🌸bab 20🌸

4.3K 149 4
                                    

Pagi itu,mereka dikejutkan dengan berita Encik Nizam sudah tenat.

Safiyya sudah menangis melihat keadaan papanya sebegitu.Baru dia tahu,perempuan yang dianggap pengganti mamanya rupanya doktor yang merawat papanya.

Patutlah mereka selalu berjumpa bersama.

Puan Suraya juga menangis melihat keadaan bekas suaminya.Tidak menyangka bekas suaminya itu menyimpan kesakitan itu seorang diri selama ini.

"Su.." ujar Encik Nizam.

"Awak,awak jangan lah banyak bercakap.."

"Maaf..maafkan semua kesalahan saya..selama men..jadi suami awak.Ja..jagakan anak-anak kita.Tengku.."

Tengku Raziq mendekati Encik Nizam.Tangan mereka saling mengengam antara satu sama lain.

"Jaga..Su dan anak-anak..saya, Tengku.Bahagiakan mereka.."

Encik Nizam menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Papa!"

Safiyya sudah meraung.

'Kenapa papa tinggalkan Fiyya?!'

Fawwaz Rizqi yang berdiri di sebelah Sofiyya hanya memerhati.Dia juga turut rasa kehilangan kerana telah menganggap Encik Nizam seperti ayahnya sendiri.

"Fiyya.."

Puan Suraya menarik anak sulungnya ke dalam dakapannya.Diusap-usap belakang anaknya itu.

Safiyya menangis teresak-esak di dalam dakapan mamanya.

"Kenapa papa tinggalkan kita?" katanya sambil menangis.

"Fiyya kena terima qada dan qadar Allah.Tak baik macam ni.." balas Puan Suraya.

Sofiyya memerhati kakak dan mamanya.Boleh pun tidak bertengkar.

Mungkin ini hikmah Allah mengambil papa mereka.

🌸🌸🌸

Malam itu,rumah Safiyya dibanjiri dengan jiran-jiran tetangga untuk majlis tahlil arwah papanya.

Safiyya hanya duduk di birai katil.Dia terasa kosong.Dia sudah tiada tempat bergantung.

Kalau dulu,dia boleh bermanja dengan papanya.Mengadu itu ini.Tetapi kini?

"Ayong.."

Lamunannya terhenti apabila ada suara yang menegurnya.Dia memandang ke arah pintu lalu mengesat air matanya yang tumpah.

Melihat mata kakaknya merah,Sofiyya dapat mengagak yang kakaknya itu baru sahaja selesai menangis.

"Ad..ada apa kau masuk sini?" soal Safiyya.

"Jom turun.Orang dah ramai kat bawah tu.." ajak Sofiyya.

"Kejap,aku pakai tudung.Kau turun dulu.."

"Okay,jangan lama sangat.."

Sofiyya melangkah keluar dari bilik kakaknya.

Safiyya berlalu ke arah meja solek.Air matanya terasa ingin tumpah lagi.

Namun cepat-cepat dia mengesat.Tudung bawal yang sudah siap digosok itu dipakainya.

Dia berlalu turun ke bawah.Disaat dia turun,bacaan yasin sedang dimulakan.

Dia mengambil tempat di sebelah Sofiyya.

Setelah selesai majlis tahlil,Safiyya melangkah keluar dari rumah.

Sahabat-sahabatnya hanya mengekori langkah Safiyya.

"Fiyya.." ujar Farhana.

"Hurm.." balas Safiyya bersahaja.

Mereka duduk di halaman rumah.

"Kau sabar ehh?" kata Arisya.

"Aku cuba terima semua ni.Tapi aku tak boleh.Kenapa papa tinggalkan aku secepat ni?Dan paling aku sedih,kenapa aku tak perasan papa aku sakit?Aku dah tak de tempat bergantung.."

Perlahan-lahan air mata Safiyya jatuh.

Natalia memeluk Safiyya cuba memberi kekuatan.

"Kau tak boleh cakap macam tu.Kau masih ada kitaorang.Kau ada mama kau.Kau ada Sofi.Kitaorang semua sayang kau,Fiyya.." ujar Natalia.

"Thanks sebab selalu ada dengan aku.."

"Tak pe.Kita kan sahabat?Sahabat yang baik mesti ada waktu susah dan senang.." kata Farhana.

"Betul.." sokong Arisya.

Jam menunjukkan hampir ke arah jarum 10.Mereka bertiga  meminta diri.

Safiyya masih lagi di halaman luar.Dia memandang langit yang gelap itu.

Fawwaz Rizqi membetulkan baju kurtanya.Dia terpandang ke arah Safiyya yang duduk seorang diri di halaman luar.

Mungkin masih bersedih.Dia mengatur langkah ke arah Safiyya.

"Boleh aku duduk sini?" soalnya berhati-hati.

Takut singa betina itu marah.

"Duduk lah kalau kau tak malu.." ujar Safiyya sinis.

"Aku tak pernah malu.."

Fawwaz Rizqi menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Safiyya.

"Sejuk kan malam ni?"

"Kau jelah kot yang rasa sejuk.Aku tak.."

"Kau ni.Cuba kau nikmati angin malam.Syok tau.."

"Aku dah tak de rasa pape.Terima kasih jelah.."

Safiyya mula berdiri.Dia mula melangkah pergi.

"Kau tak boleh macam ni,Fiyya.Papa kau mesti sedih tengok keadaan kau macam ni.Klau kau nak tahu,mama kau lah yang paling sedih tapi mama cuba sembunyikan kesedihan dia sebab tak nak kau bertambah sedih.."

Safiyya menoleh disaat terdengar berkaitan dengan papanya.

"Apa yang kau faham?Kau tak faham pape,Fawwaz!"

"Fiyya,aku pernah rasa apa yang kau rasa!Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu sejak aku lahir!Mummy meninggal waktu lahirkan aku!Tu yang kau kata aku tak faham?!Kau patut bersyukur,kau masih ada mama.Mama yang selalu ambil berat pasal kau!Tapi kau?Kau pernah tahu apa yang mama kau rasa?!Tak,Fiyya!Kau hanya tahu bagaimana nak mengguriskan hati seorang ibu je!" balas Fawwaz Rizqi kasar.

Dia melangkah pergi meninggalkan Safiyya.Safiyya pula terbatu di situ apabila terdengar kata-kata lelaki itu.

Sungguh dia terasa dengan kata-kata Fawwaz Rizqi.Adakah benar kata-kata lelaki itu?







DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now