Selesai sahaja pengebumian Tengku Raziq,Fawwaz Rizqi masih duduk di atas tikar.
Tidak menyangka daddynya meninggalkan secepat ini.Semuanya kerana angkara Safiyya!
"Fawwaz,kita balik.Hari dah lewat ni.." ujar Puan Suraya.
"Mama baliklah dulu.Kejap lagi Fawwaz balik.." balas Fawwaz Rizqi.
"Ye lah tapi jangan lewat sangat ye.Fiyya,Sofi.Jom.."
Sofiyya dan Safiyya mengikuti langkah Puan Suraya.Sempat Safiyya memandang ke Fawwaz Rizqi.
'Bukan aku yang buat,Fawwaz.Bukan aku..' getusnya di dalam hati.
Mereka sampai di rumah.Sofiyya dan Safiyya berlalu naik ke bilik.Puan Suraya duduk di ruang tamu.
"Su,Su nak air?Mak Kiah boleh sediakan?" ujar Mak Kiah.
"Bagi Su air kosong je,Mak Kiah.."
"Okay.."
Mak Kiah kembali ke dapur.Gelas diambil lalu dituangkan air kosong.
Dia kembali ke depan.
"Nah,Su.." hulur Mak Kiah.
"Terima kasih.."
"Su banyakkan bersabar ye.Mungkin Allah lebih sayangkan Tengku.." nasihat Mak Kiah.
"Insya-Allah,Mak Kiah.."
Safiyya yang berada di dalam bilik hanya membatukan dirinya di birai katil.
Tidak percaya apa yang berlaku pada hari ini.
"Ayong.."
Lamunannya terhenti apabila seseorang menegurnya.
"Sofi,masuk lah.."
Sofiyya mendekati kakaknya.
"Betul ke bukan ayong yang buat?" soal Sofiyya inginkan kepastian.
"Kau pon rasa aku yang buat semua ni ke?Sofi,aku masih waras lagi lah.Kalau betul aku yang buat,dah lama Sofi.Bukan sekarang.Ye,aku mengaku sampai sekarang aku tak suka dengan Tengku Raziq tapi aku takkan buat benda macam ni.Kalau aku nak buat,aku buat kat diri aku.Bukan orang lain.."
Perlahan-lahan air mata Safiyya jatuh.
"Ayong,Sofi minta maaf.Sofi tak patut tuduh ayong.Sofi tahu ayong takkan buat benda-benda macam ni.."
Bahu Safiyya dipeluknya.
Pada sebelah malam,kenduri tahlil arwah diadakan.
Selesai sahaja bacaan yasin dan tahlil,orang ramai mula menjamu selera.
Safiyya sempat memerhati ke arah Fawwaz Rizqi yang sedang berbual dengan rakan-rakannya.
"Fawwaz,ajak kawan-kawan tu makan.." ujar Puan Suraya.
"Okay,ma.."
Ketiga-tiga sahabatnya berlalu ke arah bahagian makanan.
Safiyya memberanikan dirinya.Dia mendekati Fawwaz Rizqi.
"Fawwaz.." ujarnya.
"Apa lagi?Nak bunuh aku pulak?" sindir Fawwaz Rizqi.
"Tak,Fawwaz.Percayalah bukan aku yang buat.."
"Fiyya,kenapa?Kenapa mesti daddy aku yang jadi mangsa?Kalau kau berdendam,dendam dengan aku.Bukan dengan daddy.."
"Fawwaz.."
"Dah lah,Fiyya.Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni.Kau kejam,Fiyya!Kau kejam!"
"Fawwaz,please.." rayu Safiyya.
"Kenapa kau suruh orang tu langgar daddy aku?Kenapa tak suruh dia langgar aku sekali?Kau memang nak tengok aku terseksa ke?Kau dah berjaya buat aku terseksa,Fiyya.Terima kasih!"
Fawwaz Rizqi beredar dari situ.Sakit hati dia melihat wajah Safiyya.
Safiyya mengeluh perlahan.Bagaimana lagi cara untuk dia buat lelaki itu mempercayainya?
🌸🌸🌸
"Puas hati aku.." kata Lysa Qyrina.
"Tapi,Lysa.."
"Apa kau ni?Sepatutnya kau happy sekali.Fiyya dah mati kan?"
"Memang orang yang kena langgar tu mati tapi orang tu bukan Fiyya,Lysa.." jujur Bella Airina berkata.
"What?Habis siapa yang mati?"
"Tengku Raziq.."
"Hah?!Tu daddy Fawwaz.Matilah kita!" kata Lysa Qyrina yang terkejut mendengar kata-kata sepupunya.
Ye,Lysa Qyrina sepupu kepada Bella Airina.Sepanjang di universiti,Bella Airinalah yang menjadi spy untuk Lysa Qyrina.
Lysa Qyrina masih menaruh hati pada Fawwaz Rizqi biarpun mereka lain universiti.
"Bella,aku rasa ada bagusnya juga Tengku Raziq meninggal.Lagi senang aku nak dapatkan Fawwaz.."
"Maksud kau?"
"Fawwaz tu kan anak tunggal.Mestilah semua harta Tengku Raziq akan jadi milik dia.Tu pon tak boleh nak fikir ke?" sindir Lysa Qyrina.
"Yang tu aku tahu tapi katakanlah klau Tengku Raziq tu dah wasiatkan separuh harta dia pada keluarga si Fiyya tu,macam mana?Ye lah,dorangkan kira dah jadi keluarga lah.."
Lysa Qyrina menganggukkan kepalanya tanda setuju.Ada betul juga kata sepupunya itu.
"It's okay.Aku tahu macam mana nak handle si Fiyya tu.Tengok je lah nanti.."
Lysa Qyrina sudah tersenyum sinis.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Fiksi Remaja#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...