🌸bab 95🌸

5K 150 0
                                    

Safiyya berdiri di balkoni luar pada malam itu.Dia menghirup udara malam.Sempat dia termenung.

Fawwaz Rizqi yang sudah bersiap-siap mahu tidur terbantut seketika langkahnya ke katil apabila melihat sliding door terbuka.

Tambahan pula,melihat ketiadaan isterinya.Faham lah dia yang Safiyya kemungkinan berada di situ.

"Kau buat apa kat luar ni?Kau tak tahu ke sekarang ni dah malam?Cuba lah jangan cari penyakit,Fiyya.." ujarnya.

Safiyya menoleh ke arah suaminya.Senyuman manis terukir pada bibirnya.

"Saja.." balasnya sepatah.

"Saja?Dah,masuk.." arah Fawwaz Rizqi sedikit tegas.

Cakap baik-baik bukan isterinya itu mahu mendengar.Nak kasar-kasar,baru dengar kata!

"Alah,kejap lah.Kau masuk lah dulu.Kejap lagi aku masuk.Okay?"

"Boleh percaya ke kau ni?"

"Betul lah.."

Safiyya kembali memandang pemandangan malam itu.

"Fiyya,ada something yang ganggu fikiran kau ke?" ujar Fawwaz Rizqi.

Dahi Safiyya sedikit berkerut.

"Maksud kau?"

"Kau menungkan apa tu?Kan aku pernah cakap,kalau ada masalah,kita bincang.Aku tak nak lah kau sakit sebabkan hal-hal remeh.."

"Tak de apa lah.Aku cuma terfikir.Macam mana lah keadaan Lysa dengan Bella sekarang?" jujur Safiyya berkata.

"Kau fikirkan dorang?Fiyya,dorang tu dah buat jahat pada kau pon kau masih lagi nak fikirkan dorang?Peliklah kau ni,Fiyya.."

Fawwaz Rizqi ketawa.

"Kau tak nak jamin dorang?"

"Fiyya,apa kau ni?Aku takkan jamin orang yang buat aku hampir hilang kau.Cukuplah aku hilang daddy aku disebabkan dorang!"

Suara Fawwaz Rizqi sedikit meninggi.

"Apa maksud kau?" soal Safiyya tidak mengerti dengan ayat terakhir suaminya.

"Dorang penyebab daddy aku meninggal!Kau nak aku jamin orang macam tu?Takkan,Fiyya!Biarlah dorang meringkuk dalam penjara tu!"

"Dorang yang rancang kemalangan tu?" kata Safiyya seakan tidak percaya.

"Bukan setakat kemalangan tu je.Kemalangan kau pon dorang yang rancang.Dorang memang nak kau mati,Fiyya.Takkan orang macam tu,kau masih nak suruh aku jamin?"

Safiyya terdiam seketika.Terkejut dengan kebenaran yang diberitahu suaminya.Dia tidak menyangka kemalangan yang melibatkan Tengku Raziq tempoh lalu,mereka puncanya.

"Aku tanya kau ni,Fiyya.Patut ke aku jamin orang macam tu?"

Safiyya memandang suaminya.Tangan suaminya diraih.

"Aku minta maaf,Fawwaz.Aku tahu selama ni,aku terlalu percayakan dorang sampaikan aku tuduh kau macam-macam.."

"Kau tak salah,Fiyya.Semua ni sebab salah faham.Insya-Allah,lepas ni,kita akan bina bahagia kita sendiri.Aku takkan benarkan sesiapa usik keluarga aku lagi.."

Safiyya tersenyum.Terharu dengan kata-kata Fawwaz Rizqi.

"Dah lah,jom masuk.." ajak Fawwaz Rizqi sambil menarik tangan isterinya ke dalam bilik.

Sliding door ditutup rapat.Begitu juga dengan lampu.

🌸🌸🌸

"Makan apa tu?" soal seseorang.

Safiyya menoleh.

"Mama!Nenek!Kenapa datang sini tak bagitahu?" ujar Safiyya teruja.

Tubuh mama dan neneknya dipeluk serentak.

"Fawwaz lah.Katanya jangan bagitahu Fiyya klau nak datang.." kata Puan Suraya.

Safiyya memandang suaminya.Fawwaz Rizqi hanya tersengih.

"Buah kiwi?Nenek rasa cicit nenek yang kali ni,perempuan jugak lah.." kata Puan Salmah apabila melihat cucunya enak makan buah kiwi.

"Fiyya memang nak perempuan nek.Senanglah Fira nak berkawan nanti.." ujar Safiyya menyokong firasat neneknya.

Harap betul lah.

"Fawwaz nak lelaki,nek.Senang sikit Fawwaz nak jaga dia.Nak jadikan dia hensem macam Fawwaz.." sempat Fawwaz Rizqi membangga diri.

"Mama tak kisah lelaki ke perempuan.Janji sihat.." kata Puan Suraya pula.

"Alang-alang nenek dengan mama datang ni,boleh tak masakkan isteri Fawwaz ni gulai tempoyak ikan patin?Semalam ada orang tu mintak.." adu Fawwaz Rizqi.

Sempat Safiyya mencubit lengan suaminya.

"Lah,Fiyya mengidam ke?Boleh.Apa salahnya?" kata Puan Salmah.

"Tak susahkan nenek ke?Fiyya cuma teringin je.Kalau tak dapat tak pe.Fiyya tak kisah pon.."

"Apa yang susahnya?Fiyya anak mama dan cucu nenek.Tak susah lah.." ujar Puan Suraya pula.

"Jom,Su.Kita ke dapur.." ajak Puan Salmah.

Setelah mama dan nenek beredar ke dapur,sekali lagi Safiyya mencubit lengan suaminya.

"Aduh!Apa kau ni?" ujar Fawwaz Rizqi sambil berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

"Kenapa bagitahu nenek?"

"Ye lah,dah kau nak.Tak salahkan?"

"Memang lah aku tapi ni macam dah susahkan nenek dengan mama.."

"Tak de yang susahkan,Fiyya.Aku kan dah cakap,klau kau mengidam,aku akan usahakan sampai kau dapat apa yang kau nak.Remember?"

"Okay.."

Safiyya mula mengalah.





DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now