🌸bab 23🌸

4K 134 0
                                    

Tanpa mereka sedar,masa menceburi mereka.Sijil Pelajaran Malaysia masih berbaki lebih kurang seminggu.

Safiyya dan sahabat-sahabatnya mengulang kaji pelajaran di sebuah taman.

"Fiyya.." ujar Farhana.

"Apa kau?"

"Macam mana kehidupan kau sekarang?Okay?"

"Okay je.Kenapa?"

"Mesti syok kan tinggal rumah tengku tu.Lagi-lagi ada Fawwz.Haih,beruntungnya hidup.." ujar Arisya pula.

"Apa yang untungnya?Biasa je.."

"Tu kau.Kitaorang lain.." kata Natalia.

"Hurm..pape je lah.."

"Eh,rajinnya study.." tegur seseorang.

Mereka berempat memandang ke arah gerangan yang menegur.

"Hai,Fiyya.Saya Riezq Farhan.Awak panggil saya Riezq je.Hari tu kan tak sempat berkenalan.." ujar Riezq Farhan sambil memperkenalkan dirinya.

Fawwaz Rizqi hanya mendengar dan memerhati.

"Saya Hykarl Arriz.Panggil Karl je.Comel kan?" ujar Hykarl Arriz pula sambil tersenyum.

"Saya pula Danish Emir.Panggil Danish je.." kata Danish Emir.

"Fawwaz,ni kawan-kawan kau ke?" soal Natalia.

"Ha'ah.Kitaorang kawan Fawwaz dari sekolah rendah lagi.." balas Riezq Farhan.

"Ohh,saya Natalia.."

"Saya Farhana.."

Safiyya hanya meneruskan mengulang kaji pelajarannya.Malas mahu masuk campur sesi perkenalan itu.

"Saya Arisya.Panggil Risya je.."

"Erm..rasanya kita datang sini nak study kan?Bukannya nak buat sesi perkenalan.." ujar Safiyya sambil menyindir rakan-rakannya.

"Kau ni,Fiyya.Biarlah dorang.." kata Fawwaz Rizqi.

"Whatever!"

"Jom arhh sambung joging.." ajak Fawwaz Rizqi.

"Korang tak nak joging sekali?" kata Danish Emir.

"No,it's okay.Kami nak study.." tolak Safiyya sebelum Farhana membuka mulut.

Farhana terus terdiam apabila terdengar kata-kata Safiyya.Hancur harapan ingin joging bersama empat orang tengku itu.

Mereka berempat mula beredar dari situ.

"Apalah kau ni,Fiyya.Orang ajak kita kenalah terima.Ni tak.Kau pergi tolak kenapa?" ujar Natalia.

"Kau dah lupa ke apa tujuan kita datang sini?"

"Okay,fine.."

🌸🌸🌸

"Fiyya,Fiyya dari mana ni sayang?Mama risaulah.." kata Puan Suraya apabila terlihat anak gadisnya yang baru pulang.

"Fiyya kan cakap kat mama.Fiyya pergi study kat taman dengan Farhana,Arisya dan Natalia.." balas Safiyya.

Serentak itu,Fawwaz Rizqi masuk ke dalam rumah dengan keadaan berpeluh-peluh.

"Haa,ni lagi sorang.Dari mana ni?" soal Puan Suraya.

"Fawwaz pergi joging dengan kawan tadi,ma.Sorry kalau buat mama risaukan Fawwaz.." kata Fawwaz Rizqi.

Safiyya yang berdiri di sebelah Fawwaz Rizqi mula membuat muka tidak suka.

Sibuk je mamat ni!Itu mamanya.Mana boleh orang lain rapat dengan mamanya!

"Ma,Fiyya naik dulu lah.."

"Ye lah.Mama nak siapkan makan malam jap.Nanti turun ye.." pesan Puan Suraya.

"Fawwaz sekali ye?"

"Okay,mama.." balas Fawwaz Rizqi.

Tengku Raziq yang baru pulang terus ke sofa ruang tamu itu.Fawwaz Rizqi mendekati daddynya.

"Daddy,are you okay?" soal Fawwaz Rizqi.

"Okay cuma daddy penat sikit.Biasalah bila ada tender baru dapat ni.Pening kepala daddy dibuatnya.." balas Tengku Raziq.

"Daddy ni,jangan kuat sangat keje.Nanti sakit,siapa yang susah?Fawwaz janji bila Fawwaz dah habis study,Fawwaz akan kerja dengan daddy.." nekad Fawwaz Rizqi.

Safiyya yang masih di situ hanya mendengar.Kemudian,dia terus beredar ke tangga.

Dia memeluk frame gambar papanya.

'Papa,Fiyya miss you so much!' getusnya.

Sofiyya yang baru turun dari bilik menuju ke ruang tamu.Suka dia melihat dua beranak itu.

"Sofi,Sofi nak tolong daddy tak?" soal Tengku Raziq.

Dahi Sofiyya mula berkerut.

"Kenapa daddy?Daddy nak Sofi tolong apa?" kata Sofiyya.

"Daddy bawa Sofi pergi pejabat.Sofi tolong daddy apa yang patut.Nanti dah besar,Sofi kerja lah situ.."

"Sofi tak reti lah,daddy.Tak pe lah.." tolak Sofiyya.

"Daddy ajar.Jangan risau.Sementara Sofi tengah cuti ni kan.Nanti dah besar tak de lah kekok sangat.."

"Okay.."

Sofiyya mengalah.Dia memang senang untuk dibawa berbincang.

"Bincang apalah tiga beranak ni?" kata Puan Suraya sambil membawa dulang.

Air sirap di dalam jag dituang ke dalam setiap gelas.

"Tak de apa lah.Abang tengah pelawa Sofi pergi pejabat dengan abang.Ye lah,sementara dia tengah cuti sebab budak nak SPM ni,baik dia ikut abang.." kata Tengku Raziq.

"Sofi ni muda lagi lah,abang.Baru 16 tahun.Takkan nak suruh dia buat kerja pejabat kot?"

"Abang nak ajar dia yang basic dulu.Nanti dah besar tak de lah tak tahu sangat.."

"Ikut abang lah.."







DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now