Nia menyelongkar barang barang di dalam almari bayi . Rupanya bedak untuk Delisha lupa untuk dibelinya semalam . Sudahlah Delisha tidak boleh berkongsi bedak yang dipakai Dalisha dan Raydan . Kalau di pakai gatal gatal badan Delisha
Nak call Rayyan ? Tapi dia sekarang tengah meeting jadi dia malas nak mengacau .
Takperlah lagipun dia pandai memandu , bole je dia membeli sendiri bedak anaknya itu . Dibawa anaknya Delisha bersama kerana memang dia yang paling rapat dengan Delisha manakala Dalisha lebih rapat bersama Rayyan dan Raydan pula dengan Atuk Dan Neneknya .
" Mak Kiah !" Laung Nia dari bilik bayinya . Mak Kiah yang dari bawah terus bergegas naik berjumpa menantu majikannya .
" Ada Apa Puan Nia !" Tanya Mak Kiah di depan pintu . Nia tersenyum .
" Saya nak keluar dengan Delisha kejap lagi ! Bole tak mak kiah jagakan Dalisha dengan Rayhan " Arah Nia seraya mengambil beg tangan beserta gendongan anaknya . Anaknya itu baru mencecah empat bulan dan masih lemah . Dipakai hoodie untuk Delisha kerana cuaca agak sejuk sekarang ini .
" Baik Puan ! Jangan risau , saya akan jagakan " Balas Mak Kiah senyum dan Nia hanya mengangguk . Dicapainya kunci kereta porshe dan menuju ke tingkat bawah .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Nia memandu dengan perlahan menuju ke kedai itu , jika ke kedai itu ! Nia terpaksa melalui gaung dan hutan yang agak tebal . Seketika diliriknya cermin tepi . Kelihatan sebuah kereta BMW mengekori mereka . Dipandangnya sekilas Delisha di sebelah yang sedang lena diulit mimpi . Sudahlah hanya kedai itu sahaja ada bedak anaknya .
BAMM !!
Satu Das tembakan terkena pada belakang kereta Nia . Nia yang menyedari terus memecut laju keretanya . Siapa yang cuba membunuhnya .
BAM!!
pecah cermin belakang Kereta Nia . Nia yang mengelabah terputar stereng dan jatuh tersasar ke gaung . Satu tambahan das tembakan dilepaskan ke arah enjin kereta Nia . Kereta nia jatuh ke gaung
" Aku rasa dia dah mati hariz , baik kita pergi sekarang sebelum ada orang yang nampak kita buat kerja ni " arah Melissa . Hariz terus memecut laju keretanya dan lari meninggalkan Nia yang ada di kereta itu .
Kepala Nia berpusing pusing ! Dicarinya Delisha . Hatinya masih gembira kerana anaknya masih bernyawa . Diambil anaknya dan menendang pintu kereta itu . Habis kepalanya berdarah .
Nia memanjat tanah rumput itu dan menuju ke arah jalan raya . Seketika keretanya meletop kerana pistol itu telah menembak enjinnya . Nasib dia sempat menyelamatkan diri . Anaknya juga selamat .
Nia naik ke jalan raya dan melihat sebuah kereta sedang lalu di situ , dilambai lambainya dengan lemah tapi anaknya dipegang dengan erat .
Kereta itu berhenti , dan kelihatan seorang perempuan tua lingkungan Nenek Asilahnya keluar meluru ke arahnya .
" Ya Allah ! Apa dah jadi dengan adik ni ! Mari kita ke hospital " kata Perempuan tua itu dan membantu Nia naik ke keretanya .
Pemandu peribadi perempuan tua itu memecut laju menuju ke hospital . Dikerlingnya perempuan itu kelihatan sangat lemah dan anak yang dipangkunya bermain dengan jari .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Doktor ! Macam mana keadaan perempuan itu ?" Tanya Datin Rose gelabah setelah doktor yang merawat perempuan itu keluar .
" Perempuan itu mengalami amnesia , dia langsung tak ingat apa apa dan saya harap Datin dapat kembalikan ingatan dia " kata Doktor itu sedih . Datin Rose hanya mengangguk .
Anak buah Datin Rose mengluru ke arahnya . Dia juga sudah memberi tugasan agar maklumat itu dicari
" Datin ! perempuan itu adalah anak kepada anak tiri datin iaitu Danish Raykal , nama dia Nia Ariasha dan mempunyai Suami ." Sampuk Anak buahnya . Datin Rose tergamam . Kecil sungguh dunia ini .
" Tapi Datin ! Nia Ariasha dalam bahaya sekarang kerana musuh masih mahu memusnahkan Nia , Saya Harap datin dapat bawa dia jauh dari sini ! Rahsiakan kematian dia ." Kata Anak buahnya . Datin Rose memikirkan . Ini adalah cara terbaik .
" Baiklah ... sediakan tiket ke Italy ! Kita akan pindah ke sana . Dan maklumat Nia harus dibarukan .namanya harus ditukar begitu juga dengan anaknya yang di pakaikan rantai bernama Delisha . Maklumat anaknya akan tetap tapi panggilan irena sahaja digunakan .
Welcome to my Life Eriana and Irena .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...