BAB 13 -ANNOYING-

4.4K 173 0
                                    

POV Qayral

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran daun pintu kamar diketuk. Aku abaikan. Farihin pun tak bangun lagi.

"Ari! Qay! Bangun! Subuh , cepat!" Hah! Suara bakal isteri Aku rupanya. Marah pun sedap!

"Jap! Ari, bangun cepat!" Aku mengongcang tubuh Farihin yang masih lena dibuai mimpi. Jangan kau mati sudah la. Seram!

Farihin terjaga. Dia menggeliatkan tubuhnya. Bentuk tubuhnya tak lari sangat dari aku. Sasa juga. Mesti ramai crush dekat sekolah ni!

Beberapa minit kemudian aku tiba di kamar solat. Seluruh bakal ahli keluargaku sudah menunggu. Tetapi, kenapa tempat imam tu kosong.

"Qay! Imam!" Eh! Selamba badak Azrene. Aku akur.

Selepas aku iqamat, solat subuh ditunaikan.

"Allahuakbar!" Aku mengangkat takbir!

                         *****
POV Azrene

Aku bangun dari rebahanku menuju ke meja solek. Bukan nak bersolek, tengok jerawat je. Kot dia nak timbul.

Alhamdulillah! Tak ada.

Aku keluar dari kamar menuju ke ruang tamu. Badut berdua tu pergi study group. Bosan! Qayral? Malas layan. Tak ada mood.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Siaran televisyen ditukar rawak. Bosan juga. Jam di dinding rumah aku tatap. Dah pukul lima petang.

"Nak buat apa ni? Bosan!" Aku meraung. Rambutku dikusutkan.

"Jom pergi jalan kampung. Abang pun bosan. Bawak la abang meronda." Qayral mengkebilkan mata. Sejak bila dia duduk dekat sebelah aku?

"Abang pungkoq hang! Gatai sangat awat?" Aku menjeling sebelum membetulkan rambut.

"Alolo comelnya dia marah. Dah jom pergi jalan dekat sawah padi?" Qayral menarik baju Aku!

Aku menepis tangan Qayral. Makin tajam jelingan aku. Tapi, muka dia tetap senyum. Demam ke?

"Aku tampaq hang satgi. Tunggu sat!" Aku melangkah masuk ke dalam kamar. Menukar baju dan seluar.

Beberapa minit kemudian aku keluar menuju ke halaman rumah. Aku pakai baju t-shirt panjang yang disinsinglan sedikit lengannya bersama jeans hitam. Susuk tubuh Qayral yang duduk di anak tangga menjadi sasaranku. Nampak sangat kitaorang ni tak kesah pasal nak tunang. Hantaran semua tak sedia lagi.

"Jom!" Aku terus menyarung selipar hitamku. Qayral mengikutku dari belakang. Sekejap dia ke kiri, sekejap ke kanan. Senyumnya tidak pernah lekang. Sah! Kena sampuk.

"Eh! Singa nak pi dating dengan kucing la! Good luck!" Fariha mengenyitkan mata kepada Qayral! Ada juga kau yang kahwin kejap lagi.

Baru balik study ke, pergi berjalan satu kampung! Kempis semacam beg!

"Thank you!" Qayral melemparkan senyuman lebar kepada Fariha. Farihin menepuk bahu Fariha. Lembutnya!

Qayral ni pun satu, tak padan dengan tua! Gatal!

Tanpa dia sedari, aku Sudah di seberang jalan. Dia terkinja-kinja mengejarku. Welk!

"Rose!" Qayral menyapaku. Tangannya dikunci ke belakang.

"Mende?" Aku tidak menunjukkan sebarang riak.

"Kau pernah bercinta tak? Maksud aku bercinta dengan orang lain selain Ifzan. Ada tak?" Selamba.

Soalan bodoh apa dia tanya ni? Babey betul!

"Asal?" Sumpah! Aku memang tak ada mood! Nak jawab pun rasa malas. Tengok muka Qayral lagi Aku malas.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now