🌸bab 8🌸

4.3K 166 2
                                    

Satu sekolah sudah heboh kerana mengetahui Fawwaz Rizqi berketurunan raja.

Tiba di dalam kelas,Fawwaz Rizqi memerhati sekeliling.Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Tengku Fawwaz Rizqi dah sampai.." ujar salah seorang geng diva kelas itu,Lysa Qyrina.

Satu kelas bersorak.Natalia dan Farhana kelihatan teruja.Arisya pula hanya memerhati.

Hanya Safiyya yang malas mengambil tahu.Dia hanya menyiapkan kerja sekolahnya.

Tiba disaat itu,ada seorang murid tingkatan 4 masuk ke kelas mereka.Murid itu memberitahu mereka bahawa mereka harus ke perpustakaan.

Setelah itu,murid itu beredar dari kelas mereka.Mereka pun beredar ke perpustakaan.

"Okay,yang dekat whiteboard ni salin pastu hantar sebelum keluar dari sini.Jangan bising ye.Saya ada kerja dalam bilik kejap.." kata Puan Raihana.

Puan Raihana merupakan guru yang menjaga perpustakaan sekolah.

Setelah selesai menyalin,Safiyya dan rakan-rakannya menghantar buku itu.Setelah itu,Safiyya dan Arisya meminta diri untuk ke tandas.

Safiyya menyarung kasutnya.Tanpa dia sedar,dia sebenarnya sudah tersalah sarung kasut.

Fawwaz Rizqi dan Aqeef juga keluar dari perpustakaan.Dia menuju ke arah kasutnya.Pelik dia melihat kasutnya telah tiada. Rasanya dia telah meletakkan kasutnya di situ tadi.

"Kau cari apa?" soal Aqeef pelik melihat sepupunya yang seakan mencari sesuatu.

"Kasut aku.."

"Kasut kau?Macam mana pulak kasut kau boleh hilang ni?"

"Tu lah yang aku pelik ni.Siapa pulak yang tangan panjang sangat ni?Dah miskin sangat ke apa sampai kasut orang pon nak curi?" kata Fawwaz Rizqi tidak puas hati.

Pada masa yang sama,Safiyya terasa tidak selesa dengan kasut yang dipakainya.

"Kau asal,Fiyya?Semacam je aku tengok.." ujar Arisya.

"Aku rasa aku salah kasut lah.."

"Salah kasut?"

"Aku pergi perpustakaan kejap.."

"Aku tunggu kau kat kantin tau.."

"Okay.."

Safiyya menuju ke arah perpustakaan.Dari jauh dia melihat Fawwaz Rizqi bagaikan sedang mencari sesuatu.

Dia melihat kasut yang tersarung pada kakinya.Adakah ini kasut lelaki itu?

Aduh..

Safiyya menanggal kasut itu.Dia menyarung kasutnya.

Fawwaz Rizqi yang memandang ke arah Safiyya mula curiga.

"Tu kasut aku kan?Pahal kau pakai?" soalnya kasar.

"Sorry.Aku tak perasan tadi.." ujar Safiyya serba salah.

"Banyak lah kau punya sorry!Besar lah kasut aku klau kau pakai!Tak sangka,kau ni jenis panjang kaki rupanya.."

Panjang kaki?Peribahasa ke tu?

"Aku tak tahu lah pula ada peribahasa baru.Sebab setahu aku, panjang tangan ada lah.Peribahasa mana pulak yang kau ambil ni?" kata Safiyya sinis sambil menahan ketawa.

"Dah lah tu.Pasal kasut pon nak gaduh.Tak matang langsung.." sampuk Aqeef.

"Ha'ah lah,Qeef.Kawan kau ni ehh bukan.Sepupu kau ni memang tak matang kan?Harap muka je digilai ramai tapi kematangan tak de.Apa guna kan?"

"Kau pahal hah?Nak gaduh ke?" kata Fawwaz Rizqi tidak puas hati.

"Ops,sorry!Aku gerak dulu lah.Lapar.."

Safiyya meninggalkan perpustakaan itu.Fawwaz Rizqi masih memandang gadis itu tidak puas hati.

🌸🌸🌸

"Lamanya Fiyya.Kau ambil kasut ke jual kasut?" perli Arisya.

"Aku pergi belajar BM tambahan tadi.." ujar Safiyya selamba.

Pelik Natalia dan Farhana yang baru tiba.

"Weh,sejak bila sekolah kita ada subjek BM tambahan?Setahu aku matematik tambahan adalah.Mesti subjek tu lagi susahkan?" kata Farhana blur.

Safiyya sudah mengekek ketawa.

"Kau ni buat lawak lah.Mana ada subjek tu.." katanya.

"Habis tu?"

"Ni Tengku Fawwaz Rizqi pujaan hati malaya ni buat lawak hambar.Ada ke patut dia bagi aku peribahasa panjang kaki?Lawak betul lah.."

Safiyya masih lagi ketawa.Ketiga-tiga sahabatnya hanya memerhati.

"Mana lah tahu tu peribahasa baru ke.." ujar Arisya.

"Kenapa dia cakap kat kau macam tu?" soal Natalia sekadar ingin tahu.

"Aku terpakai kasut dia tadi.Tu pon sebab nak cepat.Mana lah aku perasan tu bukan kasut aku.Then,bila aku perasan,aku nak tukar lah.Pastu dia cakap lah aku ni panjang kaki.Sakit hati aku ni.Aku ni kira baik jugak lah nak pulangkan kasut dia.Buatnya aku buang je dalam tong sampah macam mana?"

Panjang lebar Safiyya bercerita.

"Kau ni tak baik tau.Buatnya dia mengadu kat cikgu,kau yang kena tau.Dia tu dah lah famous,anak tengku pulak tu.." kata Farhana pula.

"Dia ingat dia macam tu aku takut lah?Memang tak lah!" balas Safiyya geram.

"Fiyya,kau masih tak boleh terima ke yang dia tu bakal sebahagian dari keluarga kau?" soal Arisya.

"Aku takkan mengaku pon dia tu sebahagian dari keluarga aku even my mum and daddy dia kahwin.." nekad Safiyya.

Ketiga-tiga mereka mengeluh.Faham sangat dengan sikap Safiyya.Ego tinggi melangit!





DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now