1 - Kenangan Perkenalan

1.5K 13 1
                                    

HATI berbunga riang. Bibir mengukir senyuman sehingga ke telinga. Dari tadi senyuman itu tidak pernah lekang menghias cantik wajahnya. Ingin sahaja Sufea berteriak kepada dunia bahawa dia sedang bahagia. Dia sudah jatuh cinta. Hatinya sudah diragut seorang lelaki.

Begini pula rasanya bercinta. Hati sentiasa ada rasa debarnya. Barulah pertama kali dalam hidupnya merasakan debar sebegini. Sentiasa ingin mendengar suaranya. Selalu mahu berbicara dengannya.

Sufea Nur Haseena sudah mabuk cinta. Luahan rasa Amran Jazlan padanya benar-benar mengusik kalbunya.

Pertama kali mereka bertemu di kafeteria. Ketika itu dia berdiri di tengah jalan dengan tangan kiri memegang segelas air. Tangan kanannya pula amat ligat membalas SMS rakan.

Baru dia selesai menghantar SMS dan ingin membuka langkah untuk menuju ke arah temannya, Sufea terlanggar orang. Seakan ada tubuh besar yang menghalangnya sehingga Sufea terduduk dan air di dalam gelas yang dipegangnya membasahi tubuhnya.

Dia mengadu kesakitan namun segera bangkit sekalipun dia basah lencun.

"Sorry ya. Saya tak sengaja. Salah saya." Sufea membuka mulut. "Note book awak rosak ke?"

Sufea memerhati sahaja note book yang dibelek-belek lelaki itu.

"Saudara..."

"Apa saudara?" Agak tinggi suara si lelaki. Lelaki yang asyik tunduk itu terus memandang Sufea. Namun begitu si lelaki itu terpegun sebaik melihat Sufea.

"Awak OK?" soal Sufea.

Lelaki itu kaku seketika apabila terpandang Sufea.

"Aa..."

"Dah, pergi!"

Sufea masih terpana. Dia hairan dengan lelaki tersebut. Dia ingin membantu. Buku lelaki tersebut bertaburan di berhampiran kakinya.

"I said go, so please go!"

Akhirnya Sufea berlalu. Langkahnya laju. Dia menghampiri Nurul dan membawa Nurul lekas pergi dari kafeteria. Dia mahu segera kembali ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton. Mujurlah sudah selesai kuliah. Jika tidak, dia terpaksa datang dengan baju yang basah lencun.

Setelah beberapa jam di bilik, barulah Sufea perasan yang dia keciciran telefon bimbit. Telefon Nokia 3530 pemberian babahnya hilang entah ke mana. Dia meramalkan kehilangan itu berpunca semasa terlanggar lelaki di kafeteria.

Menangis-nangis Sufea di bahu Nurul. Dia begitu cuai sehingga dia boleh keciciran telefon bimbit. Dia terpaksa menelefon babahnya serta abang-abangnya memberitahu mengenai kehilangan tersebut. Berdesing juga telinganya dimarahi abang-abangnya.

Dan selepas itu, dia memberanikan diri menelefon nombor miliknya. Lebih enam kali dia mendail tetapi tidak bersambut. Hanya kali ke tujuh, barulah ada orang yang menjawab telefonnya.

"Tolong pulangkan telefon bimbit saya." Sufea merayu terus-terus sebaik si penyambut berkata 'hello'. Seorang lelaki.

"Who is this? Why I need return this phone to you? I don't know you!" Dangkal lelaki itu.

'Mak ai, speaking pula. Dahlah English aku ni ke laut dalam. Aduhhh...' bisik hati Sufea.

"I also don't know you but please return my phone." Rayu Sufea. Dia cuba mengikut rentak bicara si penjawap telefon.

"Did you think I am stole your phone?" Lelaki itu menduga kesabaran Sufea.

"No, no, no. I dropped outs my phone. I... I... Don't know why with you. But please return to me." Suara Sufea lebih mendayu.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now