Nia mengesat gesat matanya ,dan memandang bilik yang dia ditempatkan sekarang ni . Memang biliknya dan dia sekarang di rumah Laila . Siapa yang bawa ?
Nia mengingat kembali peristiwa petang semasa di bumbung U tadi . Mutiara jernih yang ditahan mula jatuh membasahi pipi . Dia takut akan dikacau lagi .
Suara Laila menyentakkan Nia yang duduk di atas katilnya . Nia mengorak langkah membuka pintu biliknya sedikit dan ingin mendengar Apa Laila cakap pada Rayyan .
" ini semua salah kau Rayyan , kalau kau tak pandai pandai buat cerita , Aria takkan jadi macam ni lah " herdik Laila .
" Aku minta maaf , aku tak tahu benda ini akan berlaku " jelas Rayyan dan memandang Ariq disebelahnya .
" Maaf je kau tahu Ayyan ? Kau tahu tak Aria hampir kena rogol tau !! " jerit Riana pula yang sudah hilang sabar .
" KELUAR RAYYAN !!" sampuk Ariasha.
" Ariasha !! Panggil Ayyan meleret " . Dia mula menuju ke arah Nia tapi ditolak badannya menjauh
" keluar lah Ayyan !! Jangan sampai Ariasha makin tambah benci kau " cakap Riana .
" Aku takkan keluar selagi Ariasha tak maafkan aku Riana !!" Balas Rayyan . Laila sudah berdecit geram .
" aku takkan maafkan kau Rayyan " Jawab Nia dari belakang Laila
" Ariasha ..." panggil Ayyan lagi
" baik kita keluar Ayyan , Ariasha tengah marah tu " cakap Ariq . Ayyan hanya mengiyakan sahaja dan mengikut Ariq keluar dari rumah Laila
Laila , Ariasha dan Riana menghantar Rayyan dan Ariq dengan pandangan mata , Ariq sempat mengenyitkan mata kepada Laila tapi dihadiahkan jelingan .
" sabar aria , semua ni ada hikmah " Ayyan pasti akan terima balasannya " cakap Laila .
" Yer Aria, kau jangan fikirkan sangat benda ni , just rest tau sebab kau masih lemah lagi " nasihat Riana pula .
" Aku taktahu kenapa ramai sangat orang bencikan aku , apa salah aku Laila .. Riana ... , korang pun tahu kan aku ni dipulaukan oleh keluarga sendiri . adik aku sendiri pun takpercayakan aku sedangkan aku membesar dengan dia " Cakap Ariasha sambil mengeluarkan tangisan .
" Aku harap kau bersabar Aria , aku taknak kau jatuh hanya sebab benda yang tak patut , kau patut move on dari semua ni , kau kena kalahkan adik kau ." Nasihat Laila . Nia tersentak .apa maksud Laila ?."
" apa maksud kau Laila ?" Adik aku ? " tanya Nia bertubi tubi .
" Aria , aku harap kau bersabar dan tenang , act adik kau tulis story dia berkaitan kau , dia cakap memang tak mention kau tapi aku pasti itu mesti pasal kau "jawab Laila seraya memandang Riana , Riana hanya mengiyakan sahaja .
" Dia cakap , Kau takkan pernah layak hidup dalam keturunan Keluarga dia , harta yang diturunkan oleh Atok kau banyak kepada kau " aku takut Syera akan bertindak luar kawalan sebab dia dah mula tamak " Jelas Laila .
" Syera tak pernah jadi macam tu , dia takpernah pandang harta dan kekayaan , apa yang buat dia jadi obses sampai macam tu sekali , " balas Aria.
" sejak dia dengan mamat keparat bernama harith amsyar tu , dia jadi macam tu !! Aku takfahamlah apa yang ada di otak fikiran adik aku tu " jawab Aria.
" Better kau rehat dulu , kau buang semua masalah dalam.otak kau Aria , biarkan je si Syera tu , dia akan kena juga balasanya " balas Laila ..
" Hmmmmm".....
Riana hanya mampu memandang Aria , dia tak sangka perempuan seperti Aria mampu hadapi masalahnya . Banyak penderitaan yang di alaminya . Termasuk keluarga yang telah memulaukannya . Dan Rayyan , sepupunya sendiri sanggup menfitnah Aria yang langsung tak bersalah .
---------------------------------------------------------
Syera memandang awan yang berada di balkoninya . Dia serabut dengan keputusan ayahnya yang mahu dia berpisah dengan kekasihnya , Harith Amsyar . Perlahan lahan mata air mata Syera keluar
" Syera cintakan Harith , Syera taknak kehilangan dia " gumam Syera perlahan .
" Papa benci Harith sebab Nia , Nia memang sial !! Sebab dia lah Papa taknak Harith jadi menantu dia " tambah Syera lagi .
" Takpa Nia !! Aku akan pastikan kau mati Satu hari nanti , sebab aku takkan biarkan kau bahagia , dan aku takkan benarkan kau rasa harta Arwah Atok " getus hati Syera . Senyuman sinisnya mula keluar .
Syera tahu Harith menyukai Nia kerana dia terjumpa gambar Nia terselit di dompet Harith . dan dia juga takkan benarkan Nia rampas Harith . Amarah dalam hati Syera semakin memuncak . Dirinya sungguh membenci Nia .
YOU ARE READING
Nia Ariasha [C]
Fantastik[Sequel Mylove Syhera] Siapa tak kenal Nia Ariasha dan Syera Arisha anak kepada Salah seorang usahawan ternama taklain takbukan Danish Raykal . Diberikan sepenuh kasih sayang dari ibu bapanya .Syahera Azurien Tapi itu semua terjadi akibat fitnah yan...