🌸bab 13🌸

3.9K 142 1
                                    

Safiyya hanya memandang mama dan adiknya serta ahli keluarga belah mamanya menyiapkan barang hantaran,pelamin dan macam-macam lagi.

"Fiyya,mari tolong nenek hias barang hantaran ni.Buat apa berdiri je kat situ?" kata Puan Salmah.

Safiyya mendekati neneknya.Dia duduk di sebelah neneknya.

"Cantik kan bekas hantaran ni?"

Safiyya hanya mengangguk.Puan Salmah tahu cucunya itu tidak menyukai pernikahan anaknya itu.

"Fiyya,cuba senyum sikit.Ni masam je.Macam mana nak kahwin nanti ni?" usik Puan Salmah.

"Nenek ni.Lambat lagi lah.Fiyya nak habiskan study dulu.Lagipon Fiyya tak terfikir pon nak kahwin.."

"Ye,nenek tahu.Tapi satu hari nanti,Fiyya akan kahwin juga.Haraplah waktu tu nenek masih sempat tengok Fiyya.."

"Nenek ni.Apa cakap macam tu?Fiyya tak suka lah.Fiyya tetap tak nak nenek pergi tinggalkan Fiyya.Cukup lah papa tinggalkan Fiyya.Seminggu lagi mama.Nenek jangan tinggalkan Fiyya ye?"

"Fiyya,Fiyya suka ke tak suka ke,dah Allah kata tu ajal nenek,nenek kena pergi.Lagi satu,papa dengan mama tak pernah tinggalkan Fiyya.." nasihat Puan Salmah.

Puan Suraya yang sedang menyiapkan pelamin hanya mendengar perbualan ibunya dan anaknya.

Dia tahu Safiyya itu memang rapat dengan ibunya.Haraplah ibunya boleh memujuk anak sulungnya.

🌸🌸🌸

Seminggu kemudian,

Hari ini,hari yang menunjukkan bahawa semua rancangannya telah gagal!

Perasaan bencinya terhadap Tengku Raziq semakin menebal.Tidak tertinggal pada Fawwaz Rizqi.

"Ayong,jom turun.Tetamu dah sampai tu.Tok kadi pon dah ada.." ajak Sofiyya.

"Kau pergi je lah turun.Bukan aku pon yang jadi pengantin.Kalau aku tak de pon,majlis tu tetap berjalan kan seperti yang dah dirancangkan?" sinis Safiyya membalas.

"Ayong,tak baik buat mama macam ni.Jomlah.Sekejap je.." pujuk Sofiyya lagi.

"Papa datang tak?"

"Mestilah.Sofi awal-awal lagi dah call suruh papa datang.."

Terus Safiyya tersenyum.Dia mengikuti langkah adiknya.

Dengan sekali lafaz,Puan Suraya dan Tengku Raziq sah menjadi suami isteri.

Safiyya memandang ke arah papanya yang kelihatan gembira itu.

Pelik Safiyya melihat papanya.

Setelah selesai majlis,Safiyya beredar ke halaman rumah bersama rakan-rakannya.

"Tahniah,beb.." ucap Arisya.

Safiyya hanya membuat muka.

"Fiyya,kau ni.Cuba lah senyum.Ni masam macam apa je.Kau dah dapat papa baru tau.Tengku pulak tu.Patutnya kau happy.Bukan macam ni.." kata Farhana pula.

"Sorry,okay.Aku memang tak boleh terima Tengku tu.Sekarang ni,hasrat untuk aku satukan semula papa dengan mama aku dah hancur.Semuanya disebabkan Tengku tu!" kata Safiyya melepaskan rasa tidak puas hatinya.

Fawwaz Rizqi hanya mendengar di sebalik tiang.

Dia faham keadaan gadis itu.Dia cuma mampu berharap satu hari nanti gadis itu menerima daddynya.

Natalia yang perasan kehadiran Fawwaz Rizqi,terus mengajak Arisya dan Farhana beredar dari situ.

"Fiyya,kitaorang nak pergi jumpa mama kau kejap.Erm..kejap lagi kita borak lagi.." kata Natalia.

"Hurm..yelah.."

Disaat mereka bertembung dengan Fawwaz Rizqi,Natalia sempat berpesan kepada lelaki itu.

"Kau nasihatlah sikit Fiyya tu.Kitaorang dah tak tahu nak cakap apa dah kat dia.."

Fawwaz Rizqi menganggukkan kepalanya tanda faham.

Dia menuju ke arah Safiyya dan mendekati gadis itu.

"Fiyya.." ujarnya.

"Kau buat apa kat sini?Aku tak perlukan kau untuk pujuk aku.."

"Kenapa kau benci sangat aku?" soal Fawwaz Rizqi sekadar ingin tahu.

"Disebabkan daddy kau,aku benci kau!Korang memang suka tengok keluarga aku hancurkan?!Kau dengan daddy kau dah musnahkan harapan aku untuk satukan balik my parents!Happy lah kau kan?!"   

"Tak Fiyya.Okay,kalau itu yang buatkan kau marah,aku mintak maaf bagi pihak daddy aku.Jangan lah macam ni.Kita dah jadi adik beradik dah.."

"Tu bagi kau.Bukan aku!"

Fawwaz Rizqi melepaskan keluhan.Betapa kerasnya hati gadis di hadapannya ini.

Safiyya beredar dari situ.Dia masuk ke dalam rumah.

Kelihatan mamanya sedang bergelak ketawa bersama Tengku Raziq di ruang tamu.

Dia menahan air matanya dari jatuh.Dia segera menuju ke dalam bilik.

Dia menghempaskan dirinya ke atas katil.Bantal peluk dipeluknya.

Air matanya mula jatuh.

Dia teringat pula kemesraan papa dan Aunty Farrah sebentar tadi.

"Kenapa papa dengan mama buat Fiyya macam ni?" rintihnya.

Setelah penat menangis,lama-kelamaan dia terlelap.






DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now