BAB 31 -SYUKUR-

4K 138 2
                                    

Sudah Dua hari Azrene terlantar di katil hospital namun masih belum sedarkan diri. Keadaan Qayral semakin merosot. Segalanya tugas diabaikan Demi menjaga Azrene. Puan Fatimah Dan anak kembarnya juga sudah Tina di Kuala Lumpur. Puas Puan Fatimah memujuk Qayral supaya pergi melakukan tugas rutin namun menantunya itu tetap keras kepala. Puan Fatimah hanya mampu akur.

Qayral tersedar dari lenanya. Terasa genggaman tangan Azrene bergerak.

"Rose! Honey! Doktor!" Pekik Qayral sejurus Azrene sedar.

Beberapa minit kemudian Doktor Zamri tiba dengan seorang jururawat. Qayral diminta beredar sebentar. Beberapa minit kemudian Doktor Zamri keluar dari wad Azrene.

"Macam mana wife saya?" Kelam-kabut dia dibuatnya.

"Suhu badan dia masih lagi tinggi. Dan... Saya day buat pemeriksaan. Azrene didapati trauma. Saya tak pasti mengapa. Saya nak minta buat Masa sekarang jangan desak dia. Biarkan fikiran dia tenang dulu baru Kita boleh kenal pasti penyebabnya." Senyum.

Usai sahaja Qayral berbual tentang Azrene bersama Doktor Zamri, tubuh Azrene terus menjadi sasaran. Wajahnya yang tenang terus bertukar kelam saat melihat tubuh Azrene yang terbaring membelakanginya.

"Rose lapar? Nak minum?" Qayral sekadar berbasi-basi. Aku tidak mengendahkan soalannya. Aku benar kecewa.

Aku tahu aku yang bersalah, namun tidak perlu sehingga meninggalkan aku seorang diri. Dia tahu kelemahanku.

"Sayang, jangan la buat hubby macam ni. I'm so sorry. Hubby tahu hubby ego. Hubby pentingkan diri. Please forgive me." Qayral merayu. Tanganku Cuba digenggam namun pantas aku menarik balik.

Tika ini, hati aku sungguh sakit. Terasa pilu di lubuk hati. Berdosakah aku jika tak melayan dia? Tidak cukuplah selama ini kasih sayang yang aku curahkan? Sungguh aku kecewa. Terasa tidak dihargai.

"Rose..." Sayu sahaja suara Qayral. Hampir luluh hatiku.

"Saya nak mak. Saya nak balik kampung." Selamba.

Tiada riak di wajahku. Sukar digambarkan apakah perasaanku saat ini. Semuanya bercampur baur.

"Mak Ada dekat rumah kita. Tengah hari nanti hubby bawa datang sini okay?" Senyum pahit terukir. Aku tak pasti apa perasaan Qayral saat ini.

"I want my mom now!" Tegasku.

"Okay. Nanti hubby datang balik. Assalamualaikum." Qayral berlalu pergi. Air mataku yang mengalir perlahan dikesat perlahan. Sebak ditahan.

*****
"Abang nak pergi Mana?" Soal Datin Maria tatkala melihat suaminya kemas dengan kemeja putih.

"Nak jenguk menantu Kita la? Awak take nak ikut ke?" Soalnya aneh.

"Tak perlu kot. Lain la kalau dia disahkan mengandung, saya pergi la. Ini setakat demam aje. Dah sedar, boleh la balik tu." Selamba. Majalah yang baru dibelinya kelmarin dibelek.

Harapannya yang menggunung tatkala Qayral memberitahu Azrene pengsan akhirnya runtuh. Separuh mati dia  ingatkan Azrene sudah mengandung namun hanya demam. Kecewa benar dia.

"Boleh tak kalau awak jangan nak fikirkan pasal cucu aje? Azrene tu menantu kita, bukan alat nak dapatkan cucu." Tegas Dato Ramli bernada. 

Geram benar hatinya melayan kerenah isterinya. Tidak habis dengan cucunya. Perancangan ALLAH itu benar belaka. Lambat laun Ada juga.

"Saya ni dah tua bang. Lambat laun saya ni dijemput ILAHI juga. Saya nak juga tengok anak Qay."

"Awak tu memang pentingkan diri. Kalau dah tahu lambat laun dijemput ALLAH, buat la amat ibadat banyak-banyak. Bukan fikir pasal cucu aje." Perli Dato Ramli. Serta merta Datin Maria terkedu.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now