🌸special chapter 4🌸

3.6K 121 6
                                    

Fawwaz Rizqi kelihatan sudah nyenyak tidur.Jarang suaminya itu tidur awal.Bila ditanya,penat katanya.

Safiyya memerhati suaminya.Agak lama dia menatap wajah suaminya.Kata-kata Kak Long dan nenek terngiang-ngiang di telinganya.

Jam yang tergantung pada dinding hampir menunjukkan ke angka 12 tengah malam.Entah mengapa matanya tidak mahu tutup.Dia juga tidak berasa mengantuk.

Dia menjengah ke buaian yang menempatkan Syaqira.Mujurlah puterinya itu sedang tidur nyenyak.Harap dia tidak meragamlah.

Dia kemudian keluar dari bilik.Ruang tamu ditujunya.Tv dipasangnya.Dia mencari siaran yang menarik minatnya.

Fawwaz Rizqi yang hanya berpura-pura tidur segera membuka matanya apabila melihat Safiyya tiada di sebelahnya.

Agak lama juga dia menanti kehadiran isterinya.Dalam fikirannya kemungkinan isterinya itu ke dapur.Barangkali haus.

Setelah hampir sejam menanti,Safiyya masih lagi tidak muncul-muncul.Dia mengambil keputusan untuk melihat keberadaan isterinya.

Terdengar suara tv,tahulah dia yang isterinya itu berada di ruang tamu.Dia menuju ke arah itu.

Hampir terjerit sedikit Safiyya apabila tiba-tiba sahaja suaminya itu muncul.Bukankah tadi suaminya itu sudah tidur?

"Bukan kau dah tidur ke?" soal Safiyya pelik.

"Dah kau tak de.Aku pon tersedarlah.Kau kenapa tak tidur lagi?" balas Fawwaz Rizqi.

"Aku tak mengantuk lagi.Kau tidurlah dulu.Kejap lagi aku masuk.."

"Fiyya.."

"Ye?"

Safiyya memandang wajah suaminya yang agak serius itu.Barangkali ada perkara serius yang mahu dibincang.

"Aku ni tak layak ke nak bahagiakan kau?Aku ni tak layak jadi suami kau ke?"

Dahi Safiyya sedikit berkerut.Macam mana soalan itu boleh terbit pada bibir Fawwaz Rizqi?

"Aku terdengar perbualan kau dengan nenek waktu kat dapur.Aku minta maaf lah aku curi-curi dengar.Aku nak kau tahu,aku kecewa bila dengar kau cakap kau keliru dengan hubungan ni.Betul cakap nenek.Sepatutnya kau cakap macam tu sebelum kita sah jadi suami isteri.Bukan sekarang.."

"Erm..Fawwaz.Aku.."

Safiyya kehilangan kata-katanya.Dia berasa serba salah apabila mendengar kata-kata suaminya.Tidak menyangka pula Fawwaz Rizqi mendengar perbualan tersebut.

"Aku tahu sebab aku,Hafiey meninggal.Sepatutnya aku tak perlu jujur pon perasaan aku terhadap kau pada dia.Aku sedar aku salah.Niat aku waktu tu hanya nak berterus terang.Tak de langsung niat aku nak rampas kau dari dia.." jujur Fawwaz Rizqi berkata.

Safiyya mengeluh perlahan.Benar kata suaminya itu.Mengapa dia harus terpengaruh dengan kata-kata Kak Long?Hafiey sudah tiada.Kini,Fawwaz Rizqi adalah kebahagiaannya.

"Dah hampir 2 tahun kita bina hidup bersama,Fiyya.Kalau kau rasa kita tak serasi,lebih baik kita berpisah.Aku tak nak orang yang aku sayang terluka,tak bahagia hidup bersama aku.Aku rela lepaskan kau walaupon aku tak nak perkara macam ni berlaku.."

Fawwaz Rizqi benar-benar kecewa.

Safiyya terkejut mendengar kenyataan suaminya.Adakah mimpi tempoh hari adalah petunjuk?

"Aku masuk bilik dulu.Semuanya aku serahkan pada kau.Kalau itu yang terbaik untuk kita,aku akan turutkan.."

Fawwaz Rizqi segera bangun dan beredar dari situ.Sempat dia mengucup dahi bersih isterinya.

🌸🌸🌸

Fon Fawwaz Rizqi berdering menandakan ada yang menghubunginya.Tertera nama Aqeef.Punat hijau segera ditekan.

"Ada apa?"

"Salam mana salam?"

"Assalamualaikum,sepupuku yang tersayang.." sempat dia memerli Aqeef.

"Waalaikumusalam,sepupuku yang amat poyo.."

"Ada apa call aku ni?Rindu ke?"

"Saja nak tanya khabar kau.Apa cerita kat kampung tu?Best?"

"Bolehlah.."

"Fawwaz,kau okay tak?Orang sepatutnya happy duduk kat sana tu.Kau?Bolehlah?"

"Aku tak tahu nak buat apa dah.Aku serahkan semuanya pada Fiyya.Kalau dia nak berpisah,aku terpaksa lepaskan dia.."

"Woi!Apa kau merepek ni?!"

Aqeef sedikit menjerit apabila mendengar kata-kata sepupunya.

"Aku cakap benda betul lah.Kau bayangkan,dah hampir 2 tahun kitaorang bersama,pastu tiba-tiba muncul isu dia kata dia keliru.Mana aku tak bengang?Sekarang ni,aku bagi dia buat keputusan.."

"Kau ni,Fawwaz.Cuba lah berbincang elok-elok.Takkan semudah ni kau nak mengalah?Kau dah lupa betapa susahnya korang nak bersama?Fikir lah balik,Fawwaz.Aku tak nak kau menyesal.."

"Kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu je ke?Taklah!Aku masih sayang family aku.Aku saja nak biar Fiyya fikir perasaan aku juga.."

"Kau ni,tak baik tau buat dia serba salah macam tu.."

"Aku tahulah apa yang aku buat.Kau cuma perlukan doakan kitaorang je.."

"Ye,setiap kali aku doa lepas solat,nama kau sentiasa aku sebut.Baik kan sepupu kau ni?Kau je yang selalu tak ingat aku.Ingat aku pon time susah je.." ujar Aqeef seakan berjauh hati.

"Kaulah yang poyo tu!Okay lah,aku tutup dulu.Aku nak sambung buat drama dengan Fiyya.Bye,assalamualaikum.."

Talian segera diputuskan.Wajahnya sengaja ditegangkan.

Dia masuk ke dalam bilik.Sempat dia memandang ke arah isterinya yang sedang memakaikan Syaqira baju.Maklumlah,baru mandi.

Dia kembali keluar.Dapur ditujunya.Kelihatan Puan Salmah sedang memotong bawang.Mungkin untuk persediaan makanan tengahari.

Dia menegur Puan Salmah.

"Nek buat apa tu?"

"Potong bawang ni hah.Nenek ingat nak masak ikan siakap masak tiga rasa.."

"Ohh.."

"Fawwaz,nenek harap kamu tak lepaskan Fiyya.Maaflah,nenek terdengar perbualan korang malam tadi.Sekali kita dah jatuhkan talak tu,kita tak boleh berundur balik.Nenek sayang kamu berdua.." kata Puan Salmah.

"Insya-Allah.Fawwaz ingat pesan nenek.." balas Fawwaz Rizqi sambil tersenyum nipis.


Promote

Renungan kasih by AM05_AI03

Support buku tu👆okay?Dlm tu ada byk kata2 semangat.Happy reading😍

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now