🌸bab 87🌸

3.9K 145 4
                                    

Bella Airina tiba di pejabat milik Fawwaz Rizqi.Pintu bilik lelaki itu dibuka.

Fawwaz Rizqi yang sedang berbincang dengan PAnya,Hani memandang ke arah pintu yang dibuka.

"Hi,you.." sapa Bella Airina.

"Hani,awak keluar dulu.Nanti kita bincang balik.." ujar Fawwaz Rizqi.

"Baik,bos.."

Hani senyum ke arah Bella Airina dan melangkah keluar dari bilik bosnya.

"Kau nak apa datang sini?"

"I nak lunch dengan you.I bawakan you bekal.I masak sendiri tau.Mesti you suka.."

Bella Airina segera meletakkan bekas makanan di atas meja.Dia duduk berhadapan dengan Fawwaz Rizqi.

"Kau ingat aku tak reti cari makan sendiri ke?" sindir Fawwaz Rizqi.

"Bukan macam tu lah,you.I tahu you pandai cari makan cuma I risaukan you.Setiap hari I fikir you dah makan belum.So,today I tak perlu risaukan you sebab I dah bawakan bekal untuk you.."

"Terima kasih je lah.Aku tak lapar lagi.."

"You,you dengan Fiyya sekarang macam mana?" soal Bella Airina.

"Okay je.Kenapa?"

"Tak de lah,I cuma saja nak tahu.Ye lah,setahu I,Fiyya tak pernah cintakan you.Tup-tup lepas Hafiey meninggal,you dengan dia kahwin pulak.Pelik lah I.."

Fawwaz Rizqi sedikit pelik dengan kata-kata perempuan yang berada di hadapannya itu.

"Banyak betul kan kau tahu pasal Fiyya.Aku lagi pelik.." sempat Fawwaz Rizqi menyindir Bella Airina.

Bella Airina terdiam seketika.Tidak lama kemudian,dia mula berdiri.

"Hurm..I gerak dulu lah.You jangan lupa makan tau.Penat I masak.." pesannya sebelum melangkah keluar.

🌸🌸🌸

Pada masa yang sama,Lysa Qyrina bertemu dengan Safiyya.Itupun kerana dia mengikuti Safiyya sejak dari rumah lagi.

"Makin cantik kau selepas 'kahwin semula' ni.." pujinya yang terpaksa.

"Aku sama je lah.Tak de yang berubah pon.."

"Hati kau?"

"Hati aku?Kenapa dengan hati aku?" soal Safiyya sedikit pelik.

"Ye lah,bukan kau sayang Hafiey ke?Aku tahu sekarang Fawwaz suami kau cuma aku tak nak lah orang cakap yang kau ni cepat sangat cari pengganti.."

Safiyya memandang Lysa Qyrina.Safira yang berada di kerusi khas untuknya hanya diam.

"Kau tak risau ke satu hari nanti Fira tahu kebenarannya?"

Lysa Qyrina sempat memandang riak wajah Safiyya yang mula berubah apabila dia berkata begitu.

"Kebenaran apa?"

"Yang kau bukan mama kandung Fira?"

Safiyya memandang Safira.

"Mungkin sekarang Fira sayang kau,panggil kau mama tapi tu hanya seketika je,Fiyya.Nanti dia dah besar,dia mungkin tak boleh terima kau dah.Ibu kandung dengan ibu tiri lain,Fiyya.Aku rasa kau faham kot apa yang aku cakapkan ni.."

"Ye,aku tahu aku bukan mama kandung Fira tapi aku sayang Fira ni macam anak aku sendiri.."

"Fiyya,kau dah ingat kan?" duga Lysa Qyrina.

"Kalau aku dah ingat kenapa?"

"Baguslah kalau kau dah ingat.Aku tumpang happy cuma kau tak rasa bersalah ke,Fiyya?Kau tak rasa macam kau dah khianati Sofi?Kau tak rasa ke macam kau dah rampas hak milik Sofi?Kau rampas Fawwaz,kau rampas Fira.Kau tak rasa ke?"

Lysa Qyrina masih cuba ingin membuat Safiyya terus-terusan bersalah serba salah.Sedaya upaya dia menyembunyikan senyuman sinisnya.Betapa gembira hatinya memperkatakan ayat-ayat sebegitu kepada Safiyya.

Dia juga berharap yang sepupunya,Bella Airina juga bijak sepertinya supaya dapat membuatkan Fawwaz Rizqi berasa serba salah menikahi Safiyya.

"Aku cuma nak ingatkan kau je.Jangan risau,okay?Take care.Aku balik dulu.Jumpa nanti.Thanks,belanja aku.." ujarnya kemudian berlalu dari situ.

Safiyya hanya memerhati sehingga Lysa Qyrina hilang dari pandangannya.Matanya dialihkan ke arah Safira.

"Betul ke mama rampas Fira?Rampas papa Fira?" soalnya sendirian.

Tidak lama kemudian,dia mendukung Safira dan berlalu ke kaunter.Setelah selesai membuat pembayaran,dia menuju ke arah kereta.

Sampai sahaja di rumah,Safira diletakkan di atas sofa.Safiyya naik ke atas lalu membersihkan dirinya.

Kemudian,dia kembali turun ke bawah setelah siap mandi.Terkejut dia melihat Fawwaz Rizqi yang sedang duduk di sofa bersebelahan Safira.

"Fiyya.." ujar Fawwaz Rizqi apabila terlihat isterinya.

"Erm..awal balik?Kau nak makan ke?Aku siapkan.." kata Safiyya sambil meluru ke dapur.

Namun langkahnya dihentikan Fawwaz Rizqi.

"Duduk lah kejap.Duduk dengan aku.Aku balik ni sebab aku rindukan kau.Kau tak rindu aku ke?"

Tubuh Safiyya didudukkan di atas ribanya.Sedaya upaya Safiyya ingin bangun namun Fawwaz Rizqi erat memeluknya.

"Erm,Fawwaz.Kau nak makan tak ni?"

"Tak nak.Aku dah makan tadi.."

"Ohh,okaylah klau macam tu.Aku nak bawa Fira mandi jap.Penat dia berjalan tadi.."

Safiyya segera bangun.Tubuh si kecil didukungnya.Fawwaz Rizqi sedikit pelik dengan perubahan Safiyya namun didiamkan sahaja.

Dia ada buat salah ke?







DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now