Puan Suraya mengetuk pintu bilik anaknya.Tahulah dia yang pasangan itu tidak tidur sebilik.
Tiada sahutan dalam bilik itu.Pelik dia.Selalunya Safiyya akan menyahut tetapi hari ini senyap sahaja.
Dia segera membuka pintu bilik itu.Risau terjadi sesuatu yang tidak diingini pada anaknya itu.
"Fiyya?" ujarnya apabila melihat Safiyya tiada di atas katil.
Dia menuju ke dalam bilik air pula.Masih sama.Kosong.Ke mana pula anak gadisnya itu pergi?
Sedang dia mencari,dia terpandang satu helai kertas yang diletakkan di atas meja solek.
Puan Suraya segera mengambil dan membacanya.
Mama,
Maafkan Fiyya sebab buat macam ni.Bagi Fiyya tenangkan diri Fiyya and please,jangan cari Fiyya.Fiyya tahu jaga diri Fiyya.Mama tak perlu risau,okay?-Fiyya-
"Ya Allah,Fiyya.Fiyya pergi mana,sayang?"
Puan Suraya sudah mula cemas.Dia laju turun ke bawah.Kelihatan Fawwaz Rizqi sedang bersarapan.
"Fawwaz,Fiyya.."
"Kenapa dengan Fiyya,ma?"
Fawwaz Rizqi berhenti makan.Dipandangnya wajah ibu mertuanya.
"Fiyya tak de kat bilik.."
"Hah?Jom kita cari dia.."
Fawwaz Rizqi segera bangun dari duduknya.Puan Suraya menghalang pergerakan menantunya.
"Kenapa ni,ma?Fiyya hilang.Kita kena cari dia.."
"Fawwaz,dengar cakap mama ni.Fiyya bukan hilang tapi dia perlukan masa.Dia tak nak sesiapa pon cari dia.."
"Tapi Fawwaz risaukan dia.Dia sekarang isteri Fawwaz,ma.."
"Mama faham.Erm..kita ikutkan jelah apa yang Fiyya nak.Kita bagi dia masa.Boleh?"
Fawwaz Rizqi meraup kasar wajahnya.Dia mengeluh perlahan.Kenapa susah sangat dia dan Safiyya ingin bahagia?
🌸🌸🌸
Safiyya tersedar dari lenanya.Dia memandang sekeliling.Hampir sahaja dia terlupa yang dia sedang lari dari rumah.
Mujurlah semalam tiada siapa yang perasan akan ketiadaannya.Dia yakin,pasti orang di Kuala Lumpur itu sedang sasau mencarinya.
Dia tersenyum sendirian.Setelah itu,dia mencapai tuala untuk membersihkan dirinya.
Dia berlalu keluar dari bilik setelah bersiap.Fon dihidupkan semula.Wallpapernya bersama Hafiey dipandang agak lama.
Agak terbeliak sedikit matanya melihat 30 missed call daripada mamanya dan..Fawwaz Rizqi.
Aplikasi whatsapp turut ada cuma hanya daripada Fawwaz Rizqi.
Fawwaz Rizqi
Mana kau,Fiyya?
Kenapa buat aku risau?
Take care❤
Safiyya hanya membuat muka menyampah.Dia meneruskan perjalanannya ke bahagian tempat makan resort itu.
Setelah memilih makanan,dia menuju ke sebuah meja yang permandangannya berhadapan dengan laut.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Teen Fiction#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...