Puan Syhera hanya tersenyum memandang anak anaknya yang masih baring di atas katil .sudah anak dara pun masih lagi ingin dimanjakan . Apalah nak jadi .
Perlahan lahan Puan Syhera mengejutkan kedua dua anaknya . Maklumlah Syera memang rapat dengan Nia sampaikan bilik pun mahu sama .barang pun mahu dikongsi .
" Syera !! Nia !! Bangun sayanggggg ... dah pagi ni nanti lambat masuk kelas ."kejut Puan syhera tapi anaknya syera masih senyap dibuai mimpi .
" Nia tiada kelas hari ni , jadi Nia nak sambung tidur . " bohong Nia kerana tidak mahu terserempak dengan teman lelaki adiknya .
" Syera !! Bangunlahh sayangg, Harith datang tu ." Tipu Puan Syhera .
" Mana Mama , harith mana ? ".teriak Syera dan membuatkan Nia turut terduduk .
" Amboi Syera .. kalau pakwe datang laju je eh , dah dah gi mandi nanti suruh Abang Khai hantarkan sebab Nia tak pergi kelas hari ni ." Cakap Puan syhera .
Syera hanya mengeluh kasar kerana kakanya Nia tak ada kelas hari ini , takdapatlah nak merasa Audi kakaknya . Maklumlah Syera tak pandai memandu . Takut katanya .
Sesudahnya syera berlalu ke tandas . Puan Syhera hanya mengeluh sedikit , ditenungnya Nia yang sedang dibuai mimpi . Lalu ia mula menapak keluar dari bilik anaknya .
Nia mula membuka mata apabila kedua dua orang yang disayanginya sudah pergi . Penat dia berpura pura tidur . Memang betul dia ada kelas sebenarnya hari ini tapi sengaja dipontengnya kerana kegatalan teman lelaki adiknya yang selalu menganggu dirinya .
Sudah ada Syera tapi kenapa ingin menganggu dirinya . Syera jauh lagi cantik dan bergaya dari dirinya . Pandai berdandan dan elegan . Malahan menjadi pujaan ramai . Keluar saja dari kereta ramai sahaja ingin mendekatinya .
Pernah juga didengarnya gosip murahan mengatakan ia tidak layak menjadi kakak kepada Syera . Tapi sudah takdir nak buat macam mana . Terima sahajalah hakikat . Memang tidak boleh dinafikan yang aku dan syera mempunyai wajah yang sama . Tapi muka syera sedikit childish dan aku matang sedikit .
Lamunan terhenti apabila Syera menyergahku .
" Apa yang Nia tenungkan tu , teringat buah hati ke cik nia sayang ." Kata Syera yang sudah siap memakai bajunya .
" apanya buah hati !! Takdenya belajar dulu lah baru pikir pasal benda ni ." Jawabku geram .
" whatever lah Nia , bye Am dah tunggu kat luar tu .syera pergi dulu ye ." Balas syera sambil mengenyit matanya ke Arah Nia tapi dijeling oleh Nia tajam oi !!.
Nia hanya mampu melemparkan senyuman nipis bila adiknya sudah turun . Mahu saja dia memberitahu apa yang dilakukan oleh Am tu terhadap dirinya tapi didiamkan saja kerana adiknya sangat menyayangi Harith Amsyar .
----'----------------------------------------------------
Syera tersenyum apabila buah hatinya sedang duduk di dalam kereta , laju dia membuka pintu kereta dan mengletakkan tangan di lengan buah hatinya .
" lama ke tunggu sayangg... sorry tau kita bangun lambat sikit." Rengek syera seperti meminta simpati harith .
" sokey sayanggg , anyways mana Kakak you Nia ?"jawab harith yang tidak beberapa selesa dengan rengek syera .
" dia takde kelas harini so dia cuti , kenapa you tanya dia ? You suka kakak i ke ?." Balas syera nada merajuk sikit .
" tiadalah , i saja je tanya .. you janganlah macam ni !! You kan cinta hati i ."
Dalam hati harith sudah mengutuk Nia , memang betul dia lebih menyukai Nia berbanding Syera . Tapi terpaksa dipendamnya kerana takut imejnya jatuh . Untuk mendapatkan Nia , dia menggunakan Syera . Mujurlah Syera mempunyai imej yang menarik di kolej ditempatnya belajar .peluang dia untuk mendapatkan nia amatlah sempit kerana nia seorang yang berhati keras .
Kereta BMW milik Harith mula menluncur ke kolejnya . Rimas rasanya mendengar suara mengada ngada syera tapi ditahannya juga. Kalau bukan sebab syera , imej nya takkan naik lah .
Nia Ariasha yang dia mahukan bukan Syera Arisha .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Фэнтези[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...