BAB 39 -RINDU-

4.1K 141 0
                                    

"Wardah!!"

Aku terus memeluk tubuh Wardah. Sungguh aku tidak sangka, Wardah mahu bernikah terus tanpa bertunang. Katanya, dia sudah cukup kenal Ifzan. Cukup kenal ke gatal aku tak tahu la.

"Lambatnya sampai. Aku ingat kau dah tak nak kahwin tadi." Aku menjeling manja.

"Rumah kau bukan satu batu. Berbatu-batu kau tahu? Kira untung la aku gerak awal. Sampai tengah hari. Boleh tolong apa yang patut kan?" Bahuku ditampar.

"What ever! Adik kau mana? Aku nak juga tengok muka dia. Setahun aku berkawan dengan kau, muka adik kau tak pernah nampak pun. Nama pun tak tahu." Aku memanjangkan leher, mencari kelibat adik Wardah.

Sudah setahun aku berkawan dengan Wardah, kelibat adik lelakinya masih belum pernah aku lihat. Untuk Wardah bercerita? Banyak alasan. Entah la. Complicated Wardah ni. Sabar je la Ifzan nanti.

"Tu... Tengah angkat beg. Tapi.. adik aku nak campak mana?" Wardah menggaru kepala.

"Tidur dengan Ari." Senyum.

Adik Wardah mendaki anak tangga satu per satu. Tubuhnya yang sasa, lebih kurang sama seperti tubuh Qayral. Kulitnya yang putih. Memang menjadi idaman. Kalau macam ni, aku pon nak.

"Siapa nama?" Aku berbisik kepada Wardah.

"Saya Rayyan." Rayyan mengukir senyum. halah! Encemnya!

"Owh! Belajar lagi ke?" Aku cuba menjadi peramah.

"Haah!"

"Kau tak nak jemput masuk ke? Dari adik aku ambil beg, sampai dah terpacak depan kau ni, lama tau. Boleh tercabut lutut aku. Tak kahwin pulak nanti." Wardah menjeling.

Aku mencebik. Depan aku bukn main kau. Depan family aku pijak semut pun tara mati ma!

"Masuk la. Duduk dulu."

"Ari! Mai ambik beg pengantin ni sat." Aku memekik. Badut ni kalau tak jerit, belum tentu nak sampai. Sebuk dengan telefon.

Ari tiba dengan langkah lemah. Rambutnya sedikit serabai.

"Argh! Tok sah nak buat mengantuk sangat. Beg besaq gedabak ni letak dekat bilik tetamu. Beg hat kecik comey tu hang letak dalam bilik hang." Selamba.

"Beg apa pulak? Awat bilik Ari?" Soal Farihin dengan mata terpejam. Mengada la.

Aku mendengus.

"Bukak la mata tu. Ni, salam Rayyan." Aku mencebik.

Dengan pantas Farihin membuka mata. Rambutnya dikemaskan. Wajahnya dutundukkan. Langkahnya diatur menuju ke arah Rayyan. Mereka bersalaman.

"Iha!" Pekik Farihin sebaik matanya bertentang dengan Rayyan. Terkejut satu rumah. Gila budak ni.

Fariha berlari anak menuju ke ruang tamu.

"Awat? Handphone hang jatuh ka?" Matanya melilau.

Kan aku dah kata. Kemaruk sangat dengan telefon ni. Kena rampas ni.

"Ni!" Bibirnya memuncung ke arah Rayyan yang berkerut wajah seribu.

"Oh my ghost!!"

Dush!

Dengan sekelip mata Fariha jatuh pengsan.

"Weh! Adik kau pengsan." Wardah sudah menggelabah. Tak tentu arah dibuatnya..

"Lantakkan dia. Dia tu, mana boleh tengok lelaki handsome sikit. Pengsan habis. Nanti dia bangun sendiri kalau dah bosan. Jom masuk bilik. Kita beborak."

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now