🌸bab 35🌸

4.1K 143 25
                                    

Seminggu kemudian,

"Aku terima nikah Nurul Sofiyya binti Nizam dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah..

"Sah.."

Semua hadirin mengucap syukur.Bacaan doa dimulakan.

Setelah itu,Fawwaz Rizqi bangun menuju ke arah Sofiyya.Sofiyya memandang ke arah suaminya.

Fawwaz Rizqi menghadiahkan senyuman untuk isterinya.Cincin disarungkan ke jari manis Sofiyya.

Puan Suraya hanya memerhati pasangan suami isteri itu.

'Maafkan mama,Fiyya..' getusnya.

Sofiyya dengan penuh hormat menyalam Fawwaz Rizqi.Fawwaz Rizqi mengucup dahi Sofiyya.

Farhana dan Natalia yang hadir ke majlis itu hanya berpura-pura tersenyum.

Mereka kesiankan Safiyya yang sedang bertarung nyawa di hospital.

Setelah majlis selesai,Sofiyya menuju ke dalam bilik.Pakaian pengantin itu segera ditukar.

"Ayong,ayong kat mana?Kenapa buat Fawwaz macam ni?" ujarnya sendirian.

Fawwaz Rizqi yang masih bersama sahabat-sahabatnya memandang ke arah Farhana dan Natalia.

"Farhana,mana Fiyya?" soal Danish Emir.

Danish Emir sudah kembali ke Malaysia.Kini,dia meneruskan mengusahakan syarikat keluarganya.

"Erm.."

Belum sempat Farhana membalas,Fawwaz Rizqi terlebih dahulu memintas.

"Tak payah lah cakap pasal dia.Aku sekarang ni suami orang.Dia tu memang suka malukan keluarga kot.Boleh pulak lagi seminggu nak kahwin,hilang tah ke mana.." pintas Fawwaz Rizqi.

"Fawwaz,kau tak tahu apa yang Fiyya tengah lalui sekarang.So jangan cakap sedap mulut je!" kata Natalia geram.

Sakit pula hatinya apabila lelaki itu suka hati bercakap bukan-bukan tentang sahabatnya.

"Weh,dah.."

Farhana menenangkan Natalia.

"So,korang tahu lah kat mana 'sahabat' korang tu?"

Riezq Farhan juga mula menenangkan Fawwaz Rizqi.Faham sahabatnya itu sedang marah.

"Kitaorang balik dulu lah.Fawwaz,semoga berbahagia lah.Jaga adik Fiyya tu elok-elok.." pesan Natalia sebelum melangkah pulang.

Ditariknya tangan Farhana agar mempercepatkan langkah.

"Kau ni,Fawwaz.Tak baik lah cakap Fiyya macam tu.." kata Hykarl Arriz.

"Dah memang betul pon kan?"

"Dah,lah.Kitaorang pon nak balik lah.Semoga kekal hingga ke jannah.." kata Danish Emir.

"Cepat-cepat lah hadiahkan kami anak buah.." ujar Riezq Farhan pula.

Fawwaz Rizqi hanya tersenyum.

"Insya-Allah.."

🌸🌸🌸

Sepanjang Safiyya koma,Arisya lah yang menjaga sahabatnya itu.Masuk hari ini,sudah seminggu lebih Safiyya tidak sedarkan diri.

"Fiyya,Fawwaz dengan Sofi kahwin hari ni.Kau tak marah kan?Aku yakin kau akan jumpa lelaki yang baik macam Fawwaz tu.Aku doakan kau cepat sembuh ehh?Aku tahu semangat kau kuat.." kata Arisya.

Pintu bilik Safiyya ditolak kasar oleh seseorang.Terkejut Arisya.

"Lah,korang rupanya?Aku ingatkan siapalah tadi.Kenapa ketat je muka kau ni,Lia?Orang baru balik majlis kahwin,selalunya happy.Ni kau.."

"Kau diam!" kata Natalia.

Makin pelik Arisya dengan sahabatnya yang seorang itu.Betul lah kan apa yang dia cakap?

"Kenapa tu?" soal Arisya kepada Farhana.

"Fawwaz.."

"Fawwaz?Kenapa dengan Fawwaz?"

"Dia adalah perli-perli si Fiyya ni.Lia pon geram lah.Aku tak salahkan Fawwaz sebab Fawwaz tak tahu pape pon pasal Fiyya.." balas Farhana.

"Siapa je tak marah lagi seminggu nak kahwin,pengantin pompuan buat hal?"

"Korang rasa apa akan jadi kalau Fiyya sedar?Aku harap dia tak buat benda bukan-bukan lah.." ujar Natalia.

"Maksud kau?" kata Arisya dan Farhana serentak.

Tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Natalia.

"Ye lah,mana tahu Fiyya marah Fawwaz kahwin dengan Sofi.."

"Aku yakin Fiyya okay je.Aku pelik lah.Fiyya ni hati batu dia tinggi betul.Huh.." ujar Farhana.

"Korang ni.Tak baik tau.Fiyya ni memanglah koma tapi dia dengar tau apa yang kita cakap.."

"Ohh,ye ke?"

"Ye lah.Okaylah,aku nak sambung buat keje.Korang jagalah Fiyya.Pape nanti tekan button merah tu.Selaju yang mungkin aku datang.." kata Arisya sambil tersengih.

"Ye-ye je dia ni.." kata Natalia.



Fawwaz dah jadi milik Sofi😭😭

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now