Apartment Laila terletak tidak jauh dari Universiti kami , memang Laila rancang dari awal . Lagipun senang kan nak.pergi U kalau lambat .
Nia mengeluarkan bagasinya dan dibantu oleh Laila . Setelah semuanya selesai kami menuju ke rumah Laila .
Laila ni boleh dikatakan anak orang berada lah juga tapi kekayaan dia tak boleh menandingi kekayaan harta bapa aku . Sorry Nia tak pernah anggap harta bapanya miliknya .
Kad akses diambil dari beg tangan dan dihalakan di tempat yang sepatutnya . Nasiblah rumah ni besar then ada tiga bilik tapi.duduk berdua je .
Ruang tamu , bilik air semua lengkap!! Untung ada member yang kaki.perfect macam Laila ni . Rasa bangga pula .
" Ariasha , kau amiklah mana bilik yang kau suka "kalau kau nak sebilik dengan aku boleh tiada masalah ." Tanya Laila yang sedang mahu melabuhkan punggung di sofa empuknya .
Laila memang suka memanggilku Ariasha sebab bagi dia sedap nama itu . Tapi tak kisahlah aku dah tak nak guna nama Nia nanti aku teringat kejadian tu dan panggilan mama .
" Sorrylah Laila , aku bukan bengkok macam kepala otak kau , aku ambil bilik sebelah kau.tu ah "balasku sambil menjelingnya sekilas .
Ariasha ? Yang aku tahu nama tu diambil oleh Arwah Aunty Aria . Mama pernah cerita tentang dia , sampai aku menangis dia mati macamtu bahkan Nenek , Mama dengan Aunty Sarah pun tak pernah jumpa dia . Dia adalah cinta pertama Papa .
" sukahati kau lah , aku nak tidor ni , nanti asar kejut aku tau !!" Jerit Laila tapi dengan nada perlahan sambil menguap .
-------------------------------------------------------
ARIASHA!!! Laung Laila dari ruang tamu yang sedang ralit melihat komputer ribanya .
Nia yang sedang berada di tandas tersentak dengan laungan gila Laila . Minah ini lupa makan ubat rasanya .
" Apa yang kecoh sangat Laila , terjerit jerit bagai . " jawabku yang seraya duduk di sebelahnya .
Laila ni memang terkenal dengan sikap suka menjerit , sebabtu dia tidak ramai kawan kecuali Nia saja yang setia bersamanya . Syera memang taklah nak kawan sebab Syera hanya ingin kawan yang highest Image .
" Ni ah Rayyan Mikail , dia upload gambar dia dekat aiport and caption dia (jalan jalan then terjumpa perempuan gila) " gila caption dia biasa english je memanjang tapi kali ni err lain pula macam ade something je ? Kau ke Ariasha ?" Tanya Laila sambil merenungku .
Eh mamat ni , memang nak api api kan aku ke err , tak kisahlah aku pun tak hamak nak cari pasal dengan dia .
" orang lain maybe ? Alah buat apa kau nak kisah pasal dia " bukan family kau pun lah "balasku .
Laila terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu , mesti nak tanya pasal mamat keparat tu kat aku lagi .
" hm yerlah , family kau macam mana ? Ok ? Kau tak hubungi diaorang ke?" Lagi lagi mama kau kan mesti dia rindu kau " tanya laila bertubi tubi .
Laila mengambil laptopnya lalu menaip sesuatu . Syera Arisha ditulisnya di tempat carian , rasa meluat pula tengok nama tu . Kelihatan gambar mesranya bersama Harith Amsyar yang hampir meragut maruah aku dan mencalarkan nama aku depan Mama dan Papa sampaikan keluarga aku pun bencikan aku .
" Syera still lagi dengan mamat ni ke Ariasha ? Muka mamat ni macam taik lah !! Menyampah pula aku tengok , macam memain je dia dengan adik kau tu" jawab Laila kepada Ariasha .
" aku malas nak ambik tahu pasal Syera lagi , cukuplah dia buat aku haritu , aku tak kisah nak jadi apa dengan dia " balasku geram kepada ayat yang dilontarkan oleh Syera sebelum aku berlepas ke sini .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...