Nia duduk bersebelahan Laila dan menangis sepuas puasnya , dia merasa dirinya kotor sekali walaupun daranya masih ada tapi kesannya sangat besar .
Dia telah khianat kedua ibu bapa yang bermati matian menjaga dirinya . Tapi hanya kerana kecuaian dia ? Dia diperangkap .
Haris ? Lelaki itu mengenalkan dirinya semalam , semasa lelaki itu keluar ! Rayyan sempat masuk untuk menyelamatkannya . Tapi tiba tiba orang mengetuk bilik hotel itu .
Rayyan ? Mungkin lelaki itu lah yang ditakdirkan untuknya walau cara begini .
Nia memandang wajah tampan Rayyan yang sedang duduk berhadapan dengan Wali yang dijadikan saksi untuk dirinya dan Rayyan .
" Aku nikahkan dikau dengan Nia Ariasha binti Danish Raykal dengan mas kahwin RM 22.50 tunai ."
" Aku terima nikahnya Nia Ariasha Binti Danish Raykal dengan mas kahwin RM 22.50 tunai "
Hanya dengan selafaz akad , Nia Ariasha sah menjadi isteri kepada Tengku Rayyan Mikail .
Rayyan membaca doa dan memusingkan kepalanya memandang wajah isterinya yang sah dan paling dicintainya Nia Ariasha .
Tersedu sedu tangisan Nia dan kelamaan menjadi reda apabila melihat wajah Rayyan senyum padanya . Ya itu takdirnya dan jodohnya .
Walaupun dia tak serela orang lain tapi dia masih boleh mencuba untuk menyayangi Rayyan .
Rayyan mula melangkah duduk di hadapan Nia , dan mula memasukkan cincin di jari manis nia . Rayyan mencium dahinya lama dan Rayyan menitiskan air mata jantannya . Nia terkedu
Rayyan menangis ?
" jangan risau Ariasha , aku akan jaga kau macam nyawa aku " bisik suara Rayyan di telinga Nia . Nia perlahan lahan mengukir senyuman .
Riana dan Laila turut senyum , nampaknya Nia mula boleh terima yang Rayyan adalah suaminya .
Sempat juga si Ariq mengenyit mata pada Laila tapi dihadiahkan jelingan manakala Danial merenung tajam ke arah Riana .
Dah kenapa si Danial ni .
" sudah sudahlah tenung tu , nanti masuk bilik juga nanti " sergah Ariq . Muka Nia sudah mula membahang . siapa tak kenal Ariq bukan ?
------------------------------------------------------
Haris menghentak barangnya di atas lantai , habis barang beribuan itu tapi tidak dipedulinya kerana Perempuan yang ingin dijadikan lauknya sudah menjadi milik Rayyan .
" buat penat je aku culik Ariasha tapi yang dapat Rayyan , takpe Rayyan ! Kau bahagia je dulu , aku takkan sesekali benarkan kau bahagia lepastu " gumam Haris marah "
Zara mengeliat dan bangun dari tidur , ia meraba raba di sebelah dan melihat haris sudahpun tiada di sebelahnya mungkin di luar .
" Apa dah jadi ni? " Tanya Zara pada haris . Terkejut dia melihat barang rumah haris bertaburan di atas lantai .
" INI SEMUA SEBAB EX KAU LAH RAYYAN , DIA RAMPAS HAK AKU !" herdik Haris . Zara terkejut !
" Tapi dia kan berkahwin dah pun , kenapa you nak kejar perempuan tu pula , i kan ada dengan you ni " balas Zara bengang .
Haris melangkah ke arah Zara dan terus menarik rambut Zara , yang dia hanya mahu dengar adalah gerangan sakit Zara je .
" errr sakit haris..."
" Kau dengar sini perempuan , aku takkan sesekali amik perempuan murah macam kau , sebab kau taklayak ! Kau tu cuma pemuas nafsu aku !" Jerkah Haris . Zara terkedu ! Haris tipu dia selama ni .
" Kalau aku tahu kau naikkan suara kau dekat aku yang kau milik aku ! Jangan harap lah sebab aku tak minat perempuan jijik macam kau "tambah haris lagi .
Rambut Zara dilepaskan dan Zara ditolak ke tepi sehingga terduduk . Tangisan Zara semakin kuat taktkala melihat Haris keluar .
Dia menyesal kenal haris , lelaki yang disanjung tinggi tapi akhirnya ingin mahu dia menjadi hamba saja .
-----------------------------------------------------
Tan Sri Rayhan dan Datin Kirana memandang kedua dua gerangan iaitu anaknya Rayyan dan Nia Ariasha yang baru saja menjadi menantunya .
" macam mana boleh kena tangkap basah ni Rayyan " tanya Tan Sri Rayhan pada Rayyan .
" ni semua kerja Haris pa , dia culik Nia ! " balas Rayyan "
" aku memang dah agak dah budak bertuah tu punya kerja , tak habis habis nak menyusahkan ! Bapa dengan anak sama je ! Tak ubah perangai " Rengus Tan Sri Rayhan
Rayyan memandang Nia , kelihatan isterinya sedang menunduk dan bermuka merah saja ! Barangkali malu .
" Cantik isteri kamu Rayyan , mama suka tengok muka dia dan siapa nama kamu . " kata Datin Kirana ! Nia memandang muka ibu mertuanya .
" nama saya Nia Ariasha , Datin boleh panggil saya Aria atau Ariasha " balas Nia mendatar ! Tangannya dari tadi mengigil .
" Aria dah jadi menantu mama dah , jangan malulah nak panggil mama " balas Datin Kirana senyum .
" Baiklah...m.ama " jawab Nia gagap .
Tan Sri Rayhan dan Datin kirana tersenyum sahaja melihat Rayyan tidak henti henti melihat wajah isterinya .
" Bawalah Aria naik atas , mesti kamu penat kan " arah Tan Sri Rayhan .
" baiklah Papa kami naik dulu ye ! Jom Sayang " kata Rayyan dan Nia hanya mengiyakan je .
Nia dan Rayyan mula melangkah menaiki tangga , Tan sri Rayhan hanya menghantar kelibat pasangan sejoli itu saja begitu juga Datin Kirana
" Haraplah Aria boleh ubah perangai anak kita kan bang , saya tengok lah kan si Rayyan macam sukakan Aria je , memang serasi betul !" Kata Datin Kirana .
" haa yerlah sama sama ! Baik awak pergi buatkan air kopi untuk saya ! Haus ni nak kopi awak ."
" ish macam macam lah abang ni ! Jap saya pergi buat " Balas Datin Kirana dan mula bangun menuju ke dapur .
Tan Sri Rayhan sudah berdekak dengan perangai celoteh isterinya yang comel . Melihat muka Ariasha , teringat pula wajah Aria Syahirah yang sudah lama pergi dan merangkap kawan baiknya .
Dialah yang menolong dirinya mengurat kirana . Dia mendapat tahu Aria kawan baiknya sudah mengadap ilahi selepas 3 tahun sebelum ia menikahi Kirana .
Semoga kau tenang kawanku ! Aria Syahirah .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasy[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...