Sejak masuk ke dalam kelas,Safiyya tidak habis-habis memandang Fawwaz Rizqi seakan hendak menelan lelaki itu.
"Fiyya,kau kenapa pandang Fawwaz macam tu?Kau suka dia ehh?" usik Natalia.
Dia tahu sahabatnya yang seorang itu seakan tidak mempunyai perasaan.
Ramai pelajar lelaki sekolah itu menyukai Safiyya namun semuanya tidak dilayan.Jual mahal sungguh sahabatnya itu!
"Aku suka dia?Memang tak lah.Dah lah,aku nak pergi tandas kejap.Ada siapa nak ikut tak?" soalnya.
"Aku nak ikut!" kata Farhana.
Safiyya meminta izin ke tandas.Farhana mengekori langkah sahabatnya.
Fawwaz Rizqi hanya memandang gerak geri Safiyya.
"Kau okay tak?" soal Aqeef.
"Aku okay je.Cuma teringat kat daddy aku.."
"Ohh,ehh..aku dengar daddy kau nak kahwin.Betul ke?"
"Ha'ah.."
"Tahniah.Bakal mummy kau tu orang sini ke?"
Fawwaz Rizqi hanya mengangguk.Tidak lama kemudian,Safiyya dan Farhana masuk ke dalam kelas.
Sempat Safiyya menjeling ke arah Fawwaz Rizqi yang memandang ke arahnya.
'Sakit mata ke apa perempuan ni?' getus Fawwaz Rizqi.
🌸🌸🌸
Seperti biasa,Safiyya akan ke rumah sahabatnya ataupun sahabatnya yang akan ke rumahnya setelah habis sekolah.
Hari ini,Farhana,Arisya dan Natalia ke rumahnya.
Memandangkan mama dan adiknya tiada di rumah,jadi untuk menghilangkan rasa sunyi,Safiyya mengajak sahabat-sahabatnya ke rumahnya.
"Fiyya,aku bosan lah.Kau tak de cerita yang best ke,yang gempak ke nak cerita?" soal Arisya.
"Ada je.Tapi tak penting pon cerita tu.Tak best dan tak gempak pon cerita tu.." kata Safiyya bersahaja.
"Cerita je lah.." kata Farhana pula.
"Okay,tapi jangan komen pape.."
"Aik?Lain macam je cerita kau kali ni.Apa dia?"
"Mama aku nak kahwin.."
"Apa?!" kata mereka bertiga serentak.
"Ish,janganlah terkejut sangat!" marah Safiyya.
"Okay-okay.Tapi sekarang ni aku tak berapa nak faham.Kenapa mama kau nak kahwin pulak?Erm..siapa bakal 'papa' baru kau tu?" soal Natalia.
"Dia dia bukan papa aku,okay?Papa aku sorang je.Tah lah.Aku pon tak tahu apa yang mama aku pandang kat Tengku Raziq tu.."
"Tengku Raziq?Wah,untungnya kau Fiyya.Bakal papa baru kau tu keturunan raja.Aku pon nak jugak.Dia mesti ada anak kan?Hensem tak anak dia?" kata Arisya teruja.
"Korang ni.Huh..hurm anak?Anak dia sorang.Lelaki.Kita semua kenal anak dia.."
"Kitaorang kenal?Siapa?"
"Fawwaz Rizqi.Tu yang korang minat sangat tu.."
"Serius lah,Fiyya?!Dia anak tengku?Wow,untungnya kau Fiyya dapat jadi adik beradik dia.." kata Farhana.
"Tak de maknanya untung!Aku tak kira,aku akan pastikan yang dorang takkan masuk pon dalam keluarga aku.." nekad Safiyya.
"Kau nak buat apa?" soal Arisya.
"Pandai-pandailah aku fikir nanti.Asalkan dorang tak jadi sebahagian dari keluarga aku.."
"Fiyya,aku lapar lah.." rengek Farhana.
"Lapar pergi lah masak.Kau merengek macam budak kecil kat aku ni pahal?"
"Ala,kau ni.Tolonglah masakkan untuk aku.."
"Muka aku ni nampak macam pandai masak ke?Kau suruhlah siapa-siapa.Hah,ni si Lia ni pandai.Kau suruh dia.."
"Apa pulak aku?Arrhh tak de!Kau yang lapar,aku pulak yang kena masak?Banyak cantik muka kau?" kata Natalia.
"Ishh,korang ni!"
Serentak itu kedengaran orang memberi salam.
Sofiyya masuk ke dalam rumah.
"Ehh,Sofi!Awal kau balik?" soal Safiyya.
"Ha'ah,yong.Training habis awal.."
Ya,adiknya itu aktif dalam sukan bola jaring.Setiap tahun pasti kumpulan adiknya yang akan mewakili sekolah.
Safiyya juga pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring.Namun disebabkan satu insiden,dia bertekad mahu berhenti menjadi wakil sekolah.
"Sofi,Kak Hana lapar lah.Sofi boleh tak tolong masakkan untuk akak?"
"Arhh,tak de!Kau jangan sibuk suruh adik aku yang masakkan untuk kau!Sofi,pergi naik atas.Klau boleh duduk diam-diam dalam bilik tu.Jangan keluar-keluar.." arah Safiyya.
"Kejamnya kau,Fiyya.." kata Natalia.
Sofiyya sudah ketawa.Dia naik ke biliknya.
"Korang memang nak aku mati kan?" kata Farhana sambil ingin memancing sahabatnya.
"Ha'ah.Pergi lah.." kata Arisya pula.
Sudah masak dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.Suka buat ayat sedih.
"Ishh,korang.Aku rasa nak tampar je si Hana ni.Mengada!Cepatlah kau nak makan apa?Nasi ayam?Mee bandung?Kuey tiaw goreng?" kata Safiyya.
"Pape pon aku telan je.."
Farhana sudah tersengih.Usaha untuk memancing sahabatnya menjadi.
"Memang lah semua benda kau telan.Sebab kau tu pirana!"
Berdekah-dekah ketawa Arisya,Natalia dan Safiyya.Farhana hanya mencebik.
Safiyya beredar ke dapur.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Teen Fiction#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...