🌸bab 51🌸

3.6K 120 3
                                    

"Sorry,aku lambat.." ujar Aqeef sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Natalia.

"Tak pe.Dah biasa macam ni.." balas Natalia.

"Jalan jammed tadi.."

Aqeef masih mahu membela dirinya.

"It's okay,Encik Aqeef.Saya tak ambil hati pon.."

Setelah makanan dan minuman yang dipesan sampai,mereka memulakan perbualan.

"So,kenapa dengan Fiyya?Dia nampak lain sangat.."

"Fiyya amnesia.."

"Ohh,jadi sebab tu Fawwaz kahwin dengan Sofi?"

"Boleh dikatakan tu sebabnya.Erm..Aqeef,aku sayangkan Fiyya.Aku risau kalau ingatan dia dah pulih nanti.Aku takut dia tak dapat terima semua ni.."

Aqeef menghirup fresh orange kegemarannya.

"So,apa je yang Fiyya ingat?" soal Aqeef ingin tahu.

"Dia hanya ingat orang yang dia rapat je.Tu pon sikit-sikit.Tah lah.Sekarang ni dia kat hospital.Aku nak lawat dia kejap lagi.Kau nak ikut?" kata Natalia.

"Fiyya masuk hospital?Kenapa?"

"Dia pengsan.Aku tahu pon sebab Arisya call bagitau.."

"Kalau macam tu lepas makan ni kita lawat Fiyya.."

"Okay.."

Masing-masing menghabiskan minuman dan makanan.Setelah selesai,Aqeef mula berdiri.

"Kau nak pergi mana?" soal Natalia pelik.

"Aku nak bayarlah.Kau ingat free makan kat sini?" sempat Aqeef menyindir.

"Kau bayar kau punya je lah.Aku boleh bayar sendiri.."

"Tak payah nak mengada.." kata Aqeef kemudian terus melangkah ke kaunter.

Natalia hanya memerhati.Serba salah pula rasanya.

Setelah itu,masing-masing menuju ke arah kereta yang diparking sebelah menyebelah.

Belum sempat Aqeef masuk ke dalam kereta,Natalia cepat-cepat mengucapkan terima kasih.

Aqeef hanya mengangguk kemudian segera masuk ke dalam kereta.

🌸🌸🌸

Sofiyya masuk ke dalam bilik yang menempatkan kakaknya.Kelihatan kakaknya sedang berehat.

"Ayong.." ujarnya.

"Ehh,Sofi.Kenapa datang sini?Sofi drive sendiri ke?Bahaya lah.." kata Safiyya.

"Ala,dekat je pon.Fawwaz ada hal hari ni.Sofi malas lah ganggu dia.."

"Sorry disebabkan ayong sakit,Sofi susahkan diri datang sini.." ujar Safiyya serba salah.

"Ayong cakap apa ni?Ayong tak susahkan Sofi lah.."

Sedang mereka berbual,pintu bilik dibuka.Terjengul wajah Natalia dan Aqeef.

"Fiyya,kau dah sedar?Bila kau sedar?" soal Natalia sambil mendekati sahabatnya.

"Pagi tadi.Amboi,datang berdua nampak.." usik Safiyya sambil tersenyum.

"Ehh,Sofi sorang je?Mana Fawwaz?" soal Aqeef yang perasan Sofiyya keseorangan.

"Fawwaz ada hal.." balas Sofiyya.

"Ohh.."

"Kau sihat?" soal Aqeef kepada Safiyya.

"Sihat,alhamdulillah.Macam mana awak tahu saya kat sini?"

"Sahabat kau ni lah yang bagitau aku.." balas Aqeef sambil memandang ke arah Natalia.

Sekali lagi pintu dibuka.Fawwaz Rizqi segera mendekati Sofiyya.

"Sorry,sayang.Abang ada hal pulak tadi.Sayang okay kan drive tadi?" kata Fawwaz Rizqi sedikit cemas dengan keadaan isterinya.

"Tak pe,abang.Abang dah makan?"

"Belum lagi.Sayang?"

Safiyya hanya memerhati pasangan itu.Dia teringat akan kata-kata Lysa Qyrina.

"Kau tak percaya?Fiyya,Fawwaz tu sebenarnya tunang kau tapi disebabkan kau accident,dia kahwin dengan Sofi.Sofi tu pengkhianat,Fiyya.Dia tu penipu.Kau akan anggap dia sebagai adik ke klau perangai dia macam tu?Aku kesiankan kau.Aku tak boleh tengok kau diperbodohkan macam ni.."

Natalia yang perasan Safiyya melihat ke arah pasangan itu mula risau.

"Fiyya,bila kau boleh balik?" sengaja dia mengajukan soalan itu.

"Ohh,insya-Allah esok kot.."

"Ohh.."

"Erm..kitaorang pergi kafe kejap ye?Qeef,kau buat apa kat sini?Tak kerja ke?" kata Fawwaz Rizqi sambil memandang ke arah sahabatnya.

"Aku lawat staf aku lah.Tak boleh ke?" balas Aqeef.

"Hurm..kitaorang keluar dulu.."

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi melangkah keluar.

"Fiyya,kau okay?" soal Natalia.

"Erm..Fawwaz tu tunang aku ke?"

Soalan Safiyya membuatkan Natalia dan Aqeef berpandangan sesama sendiri.

"Err..kau dah ingat ke?"

"Tak,Lysa yang cakap.."

"Lysa jumpa kau?Apa lagi yang dia cakap kat kau?"

Natalia mula ingin berangin.

"Dia cakap pasal Fawwaz,pasal mama aku.Aku tak tahu nak percaya ke tak cakap dia.."

"Jangan percaya cakap dia.." larang Natalia.


Hehehe,sweet x Aqeef ngan Natalia?😉Adoi,bila baca balik cite byk pulak typonya.Sorry ye.Lg satu,idea x bpe nk ada lah.Sorry again😔😔

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now