Puan Suraya bergegas ke hospital apabila mendapat khabar Safiyya secara tiba-tiba tenat.
Pintu bilik anaknya ditolak kasar.Kelihatan Arisya dan beberapa doktor pakar sedang merawat Safiyya.
Arisya terpandang ke arah Puan Suraya.Dia mendekati Puan Suraya.
"Risy,tolong selamatkan Fiyya.Mama tak nak kehilangan Fiyya lagi.." rayu Puan Suraya.
"Insya-Allah,ma.Risy akan cuba yang terbaik.."
Bantuan pernafasan dipakaikan kepada Safiyya.Puan semakin risau melihat keadaan anaknya.
"Fiyya akan okay kan?"
"Risy tak berani jamin.Fiyya sekarang ni tak de tanda-tanda yang dia akan sedar.Kita sama-sama berdoa ehh?" pujuk Arisya.
Setelah itu,seorang doktor pakar bercakap sesuatu dengan Arisya.Arisya hanya mengangguk faham.
Kemudian,beberapa doktor pakar itu beredar keluar dari bilik itu.
"Macam mana,Risy?"
"Fiyya okay.Insya-Allah tak lama lagi dia akan sedar.."
"Alhamdulillah.."
"Erm..Risy keluar dulu lah.Nak sambung buat kerja.."
"Terima kasih,Risy.."
"Tanggungjawab Risy,ma.."
Arisya berlalu keluar.Dia menuju
ke biliknya.Disaat itu,dia bertembung pula dengan Hanna Damia."Macam mana dengan sahabat kau tu?Dah nak mati ke?" kata Hanna Damia kasar.
"Kau ni apa masalah hah?Sepatutnya kau doa yang baik-baik!Aku pelik lah macam mana kau boleh jadi seorang doktor.Sifat berperikemanusiaan kau langsung tak de.Kalau macam ni baik kau tak payah belajar tinggi-tinggi sampai jadi doktor!" balas Arisya geram.
Siapa sahaja yang tidak marah?Sakit hatinya.
Hanna Damia hanya membuat muka tidak bersalah.
"Whatever!"
Hanna Damia melanggar bahu Arisya.
🌸🌸🌸
"Sofi,kalau kita pindah,Sofi okay?" soal Fawwaz Rizqi.
"Abang nak pindah mana?Erm..Sofi bukan apa,Sofi kesiankan mama tinggal sorang-sorang.Ayong.."
Belum sempat Sofiyya menghabiskan kata-katanya,Fawwaz Rizqi segera memintas.
"Sofi,kalau pasal mama,Sofi tak yah risau.Mak Kiah kan ada.Lagi satu,nanti kalau ayong Sofi tu balik,tak de lah mama tinggal sorang-sorang lagi kan?" pintas Fawwaz Rizqi.
Malas dia mendengar nama Safiyya.Buat sakit hati je!
"Abang,erm..boleh tak abang jujur dengan Sofi satu perkara?"
"Apa dia?"
Dahi Fawwaz Rizqi berkerut sedikit mendengar kata-kata isterinya.
"Erm..apa perasaan abang pada ayong?Abang pernah ada perasaan pada ayong?" soal Sofiyya inginkan kepastian.
Sampai sekarang dia tidak pasti sama ada suaminya itu pernah memiliki perasaan pada kakaknya ataupun tidak.
"Sofi,soalan apa ni?" kata Fawwaz Rizqi seakan hendak mengelak.
"Jawab je lah.Sofi nak tahu.Abang jujur je.Kalau ada,Sofi tak marah.Sofi just nak tahu.."
"Tak pernah.Abang tak pernah ada perasaan pada Fiyya.." balas Fawwaz Rizqi.
Dia sendiri tidak pasti adakah dia jujur ataupun tidak.Tapi yang pasti dia membenci gadis itu.
Gara-gara gadis itulah,daddynya meninggalkannya!
"Betul?"
"Ye,Sofi.Dah,tak payah nak tanya benda-benda mengarut.Lepas ni,kita just enjoy our life.Tak payah fikir pasal orang luar.."
"Ayong bukan orang luar lah.Ayong kakak Sofi.."
"Ye lah.."
"Abang betul-betul nak pindah ke?"
"Tu cadangan abang je.Kalau Sofi tak nak,tak pe.Abang takkan paksa.."
"Sofi ikut abang je.Mana yang abang rasa terbaik,Sofi okay je.."
Fawwaz Rizqi tersenyum.Bersyukur memiliki isteri sebaik Sofiyya.
"Okay,nanti abang carikan umah kita.Sofi nak yang macam mana?Kondo?Banglo bertingkat-tingkat?Penthouse?"
"Abang ni,bagi Sofi,Sofi tak kisah.Asalkan ada tempat berlindung pon dah okay.."
"Kalau macam tu,kita bawah jambatan je lah.Boleh berlindung jugak kan?" usik Fawwaz Rizqi.
"Abang!"
Pinggang suaminya dicubit geram.Main-main pula!
"Tadi kata nak tempat yang boleh berlindung.."
"Ishh!Malas lah cakap dengan abang ni!Anoyying!"
Sofiyya mula berdiri.Dia meninggalkan halaman rumah dan masuk ke dalam.
Fawwaz Rizqi tersengih.Baru dua hari bernikah,hidupnya terasa bahagia.
Sweet tak Sofi ngan Fawwaz?😉😂
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Teen Fiction#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...