Manik-manik jernih mula turun membasahi bumi. Aryana mengeluh. Pantas kakinya berlari mencari tempat yang sesuai untuk berteduh. Mujur sahaja ada perhentian bas yang berdekatan jadi bolehlah dia menumpang teduh. Baju yang dipakainya sedikit basah terkena hujan. Jam tangan dikerling sekilas. Alamak, sudah hampir pukul enam setengah petang. Pasti umi marah nanti.
Hon kereta yang berbunyi menarik perhatiannya yang sedang melayan perasaan. Aryana mengangkat wajah memandang kereta yang terparkir elok di depan perhentian bas yang didudukinya. Tingkap kereta diturunkan. Terpacul wajah seorang lelaki yang sedang tersenyum manis sambil melambai ke arahnya.
'Siapa pulak mamat ni? Dia kenal aku ke? Asal tak pernah nampak pun.' getusnya dalam hati.
"Hai Aryana." Sapa lelaki itu mesra.
Aryana memandang sekeliling. Takde orang. Dia panggil aku ke? Mana dia tau nama aku?!
"You panggil I?" Tanya Aryana sambil tangannya menunjuk ke arah dirinya.
"Iyelah dear. You aje yang ada dekat situ." Balas lelaki itu lalu ketawa. Suaranya agak kuat memandangkan hujan yang masih lebat.
'Dear? Eee, sape dear kau.' getusnya lagi.
Aryana kembali diam. Malas mahu melayan lelaki itu. Dah la tak kenal, boleh pulak panggil dear. Huh, lelaki. Pantang nampak perempuan dahi licin sikit mulalah nak mengayat.
Kemudian lelaki tadi turun daripada kereta dengan payung di tangan. Dia menuju ke arah Aryana yang sedang duduk sambil membaca novel yang selalu dibawanya kemudian duduk di sebelah Aryana. Aryana yang menyedari jarak mereka yang terlalu dekat segera mengensot sedikit. Hatinya mendongkol geram dengan kelakuan lelaki itu yang sangat selamba.
"Jom, I hantarkan you balik. Dah lewat sangat ni. Tak elok untuk anak dara macam you duduk dekat sini sorang-sorang." Pelawa lelaki itu tiba-tiba.
"Takpelah. I boleh jaga diri." Aryana menolak. Dia tidak suka menumpang, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenalinya.
"Bahayalah. Nanti your brothers marahkan I pulak tak nak tumpangkan adik kesayangan diorang balik."
Aryana kehairanan. Lelaki itu yang melihat kerutan halus di dahi Aryana tersenyum. Pantas dia bangun dan menarik tangan gadis itu ke keretanya.
"Eh, you nak bawak I ke mana ni!" Terjerit Aryana sambil cuba melepaskan tangannya daripada jejaka itu.
"Nak hantar you balik la sayang. Dah, masuk." Lelaki itu menolak sedikit Aryana masuk ke dalam kereta. Namun, Aryana mengeraskan badannya. Masih ragu-ragu dengan ketulusan lelaki itu.
"Kenapa you degil sangat ni?" Keluh lelaki itu sedikit.
"How can I trust you?" Tanyanya sambil berpeluk tubuh menentang lelaki itu. Riak wajah lelaki itu masih tenang. Aryana memerhatikan seketika wajah lelaki di depannya. Rupa paras boleh tahan, berpakaian kemas dan santai. Cukup untuk membuatkan mana-mana perempuan menoleh banyak kali. Tapi bukan dia, sikit pun dia tak tertarik.
"I kawan abang you. Kalau you tak percaya, I boleh call dia." Ujar lelaki itu sambil menyeluk poket seluar mencari telefonnya.
"Okey okey. I ikut you. Tapi you jangan macam-macam eh. I ada blackbelt tau." Tegas Aryana memberi amaran.
"Yes. I tau." Ujarnya masih diselangi tawa. Lucu mendengar ucapan Aryana barangkali.
Aryana masuk ke dalam kereta dengan muka masam. Geram kerana dipaksa dan diketawakan oleh lelaki di sebelahnya.
Kereta mula meluncur di jalan raya. Sesekali dia mengerling lelaki di sebelahnya. Cuba mengingati sama ada lelaki itu pernah dilihat di rumahnya atau tidak. Tapi, dia langsung tidak mengingati kalau-kalau mereka pernah bertemu sebelum ini.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...