🌸bab 64🌸

3.9K 134 25
                                    

Safiyya dan Puan Suraya duduk bersama di ruang tamu itu.Safiyya sudah tidak mampu berpura-pura hilang ingatan di hadapan mamanya.

Dia sudah nekad mahu memberitahu hal itu kepada mamanya memandang mereka berdua sahaja yang berada di rumah ketika itu.

Fawwaz Rizqi dan Sofiyya serta Puan Salmah dan Mak Kiah keluar membeli barang keperluan bayi.

"Ma,Fiyya nak minta maaf pada mama.Fiyya tahu Fiyya banyak salah pada mama.Maafkan Fiyya?" ujarnya sambil mengenggam tangan mamanya.

"Fiyya cakap apa ni?"

Puan Suraya turut memegang tangan anaknya.

"Fiyya..Fiyya dah ingat,ma.Fiyya dah ingat semuanya.Selama ni,Fiyya hanya pura-pura hilang ingatan depan keluarga kita.." jujur Safiyya berkata.

Puan Suraya terkejut dengan kenyataan anak sulungnya itu.

"Fiyya..mama..mama minta maaf.Mama tak tahu Fiyya.."

"Mama tak salah pon.."

"Mama nak minta maaf pasal Fawwaz dengan Sofi.Mama.."

Safiyya menggelengkan kepalanya.

"Fiyya tak marahkan mama pon.Fiyya anggap semua ni takdir hidup Fiyya.Mungkin jodoh Fiyya bukan dengan Fawwaz.."

Safiyya sedaya upaya mencuba menahan air matanya dari tumpah membasahi pipinya.

"Mama bukan tak nak bagitahu Fiyya.Mama cuma.."

Safiyya memandang wajah mamanya.

"Jahat sangat ke Fiyya ni di mata mama?"

Bergetar suara Safiyya.

"Ma,Fiyya ni waras lagi.Fiyya takkan rosakkan kebahagiaan Sofi.Sofi tu satu-satunya adik yang Fiyya ada.."

Air matanya jatuh juga setelah menghabiskan kata-katanya.

"Mama merayu pada Fiyya.Jangan pisahkan Fawwaz dengan Sofi.."

Safiyya kehilangan kata-katanya.Air matanya semakin laju turun ke pipinya.

"Fiyya sayangkan dorang.Tak mungkin Fiyya nak pisahkan dorang.Mama jangan risau.Lepas ni,Fiyya mungkin takkan duduk sini lagi.Fiyya dah buat keputusan.Fiyya nak duduk dengan nenek.Mama izinkan kan?"

Puan Suraya menganggukkan kepalanya kemudian dia memeluk anak sulungnya.

"Terima kasih,Fiyya.." ucapnya.

Safiyya memandang ke arah cincin yang tersarung elok di jari manisnya.

Dia pantas menanggalkan cincin itu.Puan Suraya hanya memerhati.

"Mama ambil lah cincin ni.Mama simpan ye?" katanya sambil memberikan cincin itu kepada mamanya.

Puan Suraya memandang cincin itu sebelum mengambilnya.

"Erm..Fiyya naik dulu lah.Nak kemas apa yang patut.Esok pagi tak de lah kelam kabut sangat.." kata Safiyya kemudian melangkah ke anak tangga.

Pintu biliknya ditolak lalu dia masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu bilik itu.

Dia jatuh terduduk di belakang pintu sambil menangis teresak-esak.

🌸🌸🌸

Pintu bilik Safiyya diketuk oleh Sofiyya.

Safiyya membuka pintu biliknya.Terjengul wajah adiknya.

"Sofi,masuklah.." ajak Safiyya.

Sofiyya segera menyalam tangan kakaknya kemudian dia memeluk tubuh kakaknya.Terkejut Safiyya dengan tindakan adiknya.

"Ayong,Sofi nak minta maaf.Sofi dah rampas Fawwaz dari ayong.Sofi minta maaf sebab dah buat ayong terluka sebab Sofi.Mama dah ceritakan semuanya pada Sofi.."

"Sofi,hei.Dengar sini.Tak de istilah rampas antara kita.Ayong dah redha dengan ketentuan Allah.Jodoh Fawwaz dengan Sofi bukan dengan ayong.Ingat tu.Ayong tak marahkan Sofi pon.."

Tangan Safiyya mengesat air mata adiknya.

"Sofi beruntung sangat ada kakak sebaik ayong.Terima kasih,ayong.." ucap Sofiyya ikhlas.

Safiyya hanya tersenyum nipis.

"Sofi ni.Jangan puji ayong lebih-lebih.Ayong tak sebaik Sofi.."

"Tak,ayong.Ayong kakak paling baik.Ayong tak de pape perasaan pada Fawwaz?Sofi cuma nak tahu je.."

"Tak.Sofi ni buat lawak pulak.Sofi tahu kan ayong dengan Fawwaz macam mana.Tak mungkin ayong nak ada perasaan kat dia.." ujar Safiyya sambil berpura-pura tersengih namun dalam hati dia hanya menahan perasaannya.

"Jadi ke ayong balik kampung?" soal Sofiyya.

"Mestilah jadi.Ayong nak teman nenek.Kesian nenek tinggal sorang-sorang.Tak de teman.."

Nak teman nenek ke nak lupakan kenangan yang ada di sini?Entah lah.

Safiyya sendiri pun tidak pasti apa tujuannya ingin tinggal di kampung.

Tapi rasanya dua-dua adalah tujuannya.

"Erm..Sofi keluar dulu lah.." ujar Sofiyya sebelum meminta diri.

"Okay.."

Sofiyya melangkah keluar dari bilik kakaknya dan menuju ke arah biliknya.

Kelihatan suaminya sedang berehat di atas katil sambil memejamkan matanya.

"Abang dengar Fiyya dah ingat.Betul ke?" ujar Fawwaz Rizqi kemudian dia membuka matanya.

Matanya tepat memandang ke arah wajah isterinya.

"Fiyya okay?"

Sofiyya turut membalas pandangan suaminya.

"Ayong okay je.Sofi pulak yang rasa serba salah pada ayong.." jujur dia berkata.

"Sayang tak salah pape.Semua ni ketentuan Ilahi.Kita kena terima qada' dan qadar Allah.."

Sofiyya menganggukkan kepalanya tanda setuju.









DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now