🌸special chapter 5🌸

3.9K 122 13
                                    

Safiyya mengacau tomyam yang sudah hampir siap dimasak.Dia termenung seketika.

Fikirannya sedikit terganggu dengan kata-kata suaminya tempoh hari.

Fawwaz Rizqi yang tiba di dapur memerhati isterinya.

"Kat dapur pon boleh termenung?" ujarnya.

Safiyya menoleh ke arah gerangan yang menegurnya.Dia tidak membalas kata-kata suaminya sebaliknya segera membuka peti sejuk.

"Kau dah buat keputusan ke?" sengaja Fawwaz Rizqi ingin menduga isterinya.

"Keputusan apa?"

Safiyya sedikit meninggikan suaranya.

"Keputusan yang kau masih nak bersama aku ataupon tak?"

"Sekarang ni,siapa yang nak bercerai?Aku ke kau?Aku isteri,Fawwaz.Lafaz tu terletak pada kau.So,kau yang berhak buat keputusan.Bukan aku.."

Safiyya segera mematikan api dapur kemudian beredar masuk ke dalam bilik.Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

Fawwaz Rizqi juga masuk ke dalam bilik.Sempat dia melihat isterinya menangis.

Safiyya segera menyeka air matanya.Dia kembali bangun untuk keluar dari bilik itu namun langkahnya dihalang.

Fawwaz Rizqi memeluk erat tubuh isterinya.Safiyya yang terkejut dengan tindakan suaminya,sedaya upaya mahu melepaskan pelukan itu.

"Aku minta maaf.Aku saja je cakap macam tu.Siapa cakap aku nak kita bercerai?Aku tak nak,Fiyya.Aku tak boleh hidup tanpa kau.Percayalah.."

"Habis kenapa kau timbulkan isu penceraian?Kau dah tak sayang aku ke?Kau dah ada orang lain?Macam tu?"

"Hei,aku tak pernah ada orang lain.Aku buat macam tu supaya kau ambik kisah pasal aku.Aku sakit hati,kecewa,semua lah bila aku dengar kau cakap kau keliru.Jadi,kenapa nak teruskan hubungan ni kalau kau keliru?"

Pelukan dilepaskan.Safiyya kembali menangis.

"Fawwaz,kau memang baik.Terlalu baik.Aku beruntung sebab dapat suami macam kau.Terima kasih sebab bersabar dengan perangai aku.."

Fawwaz Rizqi tersenyum.Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

"Sama-sama,sayang.Fiyya,apa kata kita tukar panggilan?Nak tak?"

"Nak tukar apa?" soal Safiyya.

"Kau panggil aku 'abang'?"

"Aku panggil kau 'abang'?Hurm..klau aku panggil kau 'abang', kau panggil aku apa?"

"Aku panggil kau 'kakak'.." gurau Fawwaz Rizqi.

"Fawwaz!"

"Abang lah.."

"Ye lah,abang.."

Fawwaz Rizqi tersenyum.

"Fawwaz,Fiyya.Mari kita makan.Nenek dah hidang makanan atas meja.." ujar Puan Salmah di luar bilik.

"Okay,nek.."

Mereka berdua keluar dari bilik.Mereka menuju ke meja makan.

"Buat apa dalam bilik?Fira ni dah lapar dah.." ujar Puan Salmah.

"Fiyya ni,nek.Katanya nak bagi Fira dengan Qira ni adik baru.Tu yang dia goda Fawwaz tadi tu.." balas Fawwaz Rizqi.

Merah padam wajah Safiyya.Kerana geram dengan mulut celopar suaminya,kaki suaminya dipijak agak kuat.

"Aduh!" kata Fawwaz Rizqi.

"Kenapa tu?"

"Ada semut marah,nek.." ujarnya sambil tersengih.

"Macam-macam lah kamu ni,Fawwaz.Makanlah.."

🌸🌸🌸

Haziera sakit hati melihat kemesraan Safiyya dan Fawwaz Rizqi dari jauh.Hatinya masih tidak boleh menerima yang bekas adik iparnya itu mencari pengganti arwah adiknya.

"Ziera,tengok apa tu?" tegur Puan Hasya.

"Ziera geram lah dengan Fiyya tu.Dia balik sini sebab nak tunjuk yang dia dah bahagia dengan suami baru dia ke apa?Huh.." sempat Haziera memerli Safiyya.

"Ziera,ibu dah redha pemergian Hafiey.Biarlah Fiyya cari kebahagiaan dia sendiri.Kita ni doakan je yang baik-baik untuk Fiyya.Lagipon Fawwaz tu baik orangnya.Ibu suka budak tu.." kata Puan Hasya.

"Tapi disebabkan dia Hafiey meninggal dan disebabkan dia jugalah kebahagiaan Hafiey dan Fiyya terhenti.Ziera tak boleh terima,ibu.Bagi Ziera,suami Fiyya tu pembunuh!" nekad Haziera berkata.

"Ya Allah,Ziera!Istighfar,Ziera.Bukan salah Fawwaz adik kamu meninggal.Semua ni telah ditetapkan.Kita kena terima qada' dan qadar Allah.."

Puan Hasya masih berusaha memujuk anak gadisnya itu.

"Ziera minta maaf,ibu.Ziera tak boleh.."

Haziera berjalan laju masuk ke dalam rumah.Puan Hasya mengeluh perlahan.Kecewa dengan sikap anak gadisnya.

Puan Rahmah menegur menantunya.

"Hasya,banyakkan bersabar ye ngan perangai Ziera tu.Mak akan cuba pujuk dia.." ujarnya.

"Mak,saya malu ngan Nek Salmah.Saya rasa macam gagal didik anak saya sendiri.Saya tahu Ziera dengan arwah tu rapat tapi.."

"Mak faham.." pintas Puan Rahmah.

"Saya dah tak tahu nak buat apa ngan Ziera tu.Kadang-kadang perangai dia tu melampaui batas.."

"Nanti mak cuba nasihatkan dia.Jomlah masuk.Dah nak maghrib ni.Nanti terlepas pulak.."

"Baiklah.."

Puan Hasya dan Puan Rahmah masuk ke dalam rumah.Sempat Puan Hasya menutup pintu dan tingkap supaya nyamuk tidak masuk.



Last update from me😂Jumpa bln 12 okay😍first paper is geo.17 ni.Doakan saya and batch 02 yg lain,okay?❤

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now