Datin Syhera memeluk anaknya , Nia Ariasha kini dah kembali . Anak yang dijaganya , diasuhnya dan lahir dari perutnya . Matanya tak henti henti mengeluarkan air mutiara yang ditahannya .
Hampir setiap malam , dia membelek album mereka sekeluarga , dia tidak pernah pun percaya yang Nia anaknya telah pergi kerna nia sudah berjanji akan kembali .
Dan kini , di hadapannya adalah Nia yang sudah menuruti janjinya 17 tahun dahulu .
" Mama rindu Nia , kenapa nia hilang lama sangat !" Tangis Datin Syhera dan memeluk erat tubuh nia .
" nia pun rindukan mama , maafkan nia sebab buat mama tertunggu , nia dah kembali ma ! Jangan risau lagi " balas Nia dan Datin Syhera meleraikan pelukannya .
Syera yang baru sampai bersama anak bongsunya tergamam melihat kakaknya Nia sudah balik ke tanah air . Dan duduk si sebelah mamanya
" a...kak! " gagap syera melangkah perlahan ke arah nia yang sedang duduk di ruang tamu . Nia hanya tersenyum .
" Akak ! Syera minta maaf , Syera takpatut buat akak macamtu dulu , syera bodoh ! Hapuskan hidup kakak sendiri ! Maafkan Syera kakak " kata Syera yang melutut di depan kaki Nia . Nia terkejut dan mengangkat adiknya .
" Ya Allah Syera , jangan cakap macamtu , itu semua ketentuan Allah ! Akak terima apa yang berlaku dlm hidup akak dan now akak gembira bersama suami akak !" Jawab Nia dan seraya menarik adiknya ke sebelah . Dia tidaklah sejahat mana ingin berdendam dengan adiknya sendiri . Seteruk mana pun Syera , itu adalah darah dagingnya sendiri .
" Sudah lah kamu berdua tu ! Mari kita makan malam bersama !" Ajak Datin Syhera tersenyum pada anaknya itu . Nia dan Syera hanya mengangguk .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Syera menatap dua mata kakaknya , dulu nia sangatlah buruk di mata orang sini tapi sekarang cantiknya tak terkata ! Bahkan jauh lagi cantik darinya .
" ni gambar anak anak akak ! yang ni Raydan , ni Dalisha dan ni Delisha " kata Nia sambil menunding jari ke arah gambar album yang sentiasa di beg tangannya .
" cantiknya anak anak akak ¡ bertuah abang rayyan sebab dapat isteri yang cantik , Delisha ni sumpah cantik kak ! Boleh lah ni jodohkan dengan anak adik yang kat luar negara tu !" Puji Syera dan sempat mahu menjodohkan anaknya dengan anak Nia .
" anak syera ada berapa ? " tanya Nia senyum . Dia pun mahu juga anak adiknya bersama anaknya . Bolehlah merapatkan lagi hubungan .
" Ada tiga je ! yang pertama Aydan Arfan , yang kedua Hasya Aryana dan yang ketiga pula tu lah ! Hatasya Ariasa je !" Sebut Syera satu persatu . Nia hanya mengangguk .
" Arfan saya nak jodohkan dengan Delisha lah sebab sepadan !" Balas Nia dan Syera pula bersetuju sahaja .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Tubuh Dalisha diheret kasar oleh orang yang tidak dikenalinya . Dicampakkan badannya ke kerusi itu dengan ganas ! Tidak dipedulikan raungan budak perempuan itu asalkan dia mendapat wang yang lumayan dari bos mereka .
" Siapa kau ! Kenapa kau culik aku ah! " herdik Dalisha marah . Bengang kerana dia tidak berbuat salah apa apa pun kepada orang .
" bukan urusan kau ! Aku cuma ikut arahan bos aku je , kalau tak ! Takde masanya aku culik kau " balas Lelaki itu
" weh jomlah ! Kita amik bayaran , budak ni biar bos yang uruskan !" Kata kawan yang berada di sebelahnya . Dalisha hanya mampu menangis .
Dia menghantar kelibat lelaki itu pergi , ini semua salahnya kerana berdegil mahu keluar seorang diri dan membiarkan Delisha merajuk kerana dia juga tidak mahu menyusahkan adiknya itu . Ibunya pula ada di Malaysia .
Dalisha takut sangat ! Tolong !
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...