Eriana bersiap siap mahu menghadiri mesyuarat yang penting di kalangan korporat kaya yang lain . Dia mengenakan suit elegan yang telah disediakan semalam. Rambutnya disanggul cantik .
Nenda tersenyum melihat Eriana yang sibuk menyolek dirinya . Dia rindukan anaknya Eriana Rose yang sudah mengadap ilahi 20 tahun dahulu . Kebetulan umur Nia sebaya dengan Eriana . Eriana sepatutnya Makcik kepada Nia . Salahkah dia merahsiakan hal ini . Nia masih dalam bahaya .
" Nenda ! Nenda buat apa termenung kat sini kat depan bilik ? " tanya Eriana pelik . Eriana menuju ke arah Nenda
" Saja tengok anak Nenda , sangat cantik bagaikan bidadari " Puji Nenda Rose . Muka Eriana sudah membahang .
" Nenda ni ada ada je ! Irena stay asrama ke ?" Tanya Eriana bingung . Nenda hanya mengiyakan sahaja .
" Dia yang minta Nenda letak dia dekat asrama , dia suka berkawan dengan budak nama Dalisha ! Selesa katakan , lagipun tiba masa dia berdikari kan ! Lagipun sebelum ni kita selalu sangat manjakan dia ." Balas Nenda Rose tenang . Eriana hanya mengangguk .
" betul lah , dia kan satu satunya anak Eriana dan Cucu Nenda , sebabtu manja kan ! Takperlah kalau dia nak hidup berdikari " kata Eriana dan menoleh sekilas ke arah jamnya . Dia tergamam . Cepat betul masa eh .
" Nenda ! Eriana pergi dulu , dahlambat nak meeting ni !" Panik Eriana seraya membawa briefcasenya . Dicium pipi Nenda Rose dan tangannya . Nenda Rose hanya menghantar kelibat Eriana menuju ke kereta .
" Maafkan Nenda nak , Nenda belum berupaya lepaskan kamu berdua kepada yang sepatutnya walapun ada yang masih menunggu kamu di sana " gumam hati Nenda Rose .
Ya , Dia tahu yang Dalisha itu adalah kakak kepada Irena . Dan anak kepada Tengku Rayyan Mikail dan Nia Ariasha A.K.A Eriana Rose . Sebabtu dia sanggup mendekatkan Irena dan Dalisha .
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Semua korporat sudah menanti ketibaan Eriana Rose yang jugak agak terkenal cawangannya di serata dunia . Tujuan Ahli lembaga adalah untuk memperkenalkan dirinya kepada korporat yang lain .
" Saya minta maaf kerana lambat !" Terjah Eriana di muka pintu . Yang lain hanya mengiyakan sahaja . Rayyan hanya menumpukan perhatian di Laptopnya sahaja .
" dipersilakan Puan Eriana Rose yang merupakan CEO Rose Holding dan cawangannya di serata dunia. " terang Ahli Lembaga . Eriana hanya tersenyum .
Rayyan memandang gerangan yang diperkenalkan itu . Dia terpaku , tergamam dan terkejut. Muka Eriana sangat seiras Nia . Tak mungkin nia masih hidup . Mungkin ini perempuan lain yang pelanduk dua serupa .
" Nia Ariasha sayang abang " sedih hati Rayyan . Dia kena terima hakikat yang Nia sudah tinggalkan dirinya .
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Aurora menhentak kuat beg sandangnya di meja makan , dia serabut sekarang kerana adanya irena di Crystal . Susahlah dia nak membuli Dalisha naif itu . Puan Melissa hanya mengeleng melihat sikap anaknya itu .
" kenapa dengan kamu ini Aurora , mama tengok asyik serabut je !" Tegur Puan Melissa di hadapan Aurora .
" ini sebab perempuan baru tu mama ! Cucu terkaya di dunia tu !, susahlah aurosa nak buli anak Uncle Rayyan tu " Puan Melissa tergamam . Anak Nia !
" Siapa budak perempuan terkaya tu ?" Tanya Puan Melissa . Aurora mendengus kasar . Kenapa semua orang ingin tahu perempuan itu .
" nama dia Irena dan dia cucu Pengetua Rose dan Anak kepada Dato Eriana yang termegah di serata dunia " jelas Aurora berbaur cemburu .
" Kamu cubalah hapuskan Irena tu , Jadikan diri kamu kuat Aurora ! Mama tahu kamu yakin , Dalisha pun kamu hapuskan " hasut Puan Melissa . Aurora senyum sinis dan mengangguk . Papanya Tengku Haris Adrian memang terkenal dengan sikap kekejamanya dan turun temurun ke dirinya .
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Zarfan menatap wajah mulus Dalisha , gambar itu selalu diselit dia mana mana buku kerana Dalisha amatlah istimewa di matanya .
Irena ? Dia tak berminat pun ! Cuma terkejut wajahnya seakan akan Dalisha . Aku akan cuba dapatkan dalisha . Dia sudahlama menaruh hati kepada Dalisha tapi ditolak mentah mentah .
" Cantik perempuan tu ! " tegur Adriana adik kepada Zarfan .
" Sibuk je nak tengok !" Geram Zarfan dengan sikap Adriana yang suka menerjah .
" tapi Kak Dalisha taksuka abang pun so abang suka syok sendiri !" Ejek Adriana dan lari ke arah Aunty Adrina yang sedang duduk di meja kopi luar .
" Taklama dapatlah hehe !" Gelak Hati Zarfan sendirian .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantasi[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...