Haziera dan Safiyya terserempak semasa membeli barang keperluan di D'mart.
"Sorang je?" tegur Haziera.
Matanya meliau mencari suami bekas adik iparnya.
"Sorang je lah.Kenapa,Kak Long?"
"Kau tak payah nak panggil aku 'Kak Long' sangat ehh.Kita ni dah tak de pape hubungan keluarga.."
"Fiyya cuma hormat Kak Long je.."
Safiyya masih berdegil.Rasanya tidak salah dia memanggil dengan panggilan itu.
"Ohh,lupa nak bagitahu kau.Tak sangka kan,suami kau tu pandai mengoda orang.Cair jugak lah aku semalam.." sengaja Haziera mengada-adakan cerita.
Biar Safiyya sakit hati!
Safiyya sudah sedikit lagi mahu termakan dengan kata-kata bekas kakak iparnya itu namun cepat-cepat dia berlagak selamba.
"Fiyya percayakan suami Fiyya.Fiyya tahu Fawwaz macam mana orangnya.." balas Safiyya nekad.
"Kau tak payah nak percaya sangat suami kau tu.Semua lelaki sama je,Fiyya.Takkan cukup satu.Silap hari bulan,kita dua ni jadi madu tau.."
Ye,itulah yang terjadi pada dirinya dahulu.Bekas suaminya menikahi satu lagi.Disebabkan dia tidak mahu bermadu,dia sendiri ingin diceraikan.
"Terpulanglah Kak Long nak cakap apa pon.Fiyya tak kisah.Fiyya minta maaf klau selama ni Fiyya banyak buat salah pada Kak Long.."
Haziera pula sakit hati dengan Safiyya.Baru dia ingin sakitkan hati bekas adik iparnya,balik-balik dia yang sakit hati.
"Aku balik dulu lah.." sempat dia melanggar bahu Safiyya.
🌸🌸🌸
Sedang dia menyuap nestum ke dalam mulut si kecil,terasa pinggangnya dicuit.
Dia pantas menoleh.
"Abang!Janganlah!" marah Safiyya.
Fawwaz Rizqi hanya menayangkan wajah tidak bersalah.Suka dia melihat Safiyya dalam keadaan kegelian.
"Sayang ni asyik suap Qira je.Dah lama kita tak makan suap-menyuap.." rungut Fawwaz Rizqi.
"Abang ni mengada tau?Qira ni kecil lagi.Mana dia pandai makan sendiri.Lainlah abang.Dah tua.." sempat Safiyya mengutuk suaminya.
"Amboi!Kalau abang tua,sayang pon tua sekali tau.."
Syaqira yang berada di kerusi khasnya memandang mama dan papanya terkebil-kebil.
Sesekali dia ketawa.Mungkin faham mama dan papanya sedang bergurau.
"Abang.."
"Ye?"
"Hurm..abang sayang Fiyya tak?Sayang banyak ke sayang sikit?" soal Safiyya ingin tahu.
"Sayang sikit je.Abang sayang Qira dan Fira banyak.." gurau Fawwaz Rizqi.
"Okay.."
Safiyya meletakkan bekas nestum di atas meja.Dia mengambil kain bagi mengelap bibir si kecil yang comot.
"Sayang merajuk ke abang cakap macam tu?"
"Tak de lah.."
"Betul ni?"
Safiyya menganggukkan kepalanya.
Fawwaz Rizqi mencapai kedua-dua belah tangan isterinya.Diletakkan kain yang dipegang oleh Safiyya ke tepi.
"Abang sayang isteri abang ni banyak-banyak.Tak terkira,sayang.Lagi satu,klau abang tak sayang,macam mana Qira boleh ada kan?"
"Ishh!"
"Betul lah.."
"Erm..abang ada terfikir tak nak kahwin lain?"
"Ada.." balas Fawwaz Rizqi dengan yakin.
"Ada?Dengan siapa?Dengan Dania ke?" kata Safiyya dengan sedikit nada kecewa.
Fawwaz Rizqi ingin ketawa melihat wajah isterinya yang mula muram.Dia kembali beriak selamba.
"Kenapa sayang rasa Dania?"
"Abang ada orang lain ke?Abang cakap abang sayang Fiyya tapi kenapa abang nak kahwin lain pula?"
Akhirnya terlepas juga ketawa Fawwaz Rizqi.Safiyya memandang suaminya pelik.
"Abang,Fiyya tanya ni.Jawablah.." gesa Safiyya.
"Abang nak kahwin dengan Nurul Safiyya binti Nizam je.Takkan ada yang lain.."
"Ishh,bencilah!"
Segera Safiyya melepaskan pegangan suaminya.Suka main-main!
"Sayang marah ke?"
"Tak lah.Fiyya okay je.."
"Okay-okay.Abang minta maaf.Abang bergurau je.."
"Tak kelakar lah.Abang tahu tak?Fiyya rasa macam nak mati je bila abang cakap abang nak kahwin lain.Fiyya rasa macam Fiyya ni bukan isteri yang terbaik untuk abang sampaikan abang nak cari yang lain.."
Fawwaz Rizqi mula berasa serba salah.Niatnya hanya ingin bergurau sahaja.Tidak sangka pula isterinya akan sensitif sebegini.
"Janganlah sampai nak mati.Abang tak nak hilang sayang lagi.Qira dengan Fira pon tak puas lagi nak bersama mama dorang yang cantik ni.." pujuknya.
"Betul abang tak nak dan takkan kahwin lain?" sekali lagi soalan itu diajukan.
Safiyya menginginkan kepastian suaminya.
"Kenapa sayang tanya macam ni?"
"Kak Long cakap abang ada goda dia semalam.Betul ke?"
Fawwaz Rizqi sedikit terkejut dengan kata-kata isterinya.Bila masa pula dia goda bekas kakak ipar isterinya?
"Abang goda Kak Long?Merepek lah,sayang.Sayang percaya kan abang tak buat semua tu?"
"Ye,Fiyya percayakan abang.Fiyya tahu abang hanya cinta dan sayangkan Fiyya seorang je.."
"Pandai pon.."
Sempat Fawwaz Rizqi mencium pipi isterinya.Safiyya hanya tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Novela Juvenil#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...