BAB 12 -SERIOUSLY?-

4.6K 162 0
                                    

Qayral keluar dari rumahnya. Pintu rumah Azrene menjadi sasaran setelah pintu rumahnya dikunci rapi.

Loceng ditekan berkali-kali. Nama dipekik. Pintu diketuk, berlagu sumbang. Tiada jawaban. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon.

POV Qayral

Sudah penat Aku memekik, Aku mendail nombor Yang tertera nama Rose.

"Kau dekat mana? Aku kat luar ni. Cepat sikit." Aku menegking perlahan. Nanti bangun pula anak dara yang tengah tidur tu.

"Kau turun dulu." Azrene terus mematikan panggilan. Bad mood lagi la ni. Argh!

Beberapa minit kemudian Aku tiba di parkir kereta. Kelihatan Azrene sedang menelefon seseorang. Aku menerpanya. Riak tenang dikemaskan.

POV Azrene

Kehadiran Qayral aku sedari. Panggilan bersama mak Cuba dimatikan segera.

"Ya. Waalaikumussalam." Aku mematikan panggilan. Telefon pintar diletakkan di dalam poket seluar.

"Bila kau turun? Kau telefon siapa?" Qayral menyoal dengan tenang.

"Tak penting. Unlock, aku nak masuk. Nanti lambat pulak ambil baju." Selamba.

Perasaan Aku terumbang ambing. Sekejap nak marah, sekejap nak tenang. Entah! Aku tak faham. Bila Aku tengok muka Qayral lagi aku nak marah. Geram tau.

Qayral akur. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan selepas memerhati segenap wajahku. Tengok apa entah.

                             *****
POV Azrene

Aku melihat jam tanganku, sudah pukul satu setengah. Azan Zohor sudah berkumandang. Aku meminta Qayral untuk berhenti di mana-mana tempat berehat. Boleh makan dan solat.

Beberapa minit kemudian aku menuju ke ruangan makan. Aku melabuhkan punggung di meja yang terletak di hadapan kedai nasi ayam. Qayral masih beratur, menunggu pesanan.

"Nah nasi ayam kau. Enjoy your meal." Qayral melemparkan senyum manis. Alahai, jangan la buat aku cair.

"Thank you." Senafas. Ego aku dah menang.

"Rose! Aku..." Ayatnya mati di tengah Jalan.

"Makan dulu Qay. Nanti aku tak ada selera pulak." Aku tidak menunjukkan sebarang riak. Marah tidak , gembira pun tidak. Tak tahu nak rasa apa Sekarang.

Qayral mengangguk akur.

Beberapa minit kemudian, kami meneruskan perjalanan semula. Dalam dua jam lagi sampai la kot.

"Cakap la apa kau nak cakap tadi." Aku cuba menghangatkan keadaan yang ditimpa ribut kesunyian.

"Aku nak minta kepastian je. Kau serious, tak kesah kalau kau jadi janda dengan umur kau Baru 25 tahun ni? Aku just tak nak kau menyesal." Selamba. Pandangannya masih jatuh pada jalan berturap tar hitam yang lurus.

"Aku tak kesah. Asalkan kau dapat balik kehidupan asal kau, aku dapat kehidupan asal aku. Asal, kau dah suka aku ke?" Aku mengangkat kening, berlagak selamba. Namun, hatiku masih sebak.

"Eh! Perasannya kau. Kenapa pulak aku boleh jatuh cinta dengan kau?" Qayral menjauhkan sedikit tubuhnya.

"Hahaha. Aku tahu la aku tak laku, tak payah la geli sangat. Aku gurau je. Aku pun harap kau tak akan pernah suka aku." Aku tekad. Ketawaku berderai kembali, terkenang tingkah Qayral sebentar tadi.

"Ah! Dah la. Dengar lagu lagi boek." Tangan kirinya terus menguatkan bunyi radio.

Oh cintaku, Aku tertanya... Andainya diriku tiada.. Akan kau sedih atau ada pengganti yang lain...

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now