Haris tersenyum sinis setelah melihat maklumat yang David dapatkan iaitu kawan baiknya . Jadi perempuan itu masih hidup bersama anaknya . Eriana Rose adalah Nia Ariasha dan Irena adalah Delisha yang patut mati 15 tahun dahulu .
Mereka ingat dapat lepas dari genggaman haris , itu tidak mudah . Maklumat itu senang saja didapatnya
" Aku nak kau culik anak perempuan Rayyan , Dalisha !" arah Haris kepada anak buahnya
" Kenapa nak kena culik perempuan naif tu ? Baik kita culik Irena Bos , dapat banyak duit sikit !" Kata salah seorang anak buah . Haris merenung tajam ke arahnya . Anak buahnya hanya menunduk .
" Dalisha aku nak musnahkan sebab dia rampas hak anak aku !" Marah Haris .
" Baik ! saya buat boss " gugup anak buah haris berkata .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Puan Melissa menyikat rambut anaknya Aurora , hari ini suaminya haris sudah menyusun strategi ingin menculik musuh anaknya dan merangkap anak saudaranya .
" tak sabar nak tunggu Alisha mati ma !" Kata Aurora gembira . Dia benci betul dengan Dalisha , sejak perempuan itu masuk ke Crystal . Dia selalu dipinggirkan kerana tidak lagi memegang Title " Beauty Crystal" kerana adanya Irene Dalisha .
" Kamu tenang je ! Papa mesti akan buat sesuatu untuk anak kesayangannya , dia kan sayang kamu " ujar Puan Melissa . Dia suka dengan senyuman Aurora yang gembira .
Dia pun sangat bencikan anak Nia , anak dengan mak sama je ! Suka sibuk dalam hidup ! Dulu di sekolah rendah pun hanya Nia dan Syera sahaja yang ingin dikawan oleh kanak kanak lain . Dia dipinggirkan kerana wajahnya tidaklaj secantik Nia dan secomel Syera .
Kini ? Dalisha pula yang merampas hak anaknya , dia tidak mahu Aurora merasa apa yang dia rasa semasa di Primary .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Dalisha dan irena melangkah masuk ke rumah agam milik Irena , alangkah terkejutny melihat perabot dan dekorasi di rumah bak istana ni , kalah rumah Papanya dan tokayah serta tokmak .
" cantiknya rumah awak irena , mesti awak dari orang berada kan !" Kagum Dalisha senyum .
" Takdelah , ni hasil usaha Bonda saya dengan Nenda saya ! Saya duduk menumpang je , opps ! Tumpang senang " gurau Irena dan menarik Dalisha membuat house tour
Gambar yang bergantung dipandang oleh Dalisha , ia meneroka gambar Irena semasa kecil , dia juga agak terkejut kerana muka irena semasa kecil sama macam dirinya yang dulu . Kakinya terhenti di sebuah gambar yang tergantung . Gambar itu ! Adakah ini kebetulan ?
" Irena !" Laung Dalisha dan Irena keluar dari dapur dan menuju ke arah Dalisha .
" Kenapa ni ? Ada apa apa ke ?" Tanya Irena pelik melihat muka Dalisha yang jelas seperti nampak hantu .
" Ini siapa ?" Soal dalisha sambil menunding jari ke arah gambar yang tergantung itu .
" Inilah bonda saya ! Dato Eriana Rose !" Terang Irena sambil memegang sudip .
" kenapa ?" Tambah Irena pelik melihat muka Dalisha .
" Muka bonda awak sangat seiras dengan arwah mama saya " kata Dalisha sayu . Irena terkejut .
" Takperlah mungkin pelanduk dua serupa kot , saya mungkin takdapat terima hakikat yang adik dan mama saya dahlam pergi " ujar Dalisha sayu . Irena masih ditempatnya dan hanya mendiamkan diri .
" Hm ! Awak duduk dulu kat sofa tu ! Saya nak ke dapur kejap nak tolong bibik !" Balas Irena dan membawa sudipnya ke dapur . Dalisha hanya mengangguk dan duduk di sofa empuk itu
" ada sesuatu yang Nenda sembunyikan dari Irena dan Bonda !" gumam hati Irena . Kenapa muka arwah mama dalisha boleh sama dengan bonda dan mukanya juga irad iras dalisha . Kau kena siasat diri kau Irena .
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" berapa kali saya nak cakap kat awak Tuan Rayyan , saya bukan Ariasha dan Saya Eriana " geram Eriana dan melepaskan tangannya dari tangan kasar lelaki itu .
" Tapi perangai awak sama macam Ariasha ! Takkan awak tak ingat saya " paksa Rayyan sayu .
" Please Tuan Rayyan , awak saja yang masih belum terima hakikat yang isteri awak dah pergi dan jangan kejar saya lagi ! Kalau tak , saya takkan teragak agak saman awak " ugut Eriana dan berlalu bersama bodyguardnya .
Rayyan meraup kasar mukanya .Dia Pasti itu Nia , perempuan yang dicintainya dan dia kenal sangat perangai Nia yang degil dan cara jalannya . Dia mesti cari jalan untuk menyiasat siapa Eriana
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...