Pagi-pagi lagi Lysa Qyrina sudah muncul di rumah Tengku Raziq.Puan Suraya terpaksa membenarkan anak muda itu masuk ke dalam rumah.
Yelah,takkan nak halau pulak kan?Katanya ingin melawat Fawwaz Rizqi dan Safira.
"Aunty,Fawwaz mana?" soal Lysa Qyrina.
"Ada dekat dalam bilik tu.Siapkan Fira kot.." balas Puan Suraya bersahaja.
Puan Suraya mula beredar ke dapur untuk menyiapkan makanan dan minuman kepada 'tetamu'nya yang seorang itu.
Lysa Qyrina memerhati sekeliling.Dia tersenyum sinis.Dia terus naik ke bilik Fawwaz Rizqi.
Pintu bilik lelaki itu ditolak perlahan.Kelihatan seorang bayi dibaringkan di atas katil.
Dia mula mendekati bayi itu.Safira hanya terkebil-kebil melihat Lysa Qyrina.
Fawwaz Rizqi yang baru keluar dari bilik air terkejut dengan kehadiran Lysa Qyrina di dalam biliknya.
"Kau buat apa ni?Kau keluar sekarang!" halaunya.
"Ehh,Fawwaz.Aku datang ni nak jenguk kau lah.Yelah,sekarang ni kau kan keseorangan.Sofi kan dah mati.Ops.."
Lysa Qyrina menekup mulutnya perlahan seperti baru tersedar kelancangan mulutnya.
"Aku ada Allah,aku ada Fira.Tu pon dah cukup bagi aku.." kata Fawwaz Rizqi tidak mahu kalah.
"Aku faham tapi aku kesiankan kau.Kesiankan Fira.Kalau kau tak kisah,aku sudi jadi isteri untuk kau dan mama untuk Fira.Mesti kau dengan Fira perlukan orang macam aku.."
Fawwaz Rizqi tersenyum.Apa perempuan ni merepek?
"Terima kasih jelah atas keprihatinan kau tu.Tak pe,buat masa ni,aku tak perlukan sesiapa untuk gantikan tempat Sofi.Dah,kau boleh keluar.."
Lysa Qyrina sudah mengeluh.Tidak faham dengan sikap lelaki itu.Mentah-mentah sahaja dia ditolak.
"Kau tunggu Safiyya kan?!Sebab tu kau tak boleh terima aku,kan?!"
"Hal ni tak de kena mengena dengan Fiyya,okay?Kau tak payah nak merepek.."
"Aku merepek?Fawwaz,aku tahu lah perasaan kau terhadap Fiyya.Kau dengan Sofi bolehlah kau nak nafikan but not me.."
"Dah lah,aku keluar dulu.." ujar Fawwaz Rizqi sambil mendukung Safira lalu keluar dari bilik itu.
Serentak itu,dia dan Safiyya bertembung.
Lysa Qyrina juga keluar dari bilik.Safiyya sudah mula memikirkan yang bukan-bukan terhadap mereka berdua.
"Apa khabar,Fiyya?" sapa Lysa Qyrina.
"Ba..baik.." balas Safiyya teragak-agak.
"Aku simpati dengan kau atas kehilangan Sofi.."
"Thanks.Err,Fawwaz.Aku bawak turun Fira dulu lah.."
Fawwaz Rizqi mengangguk.Si kecil dihulurkan kepada Safiyya kemudian Safiyya beredar turun ke bawah.
"Apa kau cuba buat ni?" soal Fawwaz Rizqi setelah Safiyya hilang dari pandangan.
"Apa yang aku cuba buat?" kata Lysa Qyrina pura-pura tidak tahu.
"Kau jangan buat tak tahu lah.Dan lagi satu,jangan ganggu Fiyya lagi.Biarkan dia bahagia.Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dengan Bella dah buat pada dia.Silap haribulan,kau dengan cousin kau tu,aku sumbat masuk jail.." sempat Fawwaz Rizqi mengugut gadis itu.
Dia sudah lama bersabar dengan Lysa Qyrina.Kini,dia bertekad.Jika ada yang cuba menganggu keluarga arwah isterinya,orang itu pasti akan menerima hukuman yang setimpalnya.
"Ohh,kalau kau pulak yang aku buat macam tu?"
"Apa maksud kau?"
Lysa Qyrina tersenyum sinis.
🌸🌸🌸
Hafiey dan ahli keluarganya tiba di Kuala Lumpur apabila mendapat berita yang Sofiyya sudah meninggal dunia.
Mereka sampai di rumah Tengku Raziq.
"Mari masuk.Mesti penatkan?" ujar Puan Salmah.
"Tak de lah,nek.Kitaorang okay je.." balas Hafiey.
Mereka duduk di ruang tamu.Fawwaz Rizqi bersalaman dengan tetamu yang hadir pada petang itu.
"Hafiey.."
"Fawwaz.." kata Fawwaz Rizqi sambil memperkenalkan dirinya kepada Hafiey ketika mereka berdua bersalaman.
"Ohh,kau lah Fawwaz.Bakal kekasih halal Fiyya kan?"
Safiyya yang bermain dengan Safira sudah tersentak apabila Hafiey berkata begitu.
Fawwaz Rizqi mengerutkan dahinya tanda pelik.
"Fiey,jemput minum.Mama Su dah buatkan air kegemaran Fiey ni.." ujar Puan Suraya yang ingin meredakan suasana yang hangat itu.
Hafiey dan Safiyya duduk di halaman rumah.Safiyya hanya mendiamkan diri.Tidak tahu mahu berbual tentang apa.
"Kenapa tak cakap kat aku pasal Sofi?Ni pon nasib baik Mama Su yang bagitahu aku.Kalau tak,sampai bila-bila lah aku tak tahu.." kata Hafiey.
"Sorry,aku rushing sangat waktu mama call.."
"At least,bagitahu aku.Kitakan kawan.Ohh ye,aku sebenarnya tak faham.Fawwaz tu suami Sofi.Tapi kenapa hari tu kau ada sebut nama dia.Apa hubungan kau dengan Fawwaz?Korang main kayu tiga ke belakang Sofi?"
"Apa kau merepek ni,Fiey?Aku waras lagi lah!" kata Safiyya dengan nada yang agak tinggi.
"Okay-okay,sorry.Tak payah lah emo sangat.Kau cuti ehh?" sengaja Hafiey ingin mengusik Safiyya.
"Kau nak kena humban dalam kolam renang tu ke?"
"Tak-tak.Aku gurau jelah.."
Hafiey ketawa melihat wajah Safiyya.Dari jauh,Fawwaz Rizqi hanya melihat mereka berdua bergelak ketawa.
Hatinya sedikit terusik melihat kemesraan mereka.Apa hubungan mereka berdua?
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Teen Fiction#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...