Fawwaz Rizqi membelek-belek lengannya yang telah dibalut di atas katil.Pedih masih terasa.Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
Sofiyya yang baru masuk ke dalam bilik terkejut melihat keadaan suaminya.
"Abang!Abang kenapa ni?!" ujar Sofiyya sedikit cemas sambil mendekati suaminya.
"Abang okay.Sikit je ni.." balas Fawwaz Rizqi sambil tersengih.
Risau betul lah isteri dia ni.
"Sikit abang cakap?Macam mana boleh jadi macam ni?"
Fawwaz Rizqi terkelu seketika.Dia sudah dapat mengagak soalan itu pasti akan diajukan kepadanya.
"Err..macam ni.Semalam abang baru lepas jumpa client kat luar pastu abang ternampak Fiyya kena ganggu dengan budak-budak motor.Abang pon tolong.Waktu tu lah abang kena.."
Sofiyya mula berasa cemburu.Tidak menyangka suaminya masih mengambil berat tentang kakaknya sedangkan mereka sudah tiada apa-apa ikatan.
"Abang,Sofi ni tak penting ke dalam hidup abang?Tak layak nak tahu?Macam tu?Selama ni abang pura-pura je ke sayang Sofi?Cintakan Sofi?Ke abang cuma lafazkan kata-kata cinta pada Sofi sebab nak sedapkan hati Sofi?Macam tu ke,abang?" kata Sofiyya seakan kecewa.
Dia mula berdiri namun Fawwaz Rizqi cepat sahaja mencapai tangan isterinya.
Dia tahu dia tidak patut buat begitu.Sudahnya,isterinya salah faham.
Sejujurnya,dia telah melupakan perasaannya terhadap Safiyya.Kini,hatinya sepenuhnya untuk Sofiyya.
"Sayang,tak.Abang dengan Fiyya tak de pape.Percayalah.Abang tak nak bagitahu sayang sebab abang tak nak sayang risau,sayang susah hati.Lagi-lagi keadaan sayang macam ni.Abang risau akan effect pada anak kita.." pujuk Fawwaz Rizqi sambil memandang ke arah perut isterinya yang sudah terbentuk itu.
Safiyya yang berada di depan pintu bilik mereka hanya mendengar.Niatnya mahu memanggil mereka berdua turun sarapan namun terbantut pula.Kerana dia pasangan suami isteri itu bergaduh.
Sungguh dia berasa bersalah.Masuk kejadian hari ini,sudah dua kali dia buat Sofiyya cemburu.Hari itu di kampung,hari ini di sini pula.
Haih..
🌸🌸🌸
Lysa Qyrina yang baru hendak keluar dari bilik mesyuarat terbantut apabila Fawwaz Rizqi menghalang laluannya.
"Apa kau ni?" ujarnya pelik.
"Aku nak cakap sikit dengan kau.."
"Lah,nak cakap dengan aku ke?Dulu kat sekolah,jual mahal.Hurm..okay.Sekarang time lunch,apa kata kita lunch together?"
Fawwaz Rizqi membuat muka menyampah.Kalau tidak difikirkan kerjasama antara syarikatnya dengan syarikat perempuan itu,pasti dia tidak akan bersemuka dengan Lysa Qyrina.
"Okay.." balas Fawwaz Rizqi.
Dia terus melangkah keluar.Lysa Qyrina mengeluh.Dikejarnya langkah lelaki itu supaya dapat jalan bersama dengan Fawwaz Rizqi.
"Tunggulah.Kita jalan sama-sama.." kata Lysa Qyrina sedikit menjerit.
Fawwaz Rizqi terpaksa memperlahankan langkahnya.Dalam hati dia mengutuk perempuan itu.
Lembab!Mengada-ngada!Gedik!
Lysa Qyrina tersenyum.Dapat juga dia jalan bersama Fawwaz Rizqi.
Mereka tiba di sebuah restoran.Lysa Qyrina masih tersenyum.Terasa bahagia seketika kerana dapat lunch bersama orang tersayang.
"Apa kau nak cakap?" soalnya.
"Aku tak nak kau ganggu Fiyya.." kata Fawwaz Rizqi tegas.
"Wow.Kau bagi aku amaran ke ni?"
"Kalau kau anggap macam tu,baguslah.Aku tak nak kau racun fikiran Fiyya.."
Lysa Qyrina tersenyum sinis.Tidak menyangka lelaki itu mahu bercakap tentang Safiyya rupanya.Patutlah serius je!
"Sayang betul kau kat Fiyya?Kau jatuh cinta pada Fiyya balik ke?Aku bukan tak tahu,kau dari dulu suka Fiyya kan tapi Fiyya macam nak tak nak je layan kau.Kan?"
"Kau tak payah nak merepek.."
"Aku merepek?Fawwaz,kau lupa erk?Fiyya tu penyebab daddy kau meninggal.."
Dahi Fawwaz Rizqi sedikit berkerut.Macam mana pula perempuan ini tahu tentang yang dia tuduh Safiyya kerana kematian daddynya?
"Bella bagitahu aku.So,takkan kau jatuh cinta dengan seorang pembunuh?Macam mana pula dengan Sofi?Aku tak sangka lah pula kau boleh jatuh cinta dengan adik beradik macam tu.." sambung Lysa Qyrina.
"Aku cuma ambil berat pasal kakak ipar aku.Tu pon salah ke?Aku setia pada Sofi.Kau jangan buat fitnah,boleh tak?"
"Ohh,ye ke?"
Setelah selesai membayar,Fawwaz Rizqi segera beredar ke keretanya.
Lysa Qyrina mengeluh lagi.Kenapa lelaki itu laju sangat jalannya?Dia mula melajukan langkahnya.
"Fawwaz,kau tak nak iring aku sampai ke ofis ke?" soalnya.
"Kau ingat kau raja sampai aku kena iring?" perli Fawwaz Rizqi.
Dia segera membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.Malas melayan perempuan itu.
Enjin kereta mula dihidupkan kemudian dia beredar dari situ.Lysa Qyrina sudah mengetap bibir menahan amarah.
Lelaki itu meninggalkannya begitu sahaja?
Haih..Lysa,Lysa😏Org dh x nk tu fhm2 sendiri jelah.Hurm..sebenarnya dh tulis separuh dh smlm pastu tiba2 dia hilang pulak.Aduhai..nasib sabar tu masih ada.Sorry ye yg menunggu update😍
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Teen Fiction#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...