🌸bab 14🌸

3.8K 139 3
                                    

Pagi itu,Safiyya menyarung tudung syrianya kerana Tengku Raziq dan Fawwaz Rizqi berada di rumahnya.

Dia beredar ke tingkat bawah.

"Good morning,Fiyya.." sapa Tengku Raziq.

Safiyya hanya memandang Tengku Raziq.

"Fiyya,mari sarapan sekali sayang.Mama dah sediakan kuey tiaw favourite Fiyya ni.." ujar Puan Suraya pula.

Safiyya mengambil tempat di sebelah adiknya.Kelihatan Sofiyya sedang berbual dengan Fawwaz Rizqi.

Puan Suraya menghulurkan pinggan yang berisi kuey tiaw kepada anak sulungnya.

Setelah selesai bersarapan,mereka berempat duduk di ruang tamu.

"Ma,kejap lagi Fiyya nak keluar.." kata Safiyya.

"Fiyya ni asyik keluar je.Cuba sekali sekala duduk rumah.Cuba jadi macam Sofi sikit.."

"Ma,Fiyya keluar dwngan geng Fiyya je.Bukannya buat benda tak elok.Ye,Fiyya sedar.Fiyya lain dari Sofi.."

Suara Safiyya sedikit meninggi.

"Fiyya,tak baik tinggi suara macam tu kat mama.." tegur Tengku Raziq.

"Uncle ni siapa?Boleh tak uncle jangan sibuk dalam hal ni?Uncle tu orang luar.."

Puan Suraya tidak dapat menahan sabarnya lagi.Anak sulungnya itu benar-benar sudah melampau.

Dia menampar pipi Safiyya.

"Su!"

"Mama!"

Safiyya memegang pipinya yang terasa perit itu.

"Mama dah lama tau bersabar dengan Fiyya.Kenapa Fiyya biadap dengan daddy ni?Mama tak pernah ajar tau anak mama macam ni.."

Safiyya tersenyum sinis.

"Daddy?Sorry,ma.Fiyya cuma ada papa.Terima kasih lah sebab tamparan mama ni.."

Safiyya berlari naik ke biliknya.Dia mencampakkan semua barang yang berada di atas meja soleknya bagi melepaskan kegeramannya.

🌸🌸🌸

Sofiyya berdiri sambil memerhatikan air kolam renang itu.

"Sofi.." ujar Fawwaz Rizqi.

"Ehh,Fawwaz.Tak tidur lagi?Dah malam ni.."

Terkejut dia dengan kehadiran 'abang tiri'nya itu.

"Ha'ah.Aku tak mengantuk lagi.Erm..boleh aku nak cakap sikit dengan kau?"

"Boleh.Apa salahnya?"

"Erm..kakak kau tu memang macam tu ehh?Keras kepala.."

"Ayong tu lembut hati dia cuma tu lah.Sejak papa dengan mama bercerai dia berubah.."

"Ohh..kau dengan dia memang lain kan?"

"Lain?Maksud kau?"

"Ye lah,Fiyya kasar,degil.Kau lembut,baik.."

"Kitaorang sama je.."

Sedang mereka berbual,Safiyya turun ke bawah.Dia terpandang ke arah Fawwaz Rizqi dan adiknya yang sedang berbual itu.

Dia segera menuju ke luar rumah secara perlahan-lahan.Takut ada pula yang perasan nanti.

"Ayong?"

Serta-merta langkah Safiyya terhenti.Dia berpaling.

Kelihatan adiknya sedang berjalan ke arahnya.

"Ayong nak pergi mana ni?" soal Sofiyya pelik.

"Mana ada aku nak pergi mana-mana.Aku nak pergi kat luar tu.Ambil angin.Dalam rumah ni panas.."

Ayat terakhir Safiyya membuatkan Fawwaz Rizqi memandang gadis itu.

"Ayong ni.Tak baik tau.Fawwaz dengan daddy dah jadi sebahagian dari keluarga kita.."

"Apa-apa je lah.Kenapa hah semua orang dalam rumah ni boleh terima dorang ni?"

"Sebab aku dengan daddy aku baik orangnya.." balas Fawwaz Rizqi.

Sengaja ingin memarakkan kemarahan Safiyya.

"Kalau korang baik,tak de lah korang masuk dalam keluarga aku.."

"Ishh,ayong ni.Dah lah tu.Sofi dah mengantuk ni.Sofi naik dulu.Fawwaz,aku naik dulu tau.." kata Sofiyya sambil meminta diri.

"Okay,Sofi.." balas Fawwaz Rizqi sambil menghadiahkan senyuman kepada Sofiyya.

Safiyya hanya membuat muka menyampah.

Dia berlalu ke luar rumah.

"Fiyya,jangan lama sangat kat luar tu.Kau tu anak dara.Tak elok.." pesan Fawwaz Rizqi.

Safiyya hanya mendengar.Dia beredar ke luar rumah.

Setelah memastikan semua orang di dalam rumah itu tidur,dia segera beredar dari rumah.

Dia menahan teksi.Teksi itu membawanya ke rumah papanya.

Terkejut Encik Nizam dengan kehadiran anak sulungnya itu.

"Ya Allah,Fiyya!Fiyya buat apa malam-malam kat sini?"

"Malam ni Fiyya nak tidur kat rumah papa.." balas Safiyya selamba.

"Fiyya,tak baik buat macam ni.Nanti mama risau lah.Sekarang ni,papa nak Fiyya balik.Jangan susahkan mama.."

"Papa halau Fiyya ke?Memang semua orang tak sayang Fiyya kan?Fiyya ni bukan anak papa mama ke?Fiyya ni anak kutip ke?!"

"Safiyya!"

Safiyya terdiam mendengar tengkingan papanya.

"Fiyya anak kami.Fiyya boleh tak jadi matang sikit?Papa bagi Fiyya tidur kat sini tapi esok pagi papa akan hantar Fiyya balik.."

"Fiyya tak nak balik.."

"Fiyya sayang papa kan?Klau Fiyya sayang papa,dengar cakap papa.."

Safiyya mengeluh perlahan.Dia masuk ke dalam bilik.












DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now