Sofiyya berdiri di singki.Tangannya lincah mencuci pinggan dan gelas yang telah digunakan.
Fikirannya melayang pada kata-kata Bella Airina.
"Tinggalkan Fawwaz.Tu je I nak.Tu pon kalau you nak rahsia ni tak terbongkar lah.."
Sanggup ke dia meninggalkan suaminya?Tak,sungguh dia tidak mahu meninggalkan suaminya yang dicintainya itu.
Sedang dia asyik berfikir,terasa ada tangan memeluk pinggangnya.Terkejut dia.
"Hei,abang panggil bukan nak dengar.Sibuk dengan pinggan dia.." rungut Fawwaz Rizqi.
Sofiyya tersenyum.Tangan Fawwaz Rizqi kini beralih ke perutnya.Diusap-usap perlahan perut Sofiyya.
"Abang,geli lah.Sofi nak cuci pinggan pon tak selesa.."
"Ala,bukan abang buat apa pon.Peluk je.Lagipon anak abang ni nak suruh abang usap.."
"Mengada!"
Sofiyya yang sudah siap mencuci berpaling ke arah suaminya.Wajah suaminya dipandang.
Fawwaz Rizqi menghadiahkan senyuman untuk isteri kesayangannya itu.
"Abang,kalau Sofi tinggalkan abang,abang okay tak?"
"Hei,soalan apa ni?Kalau sayang berani,sayang buatlah.Abang akan pastikan abang akan jumpa sayang.Abang tak izinkan sayang tinggalkan abang.Kenapa?Teringin nak tinggalkan abang ke?" kata Fawwaz Rizqi.
Bukan dia tidak perasan.Sejak akhir-akhir ini,Sofiyya lain sangat.Suka termenung.
"Tak lah.Sofi saja nak test abang.."
Air liur ditelan perlahan.Takut Sofiyya melihat wajah sedikit tegang suaminya.
🌸🌸🌸
Fawwaz Rizqi dan Riezq Farhan serta Hykarl Arriz berkumpul di sebuah kedai makan.
Risau juga dia ingin meninggalkan Sofiyya seorang diri di rumah.
"Kau pahal?Macam ada masalah je.." kata Riezq Farhan.
"Tak de apa lah.Aku risaukan Sofi je.." balas Fawwaz Rizqi dengan riak wajah risau.
"Lah,kalau macam tu,apa kau buat kat sini?Klau risau,balik je lah.Kitaorang okay.." kata Hykarl Arriz pula.
"Bukan risau keselamatan ke apa.Aku risau tengok Sofi sekarang ni.Dia suka termenung.Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.."
"Dia risau pasal Fiyya kot.Ye lah,kau tak takut ke klau Fiyya ingat?"
"Pasal Fiyya?Kau fikir kalau Fiyya dapat ingat semula nanti,dia akan rosakkan rumahtangga aku ke?Aku tak rasa Fiyya macam tu.." ujar Fawwaz Rizqi penuh yakin.
Dia yakin Safiyya tidak akan buat begitu.
"Kalau kau percaya Fiyya takkan rosakkan kebahagiaan kau,kenapa kau tak percaya yang bukan dia yang rancang kematian daddy kau?" kata Hykarl Arriz.
Kata-kata Hykarl Arriz membuatkan Fawwaz Rizqi tersentak.Dia terdiam seketika.
"Okay,aku bukan tak percaya.Aku.."
"Kira kau tak percaya lah tu.Fawwaz,Fiyya tu waras lagi.Dia takkan lakukan benda-benda mengarut macam tu.." pintas Riezq Farhan.
Sedang mereka berbual,Bella Airina menegur mereka.
"Hai,bertiga je?" sapa Bella Airina.
"Ye lah,kau ada nampak berempat ke kat sini?" sindir Hykarl Arriz.
"Berempat tu,I lah.Pandai you buat lawak,Karl.."
Bella Airina ketawa.
"Dah alang-alang kau ada kat sini,duduk lah.Aku ada benda nak cakap sikit.." kata Fawwaz Rizqi serius.
Hykarl Arriz dan Riezq Farhan memandang Fawwaz Rizqi pelik.Apahal ajak minah ni duduk pulak?
"Lysa cerita apa kat Fiyya?Mesti kau dengan Lysa ada plan kan?"
"Dia cerita benda betul lah kot kat pompuan tu.Kenapa you?You takut Fiyya tahu ke?Kitaorang ni kesiankan Fiyya.Sian tau diperbodohkan macam tu.Kitaorang just tolong.Mana tahu dengan pertolongan kitaorang ni,Fiyya ingat?"
Bella tersenyum sinis.
"Aku tak takut pon.Boleh tak,kau pesan kat kawan kesayangan kau tu biar Fiyya ingat sendiri.Jangan ganggu dia lagi.Kalau tak,aku tahu nak buat apa kat orang macam korang ni.." ugut Fawwaz Rizqi.
Sudah beberapa kali dia melihat Bella Airina dan Lysa Qyrina bertemu.Pelik juga dia.Bagaimana boleh kenal?
"Kitaorang bukan kawan tapi cousin.."
"Ohh,kau sepupu ngan Lysa?Patutlah perangai pon dua kali lima je.." kata Hykarl Arriz terkejut mendengar kenyataan Bella Airina.
"You ni masih care lagi kan psal Fiyya?Kenapa?You tiba-tiba rasa sukakan Fiyya ke?I kesianlah kat Sofi.Tak baik tau you buat dia macam tu.I takut dia tinggalkan you je satu hari nanti.Waktu tu you nak menyesal pon tak guna dah.."
Fawwaz Rizqi tiba-tiba pelik pula dengan percakapan Bella Airina.
"Kau ada jumpa Sofi ke sebelum ni?" soalnya.
"Tak..tak de.Buat apa I nak jumpa dia?"
Bella Airina mula cuak.Kenapa lah mulutnya begitu lantang berbicara tanpa sedar apa yang dia cakapkan?
"Aku dapat tahu kau kacau Sofi,kacau keluarga mertua aku,kau dengan Lysa memang nak kena!Waktu tu aku takkan lepaskan korang!" nekad Fawwaz Rizqi.
Bella Airina segera meminta diri.Terasa seram pula dengan ugutan lelaki itu.
Sian Sofi😭Bella ni.Pdn muka.Sikit je lg nak kantoi😂😂Fawwaz mmg terbaik!😍
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Fiksi Remaja#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...