🌸bab 43🌸

3.9K 129 9
                                    

Safiyya tersenyum melihat kemesraan Sofiyya dan Fawwaz Rizqi.Dia juga berharap dipertemukan dengan lelaki seperti adik iparnya satu hari nanti.

"Fiyya,buat apa kat situ?" ujar Puan Salmah.

"Tak de apa lah,nek.."

Safiyya tersenyum kemudian mendekati neneknya yang duduk di ruang tamu itu.

"Fiyya intai Sofi dengan Fawwaz ehh?" kata Puan Salmah.

Bukan dia tidak tahu cucu sulungnya itu dari tadi berdiri di balik tiang itu.

"Fiyya suka tengok dorang.Erm..dah lama ke dorang kahwin?"

"Lebih kurang tiga bulan dah.Kenapa?"

"Tak de pape.Fawwaz tu baik kan nek?"

"Fiyya memang tak ingat Fawwaz?" sengaja Puan Salmah mahu menduga cucunya.

"Kitaorang pernah kenal ke nek?"

"Tak lah.Saja nenek cakap macam tu.."

"Borak apa cucu dengan nenek ni?" kata Natalia.

"Ishh,korang ni!Sibuk je.Jeles lah tu tak de nenek.."

Farhana sudah mengekek ketawa melihat wajah merajuk Natalia.

"Kau ni,Fiyya.Jahat lah.." ujar Natalia.

"Gurau jelah.Tu pon nak merajuk.."

"Petang ni nak ikut nenek tak?" kata Puan Salmah.

"Pergi mana nek?" soal Farhana.

"Jalan-jalan.Pastu jumpa kawan nenek.Cucu dia baru lepas bersalin tau.."

"Yes,pergi tengok baby!Fiyya nak ikut.."

"Kau ni.Perangai macam budak-budak.." ujar Natalia.

"Baby comel lah.Aku geram tengok dia.."

"Kalau geram,cepat-cepat lah kahwin.Dukung anak sendiri.." kata Puan Salmah.

"Fiyya memang nak kahwin tapi tulah.Calon tak de.."

"Gatal!" kata Farhana dan Natalia serentak.

🌸🌸🌸

Safiyya mendukung bayi lelaki yang baru 2 minggu dilahirkan.Mujur bayi itu tidak mudah menangis.

"Sayang.." ujar Safiyya.

Bayi itu terkebil-kebil memandang ke arah Safiyya.Safiyya menghadiahkan senyuman kepada bayi itu.

"Boleh jadi ibu orang dah ni.." kata Nek Senah,kawan Puan Salmah.

Safiyya hanya leka dengan bayi itu.Comel sangat.

"Ayong,Sofi nak dukung pulak.." kata Sofiyya.

Safiyya menghulurkan bayi lelaki itu kepada Sofiyya.Fawwaz Rizqi disebelah isterinya hanya memerhati.

Safiyya dan sahabat-sahabatnya beredar dari situ.Mereka menuju ke kolam ikan yang berada di halaman rumah itu.

"Fiyya,kau tak nak balik KL ke?" soal Farhana.

"Kat sini best lah.Malas lah nak balik KL.Mana tahu aku tersangkut dengan orang sini ke nanti kan?" balas Safiyya.

Sempat lagi dia menggedik.Safiyya tersengih.

"Sempat lagi ehh kau?" kata Natalia.

"Erm..korang,aku ada benda nak tanya ni.."

"Apa dia?"

Farhana dan Natalia memandang Safiyya serentak.Macam serius je bunyinya.

"Aku ada mimpi something.Pasal sorang lelaki ni tapi aku tak nampak sangat wajah dia.Kata-kata dia kebanyakkan macam marah aku tapi kadang-kadang kata-kata dia macam nasihatkan aku pon ada.Aku ada buat salah kat dia ke?"

Farhana dan Natalia berpandangan sesama sendiri.Mereka hanya memikirkan seorang lelaki sahaja.

Rasanya lelaki itulah.Siapa lagi?Apa lah yang akan terjadi jika ingatan sahabat mereka itu pulih kembali?

"Kau tak de salah dengan siapa-siapa.Mungkin mimpi tu nak kejutkan kau solat ke?Mana tahu kan?" kata Natalia ingin menyedapkan hati Safiyya.

"Tapi waktu tu baru 3.30 pagi.." kata Safiyya.

"Mainan tidur je lah tu.Tak payah fikir sangat.Tak penting pon benda tu.." ujar Farhana pula.

"Ataupon kan,dia jodoh aku?" kata Safiyya yakin.

"Tak,aku tak rasa dia jodoh kau.." kata Natalia.

"Ala,korang ni.Tak support member lah.."

Safiyya memasamkan mukanya.

"Fiyya,nenek suruh masuk.Makan.." ujar Fawwaz Rizqi yang tiba-tiba muncul.

"Okay.." balas Safiyya.

Farhana dan Natalia memandang mereka berdua pelik.

"Amboi,Fiyya je ke kau ajak?Kitaorang?" kata Farhana.

"Ye lah.Korang sekali lah.."

"Kau masuk dulu.Kejap kitaorang masuk.."

Fawwaz Rizqi beredar dari situ.

"Fiyya,kau dengan Fawwaz ni ada pape ke?" soal Natalia.

"Mana ada pape.Kitaorang macam kakak ipar dengan adik ipar je.Kenapa?"

"Kenapa dia tak bahasa kau 'ayong'?"

"Dia cakap kat aku yang kitaorang sebaya.Aku pon ikutkan jelah.Fawwaz tu baik orang.Takkan lah dia nak mainkan adik aku pulak?Jomlah masuk.Nanti nenek cakap apa pulak.."

Safiyya terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam rumah.Farhana dan Natalia mengikuti langkah Safiyya dari belakang.

Baby comel kan?Geram tengok dorg😅😅

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now