" tak sangka kan adik aku seorang ni pilih muka isteri macam arwah dahlia " tegur Rayden dari belakang .
" kalau aku nak pilih muka macam dahlia pun apa salahnya , bukan urusan kau lah Rayden " balas Rayyan geram .
Rayyan kembali memandang kolam renang dan menjamu kopi yang disediakan Nia . sebenarnya malas nak melayan perangai abangnya ni
" Memang bukan urusan aku Rayyan , tapi hati aku macam mana ? Kau tahu kan Dahlia tu bekas tunang aku dulu ! Macam mana aku nak lupakan arwah kalau muka Aria iras iras dia " rengus Rayden geram .
" Kau ni memang takpernah nak move on kan dengan arwah Dahlia , sudahlah jangan seksa dahlia lagi , dia pun nak tenang juga ! " kata Rayyan selamba .
" Kau tahu kan macam mana perasaan aku kat arwah Dahlia dulu , dia janji nak hidup dengan aku tapi kenapa mesti dia pergi dulu " jawab Rayden sayu .
Rayyan hanya mendiamkan diri , dia faham perasaan abangnya Rayden terhadap Arwah Dahlia dulu , tiga bulan sebelum bernikah , Dahlia sudah mengadap ilahi . Mungkin itu ajalnya . Abangnya Rayden sanggup menyambung pelajaran sehingga ke Phd Di perth hanya untuk melupakan Dahlia saja tapi kau pula bawa bala ! Pilih orang yang iras iras Arwah Dahlia .
Nia bersembunyi di sebalik langsir ! Ya , sudahlama dia mendengar perbualan Rayden dan Rayyan dari tadi .
Benarkah apa yang Rayden cakap ? Mukanya iras iras arwah dahlia ? Siapa Dahlia? Kenapa semua macam sayangkan dia je .
-------------------------------------------------------
Adrina dari tadi hanya perasaan kawannya zara asyik muntah muntah sejak kebelakangan ini , ada apahal pula kawannya ini . Mesti ada yang disembunyikan oleh zara .
" Zara kau kenapa ni ? Asyik muntah je sejak sejak ni ! " tegur Adrina . Zara terkejut , dah agak kawannya itu perasaan akan perubahan dia .
" Ke kau mengandung ? Kau cakap sekarang Zara atau aku beritahuBapa kau tentang perangai kau kat sini " tambah Adrina seraya mengeluarkan telefon bimbitnya , Pantas sahaja Zara mencelah .
" Ok fine ! Aku mengandung Adrina ! Jawab Zara menangis .
" Mesti Anak jantan takguna tu kan ! Kau bagitahu sekarang dan aku akan jumpa dia suruh bertanggungjawab " jerkah Adrina .
" No ! Jangan Adrina , aku taknak Haris apa apakan budak tak bersalah ni ! Kau tahu kan yang aku saling taktumpah macam perempuan simpanan atau dikenali pemuas nafsu dia " jawab Zara .
" tapi ni anak dia Zara ! Sanggup dia buang kau dengan budak ni hanya kepentingan dia je " kata Adrina . Zara hanya mengeleng .
" biarkan jelah dia , aku dah tak sanggup nak jadi slave dia je , aku sanggup jaga anak aku ni dari duduk dengan lelaki takguna macam dia " balas Zara .
Adrina hanya mengangguk , nasiblah kawannya zara masih mempunyai iman dalam diri dia , dia pun tak sukakan haris yang gila itu .
-------------------------------------------------------
Nenek Amalia menatap gambar dirinya bersama arwah Aria Syahirah suatu ketika dulu semasa di France .
" kenapa kamu pergi awal sangat sayang , ibu rindu sangat dengan kamu ! Maafkan ibu sebab rahsiakan keluarga sebenar kamu dan ibu rasa bersalah sangat , jikalau ibu tak pentingkan diri dulu mesti kamu dah bahagia dengan Mama Asilah dan adik kamu "
" Ibu doakan Aria baik baik sahaja di atas sana , semoga Aria ditempatkan di kalangan orang yang baik "
Asilah dan Syhera tersenyum sahaja melihat Makciknya Amalia merenung wajah Aria Syahirah . Walaupun lumpuh tapi dia tetap solat dan mengakui dosa yang dia buat dulu , memisahkan anak kepada kakaknya sendiri . Terlalu ego dan pentingkan diri .
--------------------------------------------------------
Laila menghempas telefonnya dan menangis sepuas hati ! Sanggup bapanya membuat dia sebegitu , kenapa juga dia yang dijodohkan dengan orang yang dia paling benci sekali . Bella kan ada !
Riana yang mendengar tangisan kawannya Laila menuju ke bilik Laila , mesti ada sesuatu yang membuatnya nangis .
" Ya Allah kenapa ni Laila , apa hal ni, apa lagi yang ganggu aku ? ARIQ ?" Tanta Riana cemas .
" Ayah aku nak jodohkan aku dengan lelaki yang hampir rosakkan aku dulu , aku taknak ! Aku taksuka dia " tangis Laila .
" kau taknak kahwin dengan dia kan ? Aku ada cadangan " kata Riana . Laila tersentak . Apa maksud Riana .
" Aku nak kau cakap dengan bapa kau yang kau dah ada orang lain kat sini , mungkin Ariq boleh tolong kau " cadang Riana . Laila sudah senyum .
" Yes ! Bernas juga eh kau punya plan ! Macam mana kalau Ariq taknak tolong ?" Kata Laila takut .
" takpayah risaulah ! Aku tahu Ariq macam mana , dia pasti tolong orang yang dia sayang macam kau " balas riana .
" terima kasih Riana " balas Laila seraya memeluk kawannya itu . Nasib baik ada kawan macam ni haih . Riana hanya mengiyakan je
.
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...