigi anak aku." Aku menepuk dahi.
"Tak ada maknanya. Ray tak nak pun. Adik kau berdua tu yang nak. Kau la yang cakap nanti ulat makan gigi dia. Takut la tu." Tenang.
"Bagus la tu." Senyum.
Sepi menyapa. Masing-masing ralit dengan telefon pintar. Aku? Instagram la. Yang tu je aku minat. Tiba-tiba berkumandang panggilan untuk penerbangan kami.
"Jom la Wa. Nanti kena tinggal pulak." Ujarku tenang.
Aku memanggil badut bertiga itu. Memang tak la aku nak tolak troli diaorang. Troli anak aku boleh.
"Ray come here. Sit here." Aku menepuk bagasi di atas troli. Kesian anak aku jalan. Bagi la istimewa sikit.
*****
"Gila!""Woi! Apa yang gila?" Soal Ifzan sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan Qayral. Terkejut dibuatnya. Tak pasal- pasal kena mencarut.
"Kau kenal tak perempuan ni? Nama dia rayaz._" Qayral menunjukkan skrin telefonnya di hadapan wajah Ifzan.
"Rayaz? Rayaz mana ni?" Cebik.
"Entah la. Dia tinggal dekat Perth. Dia ni pelik la. Dia selalu komen dekat post aku. Bukan pendek, panjang berjeler. Semua post dia like. Pastu aku dm dia. Aku tanya dia siapa. Pastu dia kata one day aku akan tahu. Dia janji kitaorang akan berjumpa walaupun tak dirancang. Pelik kan? Kalau tengok dekat insta dia, gambar budak kecik je banyak. Scary la."
Herot bibir Qayral. Seriau jika dibayangkan wanita itu adalah seorang yang phsyco. Memang meremang.
"Tak ada apa tu. Aku rasa dia suka kau kot."
Berderai ketawa Ifzan.
"Hehe.. kelakar sangat. Tak ada maknanya. Lantak la dia.
Terus telefonnya dimatikan. Penat melayan kerenah manusia yang pelik. Menyakitkan hati aje.
"Petang nanti teman aku pergi airport kejap. Aku ada nak jumpa orang."
"Apa ke jadah jumpa dekat airport? Dah tak ada tempat lain ke? Jauh tu." Cebik Qayral. Karenah Ifzan lebih memenatkan.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficción GeneralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...