🌸bab 63🌸

3.8K 138 29
                                    

Mereka berempat tiba di tesco untuk membeli barang dapur.Hari ini mereka akan memasak beramai-ramai.

Mujurlah Arisya dapat join mereka sekali walaupun dia sudah bersiap sedia jika ada panggilan dari hospital.

Setelah selesai memilih barang dapur serta barang keperluan,mereka menuju ke kaunter.

Kemudian,mereka duduk sebentar di medan selera.Mujurlah tidak ramai sangat orang pada hari ini.

"Lia,belikan aku coolblog.Aku nak coklat letak bubble.." pinta Farhana.

"Aku nak green apple.Tak nak bubble.." kata Safiyya pula.

"Amboi,korang.Suka hati je main order-order.Ingat aku ni apa?" balas Natalia tidak puas hati.

Arisya pula sudah tersenyum melihat wajah Natalia yang muram.

"Okay-okay.Aku teman kau pergi beli ye?Janganlah buat muka macam tu.Nanti Aqeef pon lari tau tengok muka kau yang masam tu.." ujarnya sambil sengaja menyebut nama Aqeef.

Bukan mereka tidak tahu,sejak dua menjak ini,Aqeef dan Natalia semakin rapat.Semoga kekal ke jinjang pelamin lah.

"Apasal pulak nama dia yang naik?" kata Natalia semakin tidak berpuas hati.

"Korang nak pergi beli ke tak nak ni?Dari tadi gaduh.Kalau tak nak beli,biar aku dengan Hana pergi beli.." sampuk Safiyya.

"Nak-nak.Jom,Risy.." ajak Natalia sambil menarik tangan Arisya.

Sedang Safiyya dan Farhana menunggu,seseorang menegur mereka.

"Ehh,Fiyya.Tak sangka jumpa kat sini.." ujar Lysa Qyrina.

"Tak ingin pon nak jumpa kau.." balas Farhana sambil menayangkan muka tidak suka ke arah Lysa Qyrina.

Lysa Qyrina langsung tidak membalas kata-kata Farhana sebaliknya,dia hanya berminat mahu mengetahui perkembangan Safiyya.

"Bila kau keluar wad?Tak cakap kat aku pon.."

"Memang semua nak kena bagitahu kau kan?Ohh,lupa.Kau dah buat Fiyya masuk hospital,keluar pon mesti kena ada kau.."

"Hana,dah lah.."

"Ehh,Cik Farhana.Aku tak cakap dengan kau pon.Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa?Aku bercakap dengan Fiyya.So jangan masuk campur,please?"

"Lysa,aku tahu niat kau baik tapi aku tak ingat kau.Aku tak sure kita ni macam mana sebelum aku hilang ingatan.."

Arisya dan Natalia yang sudah selesai membeli,hanya mendengar perbualan itu.

🌸🌸🌸

"Fiyya,jujur dengan kitaorang.Kau dah ingat kan?" soal Arisya.

"Kalau aku ingat sekali pon,dah tak de guna dah,Risy.Orang yang aku sayang,dah tipu aku,tinggalkan aku.." balas Safiyya tidak berperasaan.

"Ya Allah,Fiyya.Kenapa tak cakap kat kitaorang?"

Tubuh Safiyya dipeluk erat Arisya.Bersyukur sahabatnya itu sudah kembali ingat.

Natalia dan Farhana yang sudah siap bertukang di dapur menyediakan makan tengahari hanya mendengar sebelum menyampuk.

"Fiyya,kitaorang minta maaf.Kitaorang tahu kitaorang ni bukan sahabat yang terbaik untuk kau tapi kitaorang tak bagitahu kau sebab kitaorang tak nak kau terluka.." ujar Natalia.

"Tak pe.Aku faham.."

"Fiyya,apa maksud kau orang yang kau sayang dah tinggalkan kau?Maksud kau,Fawwaz?Kau cintakan dia?" soal Farhana ingin tahu.

Safiyya hanya diam.

"Kenapa kau tak jujur dengan kitaorang,Fiyya?Kenapa kau tak cakap yang kau cintakan Fawwaz?" kata Arisya pula.

"Kalau aku cakap aku cintakan dia,apa aku akan dapat?Cakap lah.Apa yang aku akan dapat kalau aku berterus terang dengan dia?Aku takkan dapat pape,weh.Dia adik ipar aku.Aku takkan sanggup rosakkan kebahagiaan Sofi!"

"Fiyya.."

"Janji dengan aku,jangan bagitahu sesiapa tentang ingatan aku.Aku tak nak Sofi rasa serba salah .Dia tak rampas Fawwaz dari aku.." ujar Safiyya sambil air matanya perlahan-lahan mengalir.

"Kita..kita tak payah sedih-sedih.Sekarang ni kita makan.Nasi ayam dah siap masak tu.Jom?" ujar Farhana ingin meredakan keadaan.

Safiyya mengesat air matanya.Mereka berempat beredar ke meja makan.

Nasi ayam serta ayam yang digoreng garing itu nampak sungguh menyelerakan.

Natalia menuangkan air sirap limau ke gelas masing-masing.Mereka mula menjamu selera.

Nah,utk korg semua😙Anggap je lah ni sbg ganti bab yg utk hujung minggu lepas.Sorry,minggu lepas dpt update satu bab je.Enjoy lah ye walaupon sakit hati😉

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now